Frank Xavier Leyendecker | |
|---|---|
Frank Leyendecker di studionya. | |
| Kelahiran | Franz Xavier Leyendecker 19 Januari 1876 |
| Meninggal dunia | 18 April 1924 (umur 48) New Rochelle, New York |
| Warganegara | Amerika |
| Pendidikan | Institut Sekolah Seni Chicago Akademi Julian |
| Terkenal kerana | Ilustrasi, lukisan perdagangan |
Frank Xavier Leyendecker (January 19, 1876 – April 18, 1924), atau dikenali sebagai Frank James Leyendecker ialah seorang seniman dan ilustrator perdagangan berketurunan Jerman-Amerika. Beliau pada peringkat awal bergandingan dengan abangnya, Joseph Christian Leyendecker di kota Chicago,[1] sebelum berpindah ke Bandar Raya New York dan seterusnya ke New Rochelle, New York. Beliau masyhur dengan karya kulit majalah bagi Gaya Ikutan (Vogue), Pameran Cermin (Vanity Fair), dan Hidup (Life), di samping menghasilkan karya untuk sejumlah besar firma pengiklanan.
Riwayat Hidup

Franz Xavier Leyendecker telah dilahirkan di Montabaur, Jerman pada 19 Januari 1876. Pada tahun 1884, beliau berhijrah ke Chicago bersama kedua-dua orang tuanya serta tiga orang adik-beradik ke tempat bapa saudara mereka yang memiliki Syarikat Bir McAvoy (McAvoy Brewery). Di Chicago, beliau menuntut di Institut Seni Chicago (School of the Art Institute of Chicago).[2] Dari tahun 1895 hingga 1897, beliau melanjutkan pelajaran di Académie Julian, Paris, Perancis.[3]
Beliau terkenal bukan sahaja dengan kerja seni kaca berwarna (stained glass), bahkan juga dengan ilustrasi untuk poster, buku, majalah dan iklan. Antara syarikat yang menggunakan khidmat seninya termasuklah perhiasan Kum-a-Part, Syarikat Jam E. Howard (E. Howard Watch Company), kereta Franklin, pakaian Kuppenheimer, pakaian Right Posture, Syarikat Kereta Elektrik Ohio (Ohio Electric Car Company), Persenjataan Remington/Persatuan Kelongsong Kotak Besi (Remington Arms/Union Metallic Cartridge), stokin Durham, dan pakaian dalam BVD. Beliau turut menghasilkan muka hadapan bagi sejumlah besar majalah tinggi permintaan termasuklah majalah picisan terbitan Street & Smith seperti Majalah Kegemaran Ramai (People’s Favorite Magazine) dan Majalah Yang Terkenal (The Popular Magazine), serta majalah picisan Fawcett bertajuk Kisah-kisah Peperangan (Battle Stories). Karya beliau untuk Battle Stories pada asalnya merupakan sebuah poster pengambilan anggota Perang Dunia Pertama sebelum dicetak semula sebagai kulit majalah picisan oleh Penerbitan Fawcett (Fawcett Publications) pada tahun 1931.[4] Karya-karyanya pernah dihuraikan sebagai “satu ciri yang penting” dalam pameran kedua oleh Persatuan Pelukis (Society of Illustrators) di Balai Seni Antarabangsa (International Gallery), New York.[5]
Frank pernah berkhidmat sebagai hakim dalam Pertandingan Cat Air Strathmore yang pertama, anjuran Syarikat Kertas Mittineague (Mittineague Paper Company) dari Massachusetts.[6]
Frank Leyendecker, bersama kakaknya Augusta Mary Leyendecker serta peragawan Charles A. Beach, pernah menetap untuk satu jangka masa yang panjang di sebuah rumah agam besar yang dibina serta dimiliki bersama oleh kedua-dua beradik Leyendecker di New Rochelle, New York.[7]
Pada akhir hayatnya, Frank mengalami kemurungan tekanan perasaan serta kesihatannya yang merosot akibat daripada ketagihan dadah yang berpanjangan. Beliau meninggal dunia, besar kemungkinan akibat membunuh diri, disebabkan dos morfin berlebihan pada 18 April 1924 ketika berusia 48 tahun.[4]
Rujukan
- ^ Emmanuel Cooper (1994). The sexual perspective: homosexuality and art in the last 100 years in the West. Routledge. m/s. 106. ISBN 9780415111003.
- ^ Borrelli-Persson, Laird (Jun 12, 2017). "The Secret Life of the Arrow Collar Man, an Early 20th-Century Sex Symbol". Vogue (dalam bahasa Inggeris). Conde Nast. Dicapai pada Januari 1, 2024.
- ^ A century of American illustration. Brooklyn Museum. 1972. m/s. 148.
- ^ a b "Catalog". pulpartists.com.
- ^ Public opinion, Volume 34. 1903. m/s. 208.
- ^ Academy notes, Volume 4, Issue 1. Buffalo Fine Arts Academy. 1908. m/s. 12.
- ^ Barbara Burman; Carole Turbin (Ogos 22, 2003). Material strategies: dress and gender in historical perspective. Wiley-Blackwell. m/s. 109. ISBN 9781405109062.
Pautan Luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Frank Xavier Leyendecker |
- Karya-karya oleh Frank X. Leyendecker di Projek Gutenberg
- Karya F. X. Leyendecker (Frank Xavier) bolAmerican Art Archives web site
- Illustration History
- Guna tarikh dmy dari November 2015
- Articles with Project Gutenberg links
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- 1876 births
- 1924 deaths
- 1924 suicides
- American illustrators
- Artists from New Rochelle, New York
- Artists who died by suicide
- Culture of New Rochelle, New York
- Drug-related suicides in New York (state)
- Emigrants from the German Empire to the United States








