Flip it, Kick it! | |
---|---|
Album mini oleh KickFlip ![]() | |
Dilancarkan pada | 20 Januari 2025 ![]() |
Tempat | Korea Selatan ![]() |
Genre | K-pop, rock dan hip hop ![]() |
Panjang | 17:07 ![]() |
Bahasa | Bahasa Korea ![]() |
Syarikat | JYP Entertainment ![]() |
Pengedar | Dreamus (en) ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Flip It, Kick It! ialah album mini pertama dan album penampilan sulung oleh kumpulan muzik lelaki Korea Selatan KickFlip. Album ini dikeluarkan pada 20 Januari 2025 oleh syarikat JYP Entertainment. Ia daripada enam runut, termasuklah single prapelancaran "Oh Ya" (judul asal: 응 그래) dan lagu utama "Mama Said (뭐가 되려고?)".
Latar belakang
Empat anggota bagi kumpulan lelaki baharu JYP Entertainment yang tidak dinamakan ketika itu—Kyehoon, Amaru, Keiju, dan Donghyeon—telah dipilih melalui rancangan realiti televisyen SBS Loud (2021).[1] Pada 22 November 2024, KickFlip telah diumumkan secara rasmi untuk membuat kemunculan sulung pada 1 Januari 2025,[2] yang kemudiannya ditunda ke 6 Januari sebagai respons terhadap nahas Penerbangan 2216 Jeju Air.[3]
Pada 5 Januari, JYP mengumumkan single prapelancaran "Oh Ya", yang akan disertakan di dalam album mini sulung kumpulan, Flip It, Kick It! dan album itu akan dikeluarkan pada 20 Januari. Lagu "Oh Ya" dilancarkan sehari kemudian.[4] Baki anggota kumpulan KickFlip didedahkan pada hari yang sama, bersama-sama dengan jadual promosi album.[5] Filem pengenalan untuk kumpulan dan ahli individu telah dikeluarkan pada 8 dan 9 Januari,[6][7] diikuti dengan gambar-gambar konsep pada 10, 13 dan 14 Januari.[8][9][10] Pada 15 Januari, senarai runut album telah dilancarkan, dengan runut "Mama Said (뭐가 되려고?)" diumumkan sebagai single utama album.[11]
Penggubahan
Flip It, Kick It! mengandungi enam buah runut. Beberapa anggota kumpulan KickFlip membantu dalam penulisan lagu: Amaru untuk lagu "Mama Said (뭐가 되려고?)" dan "Oh Ya" bersama dengan Donghwa serta "Like a Monster", bersama dengan Kyehoon dan Minje.[11] Semasa wadah sulung kumpulan itu, Donghwa berkata bahawa mereka mengidolakan rakan sesyarikat mereka dan kumpulan senior Stray Kids dan terilham oleh mereka untuk menjadi sebahagian daripada proses kreatif untuk muzik mereka.[12] Lagu ketiga, "Warrior" telah ditulis oleh rakan sesyarikat dan anggota kugiran Day6, Young K.[13]
Promosi
Untuk meraikan kemunculan sulung mereka dengan album mini Flip It, Kick It!, KickFlip mengadakan kedai pop-up di bangunan pejabat JYP Entertainment dari 25 Januari hingga 2 Februari, yang menampilkan jualan barang niaga seperti beg jinjing, baju-T, topi dan poster.[14]
Prestasi komersial
Lebih 300 ribu salinan prapesanan Flip It, Kick It! terjual pada 15 Januari.[12] Di Korea Selatan, album mini itu muncul di kedudukan teatas Carta Album Circle untuk keluaran carta bertarikh 19–25 Januari 2025. Flip It, Kick It! juga memulakan penampilan di kedudukan ke-47 di Carta Album Oricon Jepun bagi keluaran carta bertarikh 20–26 Januari 2025, dengan kira-kira 1,000 salinan terjual.
Senarai runut
Senarai runut Flip it, Kick it! | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Susunan | Masa | |||||
1. | "Mama Said (뭐가 되려고?)" "Ibu Kata (Kamu Cuba Jadi Apa?)" |
|
|
| 2:56 | |||||
2. | "응 그래" "Oh Ya" |
| Kass | Kass | 2:21 | |||||
3. | "WARRIORS" "Pahlawan" | Young K (Day6) | ZINGO | ZINGO | 2:58 | |||||
4. | "Knock Knock" "Ketuk Ketuk" | Jo Yoon-kyung |
|
| 2:47 | |||||
5. | "Like A Monster" "Seperti Raksasa" |
|
| Jung Ho-hyun (e.one) | 2:48 | |||||
6. | "내일에서 만나" "Jumpa Esok" | danke |
| Lee Hae-sol | 3:17 | |||||
Jumlah masa: 17:07 |
Rujukan
- ^ Nam, Jung-hyun (12 September 2021). "'라우드', MVP는 JYP 이계훈...시청률 2.7%로 종영" ['Loud', MVP ialah Lee Kye-hoon daripada JYP... Berakhir dengan penarafan tontonan 2.7%] (dalam bahasa Korea). Newsis. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 September 2021. Dicapai pada 5 Januari 2025.
- ^ Pyo, Kyung-min (25 November 2024). "JYP to launch new K-pop boy group KickFlip in 2025" [JYP akan melancarkan kumpulan lelaki K-pop baharu KickFlip pada 2025]. The Korea Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2025. Dicapai pada 5 Januari 2025.
- ^ Jung-youn, Lee (1 Januari 2025). "JYP postpones debut promotion for KickFlip amid national mourning period" [JYP menangguhkan promosi debut untuk KickFlip di tengah-tengah tempoh perkabungan negara]. The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2025. Dicapai pada 5 Januari 2025.
- ^ Lee, Jung-youn (6 Januari 2025). "7-member Kickflip to make official debut Jan. 20" [Kumpulan 7 anggota Kickflip akan membuat debut rasmi 20 Jan.]. The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mac 2025. Dicapai pada 6 Januari 2025.
- ^ Lee, Min-ji (6 Januari 2025). "JYP 新 보이그룹 킥플립 계훈→케이주 공개, 1월 20일 데뷔 [공식]" [Kumpulan lelaki baharu JYP KickFlip Kyehoon → Keiju didedahkan, debut pada 20hb Januari [Rasmi]] (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Januari 2025. Dicapai pada 6 Januari 2025.
- ^ Hwang, Hye-jin (8 Januari 2025). "킥플립 이계훈, JYP 공채 오디션 1위→연습생만 9년 "덕분에 단단해져"" [Lee Kye-hoon daripada KickFlip, tempat pertama uji bakat awam JYP → 9 tahun sebagai pelatih “Sokongan anda jadikan saya kuat”] (dalam bahasa Korea). Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Januari 2025. Dicapai pada 11 Januari 2025.
- ^ Park, Seo-hyun (9 Januari 2025). "JYP 新 보이그룹 킥플립, 단체 인트로덕션 비디오 공개 "저희를 보여드리고 파"" [Kumpulan lelaki baharu JYP KickFlip melancarkan video pengenalan kumpulan “Tunjukkan pada kami dan lihat”] (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2025. Dicapai pada 11 Januari 2025.
- ^ Lee, Sun-myung (10 Januari 2025). "JYP 연습생 마친 킥플립, 청량미로 20일 데뷔" [JYP tamatkan pelatih KickFlip, debut pada 20hb dengan pesona menawan] (dalam bahasa Korea). Sports Kyunghyang. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Januari 2025. Dicapai pada 11 Januari 2025.
- ^ Kang, Ga-hee (January 13, 2025). "JYP 신인 킥플립, 데뷔 콘셉트 포토 추가 공개..자유 만끽 일곱 청춘" [Kumpulan baharu JYP KickFlip, foto konsep debut tambahan dikeluarkan.. Tujuh pemuda menikmati kebebasan] (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Januari 2025. Dicapai pada 19 Januari 2025.
- ^ Lee, Sun-myung (14 Januari 2025). "JYP연습생 마친 킥플립, 우리들의 매력은요" [Pelatih JYP tamat sebagai KickFlip, apakah pesona kami?] (dalam bahasa Korea). Sports Kyunghyang. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Januari 2025. Dicapai pada 19 Januari 2025.
- ^ a b Jung, Hee-yeon (15 Januari 2025). "킥플립 데뷔곡='Mama Said(뭐가 되려고?)'…수록곡 데이식스 영케이 작사 참여" [Lagu debit KickFlip "Ibu Kata (Kamu Cuba Jadi Apa?)"... Young K daripada Day6 terlibat dalam penulisan lirik untuk lagu yang disertakan] (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Januari 2025. Dicapai pada 19 Januari 2025.
- ^ a b Yoon, So-yeon (20 Januari 2025). "Rookie boy band KickFlip ready to turn K-pop world upside down with debut album" [Kumpulan lelaki baharu KickFlip bersedia untuk mengubah dunia K-pop dengan album sulung]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2025. Dicapai pada 20 Januari 2025.
- ^ Kim, Jae-heun (16 Januari 2025). "New generation of K-pop artists set to debut with agencies likely to play safe" [Artis generasi baharu K-pop sedia untuk debut dengan agensi mungkin bermain secara selamat]. The Korea Herald (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2025. Dicapai pada 19 Januari 2025.
- ^ Park, Jae-hwan (26 Januari 2025). "JYP 슈퍼루키 '킥플립' 데뷔 앨범 'Flip it, Kick it!' 발매 기념 팝업 스토어" [Pendatang baharu super JYP 'KickFlip' melancarkan kedai pop-up bagi meraikan album debut 'Flip It, Kick It!']. KBS Entertainment. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Januari 2025. Dicapai pada 29 Januari 2025.