Kawasan Mesir merupakan tapak tamadun awal Mesir Purba. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun. Kini, Mesir merupakan antara negara Arab terpenting di Timur Tengah.
Masjid Al-Azhar (Arab: الجامع الأزهر, rumi: al-Jāmiʿ al-ʾAzhar), dikenali di Mesir secara ringkas sebagai al-Azhar, ialah sebuah masjid di Kaherah, Mesir di pusat bersejarah Islam di bandar raya tersebut. Pembinaanya terletak di bawah Jeneral Jawhar al-Siqilli selepas Kaherah ditubuhkan sebagai ibu kota baharu bagi Khilafah Fatimiyah di bawah Khalifah Abu Tamim Ma'ad al-Muizz li-Din Allah, pada tahun 97. Ia merupakan masjid pertama yang dibina di bandar tersebut yang kemudiannya diberi gelaran "Kota Seribu Menara". Namanya biasa dianggap muncul daripada perkataan az-Zahrāʾ (bermaksud "yang cantik mekar"), gelaran yang diberikan kepada Fatimah, anak perempuan Nabi Muhammad.
Selepas penubuhannya pada 972, dan dengan pengambilan 35 orang ulama sebagai penggiat masjid pada 989, masjid ini secara perlahan-lahan membangun menjadi seperti hari ini yang merupakan universiti kedua paling lama beroperasi selepas Universiti al-Qarawiyyin di Fes. Universiti Al-Azhar telah lama diiktiraf sebagai institusi unggul dalam dunia Islam bagi pengajian akidahahli Sunah waljamaah dan syariah, atau perundangan Islam. Universiti tersebut, yang disepadukan dengan masjid menjadi sebahagian sekolah masjid sejak penubuhannya, telah dimiliknegarakan dan secara rasmi menjadi universiti awam pada 1961, berikutan Revolusi Mesir 1952.
Medames ful (فول مدمس , fūl midammis; lain-lain ejaan termasuk ful mudammas dan foule mudammes), atau sekadar fūl, adalah hidangan kacang parang yang dimasak dengan minyak sayuran, jintan, dan pilihan dengan pasli cincang, bawang putih, bawang, jus lemon, cili dan sayur-sayuran, herba dan rempah bahan-bahan. Makanan ini makanan ruji terutama di Mesir, lebih-lebih lagi di kota-kota utara Kaherah dan Giza.