| Gipsum | |
|---|---|
| Maklumat am | |
| Kategori | Mineral sulfat |
| Formula kimia | CaSO4·2H2O |
| Pengecaman | |
| Warna | Tidak berwarna hingga putih; mungkin kuning, tan, biru, merah jambu, coklat, coklat kemerahan atau kelabu kerana kekotoran |
| Tabii hablur | Besar, rata. Kristal memanjang dan umumnya prisma |
| Sistem hablur | Monoklinik |
| Pengembaran | Amat ketara {110} |
| Pembelahan | Sempurna {010}, jah {100} |
| Fraktur | Conchoidal on {100}, splintery parallel to [001] |
| Kekerasan skala Mohs | 1.5–2 (defining mineral for 2) |
| Kilau | Vitreous to silky, pearly, or waxy |
| Indeks biasan | nα = 1.519–1.521 nβ = 1.522–1.523 nγ = 1.529–1.530 |
| Sifat-sifat optik | Biaxial (+) |
| Dwibiasan | δ = 0.010 |
| Pleokroisme | None |
| Guris | White |
| Graviti tentu | 2.31–2.33 |
| Keterlakuran | 5 |
| Keterlarutan | Hot, dilute HCl |
| Diafaneiti | Transparent to translucent |
| Kelainan-kelainan utama | |
| Satin spar | Pearly, fibrous masses |
| Selenit | Transparent and bladed crystals |
| Alabaster | Fine-grained, slightly colored |
Gipsum, cioko, sekau atau medang sila[1] ialah mineral sulfat lembut yang terdiri daripada kalsium sulfat dihidrat, dengan formula CaSO4·2H2O.[2] Ia digunakan secara meluas dan digunakan sebagai baja, dan sebagai penyusun utama dalam pelbagai bentuk plaster, kapur papan hitam dan dinding. Skala kekerasan mineral Mohs, berdasarkan perbandingan kekerasan gores, mentakrifkan kekerasan nilai 2 sebagai gipsum. Ia terbentuk sebagai mineral evaporit dan sebagai produk penghidratan anhidrat.[3]
Peristilahan
Nama cioko dan sekau masing-masing menyerap daripada sebutan bahasa Hokkien perkataan bertulis 石膏 iaitu chio̍h-ko dan sa̍k-kâu dalam Pe̍h-ōe-jī.[4]
Kegunaan
Gipsum juga mempunyai keunggulan tersendiri, kerana tidak menggunakan proses pembakaran. Beragam jenis ciptan yang bisa dihasilkan dari kerajinan berbahan dasar gips ini sudah tidak asing lagi dilihat ketika di pasaran dan memiliki ragam jenis seperti:
- Frame foto
- Celengan dari gips
- Beragam bentuk boneka
- Souvenir
- Tempat tusuk gigi
- Gantungan baju
- Dekorasi ornamen
- Dsb.
Dalam makanan
Gipsum dibubuh ke dalam air perahan kacang kedelai dengan kadar kalsium yang tinggi untuk menggumpal keladak yang dijadikan makanan seperti tauhu dan tau fu fah.[5]
Dalam perubatan
Batu ini pernah dijadikan bahan penawar racun dan pening mabuk dalam ubat tradisi Melayu dengan dikisar lumat dan dilarut air bersama tebu merah dan timah hitam sebelum diminum.[6]
Dalam seni
Sejenis bahan berasaskan gipsum putih yang halus atau ringan iaitu pualam telah digunakan untuk patung oleh banyak budaya termasuk Mesir kuno, Mesopotamia, Rom Purba, Empayar Byzantium dan England pada zaman pertengahan.
Rujukan
- ^ Wilkinson, Richard James (1932). "mĕdang sila". A Malay-English dictionary (romanised). II. Mytileni, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 119 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
- ^ Klein, Cornelis; Hurlbut, Cornelius S. Jr. (1985), Manual of Mineralogy (ed. 20th), John Wiley, m/s. 352–353, ISBN 978-0-471-80580-9
- ^ Smith, Joshua (2007). Borderland smuggling: Patriots, loyalists, and illicit trade in the Northeast, 1780–1820. Gainesville, FL: UPF. m/s. passim. ISBN 978-0-8130-2986-3.
- ^ Hooper, David (Disember 1929). On Chinese Medicine: Drugs of Chinese Pharmacies in Malaya. Gardens Bulletin. VI. m/s. 152.
- ^ Shurtleff, William (2000). Tofu & soymilk production: a craft and technical manual. Lafayette, California, AS: Soyfoods Center. m/s. 99. ISBN 9781928914044.
- ^ A. Samad Ahmad (1982). Warisan Perubatan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia. m/s. 116.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Gipsum. |
| Cari Gipsum dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- WebMineral data
- Mineral galleries – gypsum
- CDC – NIOSH Pocket Guide to Chemical Hazards
- . Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). 1911.








