Hidayu | |
---|---|
![]() Kulit album Perjanjian | |
Maklumat latar belakang | |
Asal | Ipoh, ![]() ![]() |
Genre | Rock kapak, glam rock, slow rock, balada |
Tahun aktif | 1990-an |
Syarikat rakaman | |
Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Hidayu merupakan sebuah kumpulan rock yang berasal dari Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Latar belakang
Hidayu terdiri daripada empat orang yang kesemuanya adalah pemuda yang berasal dari Ipoh, Perak. Mereka adalah terdiri daripada Ajoi (vokal), Sham (gitar utama), Tajol (bes) dan Azroy (dram). Pada awalnya, Radji adalah merupakan pemain dram kumpulan Hidayu ini. Kesemua mereka merupakan rakan baik sementara Tajol dan Ajoi adalah sebenarnya adik-beradik.
Hidayu sering diundang untuk mengadakan pertunjukkan bersama kumpulan May yang juga sekampung dengan mereka. Ada diantara lagu mereka pernah menduduki carta hit Radio pada ketika itu. Lagu mereka juga pernah disenaraikan di dalam carta Muzik Muzik untuk beberapa ketika.
Album studio sulung (merangkap tunggal) mereka, Perjanjian, telah diterbitkan pada sekitar tahun 1990. Setelah itu, Hidayu akhirnya terpaksa berpisah dan membawa diri dan haluan masing-masing. Azroy telah melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Ajoi telah menganggotai kumpulan FTG sebagai penyanyi. Sham pula akhirnya menganggotai kumpulan-kumpulan Akar, Noisy , Chosen, dan Sofea (sebelum ini dikenali sebagai SYJ). Manakala Tajol pula kini telah menjadi anggota dan pemuzik di RTM. Sham dan Tajol pada satu ketika pernah menubuhkan kumpulan Ubid dan menghasilkan sebuah album.
Diskografi
Album studio
- Perjanjian (MSO, 1991)
Runut
- "Perjanjian"
- "Impian Lain Warna"
- "Hidup Metal Rock"
- "Kenangan Cinta Silam"
- "Aku Adalah Aku"
- "Pembela Bangsa"
- "Walaupun Sangsi"
- "Dataran Merdeka"
- "Lidah Bercabang"
- "Taman Kenangan"