Undang-undang adalah satu percubaan untuk menimbangtara antara kehendak orang ramai dalam perhubungan antara mereka. Pengajian undang-undang mencari jawapan kepada beberapa persoalan penting mengenai kesamarataan, keadilan dan kesaksamaan dalam masyarakat.
Dalam kebanyakan negara dunia, pengamal undang-undang profesional dilatih untuk memberi orang ramai khidmat dalam pengetahuan dan perlaksanaan hak mereka dalam undang-undang. Hak dan tangunggungjawab dalam undang-undang boleh dan sering menjadi kompleks. Akan tetapi, terdapatnya sejarah yang kaya mengenai undang-undang dengan pelbagai pemikiran falsafah yang berdepankan undang-undang. Pertempuran politik yang hebat sering berlaku untuk membuat undang-undang dan isu-isu ekonomi juga dibangkitkannya. Ini menjadikan bidang undang-undang satu bidang yang penuh dengan kenikmatan meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Baca lagi...