Final Destination: Bloodlines | |
---|---|
Fail:Final Destination Bloodlines (2025) poster.jpg | |
Pengarah | |
Lakon layar |
|
Cerita oleh |
|
Berdasarkan | Karakter oleh Jeffrey Reddick |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Christian Sebaldt |
Syarikat penerbitan |
|
Diedarkan oleh | Warner Bros. Pictures |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 110 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Bahasa Inggeris |
Bajet | $50 juta |
Pecah panggung | $273.8 juta |
Final Destination: Bloodlines ialah filem seram supranatural Amerika Syarikat tahun 2025, filem ini merupakan sekuel ke enam dari siri Final Destination. Filem ini disutradarai oleh Zach Lipovsky dan Adam Stein dan ditulis oleh Jon Watts dan Guy Busick. Filem ini dibintangi oleh Kaitlyn Santa Juana sebagai Stefani Lewis, seorang mahasiswi yang mewarisi penglihatan tentang peristiwa masa lalu dari neneknya pada tahun 1968 di mana semasa itu ia berjaya menyelamatkan para pengunjung dari runtuhnya sebuah menara akibat dari kegagalan struktural yang mematikan. Selanjutnya Kaitlyn berupaya menyelamatkan seluruh ahli keluarganya, kerana Sang Kematian mula memburu mereka satu per satu kerana mereka sepatutnya tidak pernah terdapat. Filem ini juga dibintangi oleh Teo Briones, Richard Harmon, Owen Patrick Joyner, Rya Kihlstedt, Anna Lore, Brec Bassinger, dan Tony Todd yang muncul dalam peran penyokong.
Selepas kejayaan Final Destination 5 (2011), sebuah filem baru mula dikembangkan dan digambarkan sebagai "pendekatan baru" dari francais tersebut. Pada bulan Maret 2020, penerbit siri Craig Perry mengatakan filem tersebut akan berlatar di "dunia para penanggap pertama", tetapi pada bulan Oktober, kreator siri Jeffrey Reddick mengonfirmasi bahawa itu ialah filem keenam dalam francais tersebut. Pembuatan filem berlangsung di Vancouver, Kanada seperti pada kelima filem sebelumnya.
Filem ini diproduksi oleh New Line Cinema dan dirilis di Amerika Syarikat oleh Warner Bros. Pictures pada tanggal 16 Mei 2025 dan di Indonesia pada 14 Mei 2025. Filem ini mendapatkan ulasan positif dari para pengkritik filem, yang memuji alur cerita dan penampilan Tony Todd sehingga menjadikannya sebagai filem dengan ulasan terbaik dengan rating tertinggi.