
Garis komunikasi (line of communication, atau communications) ialah laluan yang menghubungkan satu unit tentera yang sedang beroperasi dengan pusat bekalannya.
Bekalan dan pasukan sokongan dihantar melalui garis komunikasi ini. Oleh itu, garis komunikasi yang selamat dan terbuka adalah amat penting untuk memastikan sesuatu pasukan tentera dapat terus beroperasi dengan berkesan. Sebelum adanya telegraf dan radio dalam peperangan, garis komunikasi juga merupakan laluan yang digunakan oleh penghantar utusan menunggang kuda atau berlari untuk menyampaikan dan menghantar arahan serta maklumat pertempuran kepada dan dari panglima unit serta markas utama. Maka, sesebuah unit yang garis komunikasinya telah dikompromi adalah terdedah kepada risiko terasing dan dimusnahkan, kerana ia kehilangan cara untuk meminta bantuan atau bekalan semula. Singkatan rasmi dalam ketenteraan bagi istilah ini ialah LOC. Turut wujud ialah SLOC – Sea Line of Communication (Garis Komunikasi Laut), GLOC – Ground Line of Communication (Garis Komunikasi Darat) atau ALOC – Air Line of Communication (Garis Komunikasi Udara).
Mengganggu atau memutuskan bekalan dan tenaga bantuan ke unit-unit barisan hadapan ialah salah satu matlamat strategik utama dalam peperangan. Beberapa contoh terkenal termasuk:
- Pengepungan Vicksburg semasa Perang Saudara Amerika, di mana Ulysses S. Grant mengepung bandar tersebut sehingga menyerah kalah pada Julai 1863.
- Pertempuran Perancis dalam Perang Dunia Kedua, apabila tentera Jerman memutuskan hubungan tentera Perancis dan British di Belgium (walaupun lebih 330,000 berjaya diselamatkan melalui Pemindahan Dunkirk).
- Kepungan ke atas Tentera Darat Ke-6 Jerman dalam Pertempuran Stalingrad semasa Perang Dunia Kedua.
- Serangan Amerika Syarikat ke atas Laluan Ho Chi Minh semasa Perang Vietnam.
Lihat juga
Logistik secara umum
- Pengisian bahan api udara
- Angkut udara
- Penyelenggaraan kejuruteraan tentera
- Peperangan gerakan ekspedisi
- Sokongan logistik bersepadu
- Pegawai logistik
- Laluan bekalan utama
- Logistik ketenteraan
- Pengurusan rantaian bekalan ketenteraan
- Nombor Stok NATO
- Logistik berasaskan prestasi (Performance-based logistics)
- Pengkalan laut (Seabasing)
- Angkut laut (Sealift)
- Kereta api tentera
- Pengisian semasa bergerak (Underway replenishment)
Operasi logistik khusus
- Logistik dalam Pertempuran Perimeter Pusan
- Logistik British dalam Perang Falklands
- Logistik British dalam Perang Boer Kedua
Rujukan
Bacaan lanjut
The Oxford Essential Dictionary of the U.S. Military. Oxford University Press. 2002.








