| Gangguan gejala somatik | |
|---|---|
| Video penjelasan | |
| Penamaan | |
| Nama lain | Gangguan somatik | 
| Keterangan | |
| Punca | Tidak jelas[1] | 
| Tempoh | Jangka masa panjang[2] | 
| Jenis |  Senarai | 
| Gejala | Rasa risau atau takut yang melampau terhadap simptom fizikal[3] | 
| Faktor risiko | Sejarah keluarga, penyalahgunaan bahan, pengganguran, sejarah penderaan kanak-kanak[2][1] | 
| Rawatan | |
| Pengkhususan | Psikiatri | 
| Diagnosis pembezaan | Masalah kesihatan lain, kecelaruan, gangguan kebimbangan umum, gangguan penggunaan bahan, sindrom keletihan kronik[3][4] | 
| Langkah rawatan | Kaunseling, ubatan[4] | 
| Pengubatan | SSRI[1] | 
| Perangkaan | |
| Kekerapan | ~6%[1] | 
| sunting · sunting di Wikidata  | |
Gangguan gejala somatik, dahulunya dikenali sebagai gangguan somatoform dicirikan sebagai ketakutan atau kebimbangan yang berlebihan terhadap gejala fizikal.[3] Ia biasanya berlaku pada tahap hingga menggangu aktiviti harian.[3] Gejala-gejala ini tidak dihasilkan atau dipalsukan dengan sengaja, dan ia mungkin wujud bersama atau tidak dengan penyakit perubatan yang diketahui.[1] Ia mungkin dikaitkan dengan gangguan personaliti mengelak atau gangguan obsesif-kompulsif.[1]
Punca terjadinya gangguan ini adalah tidak jelas.[1] Faktor risiko termasuk sejarah keluarga, penyalahgunaan bahan, pengangguran dan sejarah penderaan kanak-kanak.[2][1] Diagnosis memerlukan tempoh masa sehingga 6 bulan.[3] Gangguan yang boleh dicirikan sama termasuk gangguan penukaran, gangguan berfakta dan gangguan kebimbangan penyakit.[4] Ia berbeza daripada kecelaruan, apabila ia wujud sebagai ciri kedua.[4]
Rawatan untuk pesakit dengan gangguan ini termasuklah kaunseling seperti terapi tingkah laku kognitif dan ubat-ubatan, seperti SSRI.[4] Pesakit perlu terus dianjurkan bahawa simptom yang mereka miliki tidak akan mengancam nyawa mereka.[1] Ujian secara berlebihan adalah tidak digalakkan untuk mengelakkan keputusan positif palsu; juga kerana keputusan yang negatif tidak semestinya memberikan jaminan yang positif kepada pesakit.[1] 90% kes bertahan lebih daripada 5 tahun.[1]
Gangguan gejala somatik dianggarkan menjejaskan 6% daripada populasi.[1] Perkadaran wanita dan lelaki ialah pada 10:1.[1] Gangguan ini selalu bermula pada fasa akhir perkembangan kanak-kanak.[2] Keadaan ini disifatkan oleh orang Mesir Purba dan kemudiannya berlaku pada tahun 1900-an sebagai histeria.[5] Nama semasanya diperkenalkan pada 2013 dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental edisi kelima (DSM-V).[1]
Rujukan
- ^ a b c d e f g h i j k l m n D'Souza, RS; Hooten, WM (January 2020). "Somatic Syndrome Disorders". StatPearls. PMID 30335286.
- ^ a b c d LaFrance WC (July 2009). "Somatoform disorders". Seminars in Neurology. 29 (3): 234–46. doi:10.1055/s-0029-1223875. PMID 19551600.
- ^ a b c d e Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (ed. Fifth). American Psychiatric Association. 2013. m/s. 311-315. doi:10.1176/appi.books.9780890425596.156852. ISBN 978-0-89042-555-8.
- ^ a b c d e Kurlansik, SL; Maffei, MS (1 January 2016). "Somatic Symptom Disorder". American family physician. 93 (1): 49–54. PMID 26760840.
- ^ Sadock, Benjamin J.; Kaplan, Harold I.; Sadock, Virginia A. (2007). Kaplan & Sadock's Synopsis of Psychiatry: Behavioral Sciences/clinical Psychiatry (dalam bahasa Inggeris). Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 634. ISBN 978-0-7817-7327-0. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-28. Dicapai pada 2021-02-17.










