First Wives: Sisters Before Misters | |
---|---|
Genre |
|
Pencipta | Catalina Mae Hubbard |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Imri Nasution |
Dibintangi oleh |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu Inggeris |
Bilangan episod | 8 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Catalina Mae Hubbard |
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Nurulhanisham Mohamed |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 11 April 2025 | – 30 Mei 2025
Kronologi | |
Mengikuti | One Cent Thief 2 |
Diikuti oleh | Honey Trap |
First Wives: Sisters Before Misters ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Catalina Mae Hubbard dengan skrip oleh Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali dan Dee Dee A'iene Peter. Dibintangi oleh Mimi Lana, Melissa Campbell, Malek Mccrone dan Charles Roberts, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 11 April sehingga 30 Mei 2025 menggantikan One Cent Thief musim kedua.[1][2]
Sinopsis
Mengisahkan tentang Diyana dan Michelle, dua sahabat karib yang telah berkenalan sejak kecil, mengalami masalah dengan perkahwinan masing-masing. Diyana mendapati suaminya, Azzim telah berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua tanpa pengetahuannya, manakala Michelle diancam oleh kumpulan Ah Long selepas suaminya, Roshan menghabiskan semua wang simpanan mereka untuk berjudi.
Demi menyelamatkan Michelle dan membalas dendam, Diyana mencadangkan supaya mencuri wang dari perniagaan pasar raya milik suaminya, Azzimart, bagi melangsaikan hutang rakannya. Namun, rancangan mereka gagal apabila mereka telah tertangkap. Rompakan yang gagal itu membongkar aktiviti pengubahan wang haram Azzim dan mencetuskan siasatan polis yang akhirnya mengancam nyawa mereka semua.
Pelakon
- Mimi Lana sebagai Diyana[1][3]
- Melissa Campbell sebagai Michelle[1][3]
- Charles Roberts sebagai Roshan[1]
- Malek Mccrone sebagai Azzim[1]
- Andy Teh sebagai Toa Seng[1]
- Carmen Soo sebagai Amber[1]
- Sathisvaran sebagai Satya[1]
- Theebaan G sebagai Insp. Shahlen[1]
- Zeera Azizi sebagai Izzaty[1]
- Nina Juren sebagai Zuraidah[1]
- Medina Riffqa sebagai Arien[1]
- Phuah Ka Yao (Songbill) sebagai Ah Boy[1]
- Teoh Kai Zhi sebagai Ah Kit[1]
- Adam Mikael sebagai Daniel[1]
- Tony Eusoff sebagai Tan Sri[1]
Episod
No. | Tajuk | Tarikh siaran di Astro Citra |
---|---|---|
1 | "Crazy in Love" | 11 April 2025 |
2 | "No Body, No Crime" | 18 April 2025 |
3 | "Getaway Car" | 25 April 2025 |
4 | "Run and Hide" | 2 Mei 2025 |
5 | "Bad Blood" | 9 Mei 2025 |
6 | "Begin Again" | 16 Mei 2025 |
7 | "Speak Now" | 23 Mei 2025 |
8 | "The Midas Touch" | 30 Mei 2025 |
Penerbitan
First Wives diarahkan oleh Imri Nasution dengan skrip dan cerita oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali dan Dee Dee A'iene Peter. Penerbit eksekutifnya, Raja Jastina Raja Arshad berkata mesej utama drama ini ialah "memperjuangkan hak wanita dan memberi inspirasi kepada golongan isteri untuk bangkit daripada pengkhianatan dan beban hidup".[4]
Untuk drama ini, Melissa Campbell melakukan babak lasak atas nasihat doktor untuk menjamin keselamatan diri dan bayi dalam kandungannya. Menurutnya, beliau tidak mengalami sebarang tanda-tanda kehamilan sepanjang penggambaran dijalankan.[5][6] Ini merupakan drama Astro Originals kedua yang dibintangi oleh Mimi Lana selepas Framed (2024) dan percubaan sulungnya melakonkan watak komedi. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Mac 2024.[7]
Siaran
First Wives memulakan tayangan perdana serentak di Astro Citra dan Astro GO bermula 11 April 2025 setiap Jumaat.[1]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Drama First Wives (Astro Originals)". My Infotaip. 13 April 2025. Dicapai pada 28 Jun 2025.
- ^ Rosmah Idayu (14 April 2025). ""First Wives" Dedah Persahabatan, Pengkhianatan dan Misi Terdesak Demi Kelangsungan Hidup". Mingguan Wanita. Dicapai pada 28 Jun 2005.
- ^ a b Mya Amri (10 April 2025). "Mimi Lana & Melissa Campbell Bakal Buat Penonton Resah, First Wives Raikan Solidariti Wanita Bila Berdepan Suami Jahanam". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Jun 2025.
- ^ Aphit J. (12 April 2025). "Wanita Balas Dendam Kepada Suami Jahanam Dalam 'First Wives'". Murai.my. Dicapai pada 28 Jun 2025.
- ^ "Melissa Campbell kongsi cabaran 'shooting' First Wives ketika hamil". Astro Awani. 2 Mei 2025. Dicapai pada 28 Jun 2025.
- ^ Ainun Mat Zooki (2 Mei 2025). "Melissa Campbell Kongsi Cabaran Shooting Astro Originals First Wives Ketika Hamil - "Saya Ni Jenis Tak Suka Duduk Rumah"". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Jun 2025.
- ^ Asyikin Mayudin (28 Mac 2024). "Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam 'First Wives'- "Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang..."". Astro Gempak. Dicapai pada 28 Jun 2025.