Hameed Mytheen Kunju Basheer | |
---|---|
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 5 April 2023 (Kerja, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan) | |
Gabenor | Mohd Ali Rustam |
Timbalan | Zahari Abd Kalil |
Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
Didahului oleh | Rahmad Mariman |
Kawasan pilihan raya | Ayer Limau |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Ayer Limau | |
Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
Didahului oleh | Amirudin Yusof (BN–UMNO) |
Majoriti | 1,085 (2021) |
Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Melaka | |
2021– | Barisan Nasional |
Maklumat peribadi | |
Lahir | ![]() ![]() | 8 Februari 1973
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Pekerjaan | Ahli politik |
Bidang pengkhususan | Guru |
Hameed Mytheen Kunju Basheer di Facebook | |
Hameed bin Mytheen Kunju Basheer[1] merupakan seorang ahli politik dan guru Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh sejak April 2023 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi Ayer Limau sejak November 2021. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN. Di peringkat parti, beliau ialah Naib Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda UMNO Masjid Tanah. Sebelum menyertai politik, beliau merupakan guru pendidikan jasmani di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah.[2]
Kerjaya politik
Hameed Mytheen telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dalam pilihan raya negeri 2021 pada 20 November 2021 dengan memenangi kerusi Ayer Limau daripada Amirudin Yusof yang juga daripada gabungan BN dan telah bersara sebagai ADUN. Beliau turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka yang bertanggungjawab terhadap Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan oleh Ketua Menteri ke-13, Ab Rauf Yusoh pada 5 April 2023.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | N03 Ayer Limau | Hameed Mytheen Kunju Basheer (UMNO) | 3,838 | 51.94% | Noordina Abd Latif (BERSATU) | 2,753 | 37.25% | 7,389 | 1,085 | 66.71% | ||
Maznah Baharuddin (AMANAH) | 798 | 10.80% |
Anugerah
Malaysia :
Pingat Pangkuan Negara (P.P.N.) (2015)[4]
Melaka :
Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) – Datuk (2020)[5]
Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) (2014)[6]
Rujukan
- ^ "Hameed Myhteen Kunju Basheer". Sinar Harian. Dicapai pada 7 April 2023.
- ^ "Pendidikan, sukan fokus calon BN Ayer Limau". Berita Harian. 11 November 2021. Dicapai pada 7 April 2023.
- ^ "N.3 AYER LIMAU". SPR Dashboard. 7 November 2021. Dicapai pada 8 November 2021.
- ^ "Senarai Penerima Pingat Pangkuan Negara Tahun 2015" (PDF). www.istiadat.gov.my.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2020" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.
- ^ "SENARAI PENGANUGERAHAN DARJAH, TAULIAH, BINTANG DAN PINGAT KEBESARAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014" (PDF). Warta Kerajaan Negeri Melaka.