Setan jangki | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Actinopterygii |
Order: | Scombriformes |
Keluarga: | Scombridae |
Subkeluarga: | Gasterochismatinae Lahille, 1903 |
Genus: | Gasterochisma Richardson, 1845 |
Spesies: | G. melampus
|
Nama binomial | |
Gasterochisma melampus Richardson, 1845
| |
Sinonim | |
|
Setan jangki (Gasterochisma melampus) ialah sejenis ikan bertulang bersirip ruji penghuni lautan dalam keluarga kembung, Scombridae – sebuah keluarga yang dikongsikan dengan aya, kembung, tenggiri dan bonito. Namun, tidak seperti 50 spesies daripada empat suku tersebut, spesies ini unik kerana ia satu-satunya skombrid yang dikelaskan berasingan daripada yang lain, dalam subkeluarga Gasterochismatinae dan genus Gasterochisma.[2][3][4]
Nama tempatannya, ikan setan jangki, dipakai khusus di Indonesia bagi merujuk kepada spesies ini.[5] Dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil butterfly kingfish.
Penerangan
Anak setan jangki dicirikan dengan sirip pelvis besar lebih panjang daripada kepala, dan akan sama panjang setelah ikannya dewasa. Pada mana-mana saiz, sirip pelvisnya terlipat menjadi alur ventral mendalam, hampir sama dengan spina dorsal pertama pada semua skombrid. Spesies ini mempunyai sisik sikloid yang sangat besar, di bawah lapisan lemak yang tebal. Pundi renangnya mempunyai dua unjuran anterior yang memanjang ke belakang tengkorak, berdekatan telinga dalam.[6] Ikan ini tiada lunas pertengahan pada pedunkel kaudal – ia hanya mempunyai pasangan lunas kecil pada setiap sisi pangkal sirip kaudal, seperti skombrid yang lain. Ia mempunyai 21 vertebra prakaudal, serta 23 vertebra kaudal.[7]

Ikan ini dapat ditemukan di seluruh dunia di selatan perairan sederhana pada suhu 8–15 °C (46–59 °F), namun lebih umum lagi di bawah 10 °C (50 °F), dan pada kedalaman 200 m (660 ka) di laut lepas. Ia membesar sehingga panjang 1.64 m (5.4 ka).[8]
Kebanyakan ikan bertulang adalah ektotermik atau berdarah sejuk, tetapi spesies ini, hampir seperti tuna terdekat, adalah endotermik dan boleh menaikkan suhu tubuh mencapai tingkat pentermokawalaturan.[9] Ia mempunyai organ pemanas otak yang muncul daripada otot mata rektus lateral, berlainan daripada mersuji yang pemanasnya muncul daripada otot rektus superior.[7]
Etimologi
Gasterochisma terbit daripada Bahasa Yunani Kuno: γαστήρ, (gaster), perut, dan χίασμα (chiasma) "persilangan; bentuk-X; tanda 'X'".[10]
Rujukan
- ^ Collette, B.; Boustany, A.; Carpenter, K.E.; Di Natale, A.; Fox, W.; Graves, J.; Juan Jorda, M.; Miyabe, N.; Nelson, R.; Oxenford, H.; Uozumi, Y. (2011). "Gasterochisma melampus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T170340A6756181. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-2.RLTS.T170340A6756181.en. Dicapai pada 19 November 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaGraham2004
- ^ "Gasterochisma melampus". Integrated Taxonomic Information System. Dicapai pada 18 April 2006.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOrrell2006
- ^ Skar Puji Astuti; Abdul Ghofar; Suradi Wijaya Saputra; Budi Nugraha (2016). "JENIS DAN DISTRIBUSI UKURAN IKAN HASIL TANGKAP SAMPINGAN (BY CATCH) RAWAI TUNA YANG DIDARATKAN DI PELABUHAN BENOA BALI". Management of Aquatic Resources Journal (MAQUARES). Universitas Diponegoro. 5 (4): 453-460.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBlock2001
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaOrrell20062
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaFishBase2
- ^ Block, B.A.; Finnerty, J.R. (1993). "Endothermy in fishes: a phylogenetic analysis of constraints, predispositions, and selection pressures". Environmental Biology of Fishes. 40 (3): 283–302. doi:10.1007/BF00002518. S2CID 28644501.
- ^ Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2012). "Gasterochisma melampus" di FishBase. versi Oktober 2012.