Flymph | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Asal | Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2023 - kini |
Syarikat rakaman |
|
Anggota semasa | Ameer Zahrif Haierul Hazmie |
Bekas anggota | Aidil "Ayim" Fahim Aliff Muqkris |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Flymph merupakan sebuah kugiran rock Malaysia yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor. Ditubuhkan pada tahun 2023, ahli kugiran ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Ameer Zahrif, pemain bes Haierul Hazmie dan pemain dram Arif Setiawan sebagai ahli asal.
Sejarah
Sejarah Penubuhan
Kugiran Flymph bermula apabila Ameer Zahrif dan Haierul Hazmie yang ditempatkan di kelas yang sama dan mendapati mereka berkongsi minat yang sama dalam hal muzik. Mereka berdua sangat gemar bermain alat muzik dan sering berbincang tentang muzik, yang akhirnya membawa mereka untuk meluahkan idea untuk menubuhkan sebuah kugiran. Namun, satu masalah timbul—mereka memerlukan seorang pemain dram untuk melengkapkan kumpulan mereka.
Pada suatu hari, Ameer Zahrif baru mengetahui bahawa Arif Setiawan yang merupakan bekas rakan sedarjah kepada Ameer dan Hazmie mempunyai bakat dalam bermain dram. Setelah mendengar tentang kebolehan Arif, Ameer merasa ingin untuk melihat sendiri kemahirannya. Tanpa berlengah, Ameer mengajak Arif untuk sesi jamming pada malam itu juga. Ketika melihat Arif bermain dram, Ameer terkesima dengan kemahiran dan irama yang dibawakan. Dia merasa bahawa Arif sangat sesuai untuk mengisi kekosongan sebagai pemain dram dalam kugiran mereka. Merasakan keserasian dan potensi besar, Ameer segera merekrut Arif untuk menjadi ahli dalam kugiran mereka.
Sejarah Nama Sebelum Flymph
Sebelum memilih nama Flymph, kugiran ini menggunakan beberapa nama yang berbeza dalam usaha mencari identiti yang tepat bagi mereka. Setiap nama yang dicadangkan mencerminkan perjalanan dan evolusi muzik mereka, namun tidak ada yang dirasakan cukup menggambarkan semangat sebenar kumpulan ini.
Pada peringkat awal, mereka mula menggunakan nama Noktah. Selepas beberapa waktu, muncul kugiran lain menggunakan nama Noktah yang membuat mereka terpaksa mengganti nama kumpulan.
Kemudian, mereka mencuba nama Forty Seconds sebagai alternatif. Nama ini dipilih oleh Ameer Zahrif kerana terinspirasi dari manga jepun bertajuk Death Note, tetapi tidak disetujui oleh ahli lain.
Akhirnya, selepas perbincangan dan pencarian yang panjang, mereka memutuskan untuk menamakan kugiran mereka Flymph. Nama ini dipilih kerana ia membawa makna yang lebih mendalam dan sesuai dengan identiti muzik mereka yang berani dan penuh dengan eksperimen. Flymph merupakan lakuran daripada dua perkataan iaitu "fly" yang merujuk kepada kebebasan dan impian untuk terbang bebas mengejar aspirasi muzik mereka, dan "nymph", yang menggambarkan elemen alam semula jadi serta perubahan yang berterusan.
Penyatuan kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang mendalam kepada kugiran. "Fly" menggambarkan semangat bebas dan dinamik mereka dalam berkarya, sementara "nymph" merujuk kepada makhluk mitologi yang sering dikaitkan dengan kelincahan, keindahan, dan evolusi. Nama ini juga melambangkan bagaimana mereka sebagai sebuah kugiran ingin berkembang dan menyesuaikan diri dengan pelbagai pengaruh muzik, khususnya rock alternatif, sambil tetap menjaga identiti asli mereka.
Ahli kumpulan
Ahli terkini
- Ameer Zahrif - Vokalis, Gitar, Penulis Lagu, Penggubah Lagu
- Haierul Hazmie - Bes Gitar
- Arif Setiawan - Dram
Bekas ahli
- Aidil Fahim - "Ayim" - Gitar
- Aliff Muqkris - Papan nada, Gitar
Diskografi
EP
- 2025: Layan Je, Ini Rock Lah!
Demo
- "Sahabat"
- "Pencuri Hati"
- "Terpisah Jauh"
- "Pita Video Untukmu"
- "Bulan Julai"
- "Kau La Pujaanku"
- "A.S.B"
- "Monolog"
- "Tiada Tajuk"
- "Kepala Hantu"
- "Lagu Metal"
- "Cerita Hari Ini"
- "Seksi 18"
- "Putri"
- "Pahlawan Palsu Dunia"
Logo

