Hikayat Cinta Si Pematah Hati | |
---|---|
Genre | Melodrama Cinta Keluarga |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi |
Ditulis oleh | Sofia J. Rhyland |
Pengarah | Shalini Balasundaram |
Dibintangi oleh | Alif Satar Nabila Razali Hafreez Adam Nadiyah Shahab |
Lagu pembukaan | "Aku Cinta" nyanyian Syamel & Ernie Zakri |
Lagu penutup | "Aku Cinta" nyanyian Syamel & Ernie Zakri |
Negara asal | ![]() |
Bahasa | Bahasa Malaysia |
Bilangan episod | 16 Episod |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Datuk Rosyam Nor Shamsuddin Datin Runika Mohd Yusof |
Tempoh siaran | 42 Minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria & Astro Ria HD. (Slot MegaDrama). |
Siaran asal | 24 April 2017 – 18 Mei 2017 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cik Serba Tahu |
Diikuti oleh | Hero Seorang Cinderella |
Hikayat Cinta Si Pematah Hati ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Shalini Balasundaram. Dibintangi oleh Alif Satar, dan Nabila Razali. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 24 April 2017 menggantikan Cik Serba Tahu. [1]
Sinopsis
Mengisahkan Wafeen Wardah (Nabila Razali) mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Daniel Elhan (Hafreez Adam). Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki bernama Rayyan Rayqarl (Alif Satar).
Rayyan Rayqarl yang kehilangan ibunya telah disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan Rayqarl mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja sudah mempunyai kekasih iaitu Daniel. Daniel Elhan sebenarnya adik tiri kepada Rayyan Rayqarl. Sifat Rayyan yang menggemari kuih karipap pusing yang kerap dibuat oleh Wafeen. Mengingatkan Wafeen pada seorang lelaki pada zaman kanak-kanaknya. Disitulah dia mulai mengenal pasti yang lelaki tersebut adalah Rayyan.
Sementara itu, Daniel pula dipaksa bertunang dengan Tengku Zarynn (Nadiyah Shahab) membuatkan Wafeen sangat kecewa. Daniel pula tidak dapat melupakan Wafeen dan mencuba untuk merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan yang mendapat tahu perkara tersebut lalu dia merancang sesuatu dengan Tengku Zarynn bagaimana cara untuk memenangi hati Wafeen agar menjadi isterinya.
Pelakon
Pelakon Utama
- Alif Satar sebagai Rayyan Rayqarl
- Nabila Razali sebagai Wafeen Wardah
Pelakon Pembantu
- Ruminah Sidek sebagai Nek Jah, Nenek Wafeen
- Yaya Zahir sebagai Valqis Aulia, adik Rayyan
- Hafreez Adam sebagai Daniel Elhan, adik tiri Rayyan
- Edika Yusof sebagai Datuk Syakir
- Zila Bakarin sebagai Datin Ann, Ibu Daniel dan Ibu tiri Rayyan
- Ellie Suhaili sebagai Kak Muna
- Nadiyah Shahab sebagai Tengku Zarynn
- Fezrul Khan sebagai Tengku Muiz
- Kuza Muzani sebagai Tengku Mariam
- Azhar Amir sebagai Tengku Ehsan
- Syafiq Nazri sebagai Uwaisy
- Aien Zahalan sebagai Hanna
- Adam Ryan Iskandar sebagai Firdaus
Muzik & Runut Bunyi
No. | Tajuk | Penyanyi | Masa | |
---|---|---|---|---|
1. | "Aku Cinta" | Syamel & Ernie Zakri | ||
2. | "Jangan Menagis" | Aizat Amdan | ||
3. | "Sabar" | Ismail Izzani | ||
4. | "Oh Cintaku" | Bella Nazari | ||
5. | "Tabahkanlah" | Twinnies | ||
6. | "Kumbang Dan Bunga" | Wani Kayrie & Viral | ||
7. | "Cinta Buta" | Rocket Band | ||
- Pematah Hati - Nabila Razali
- Fobia Cinta - Nashrin
Rujukan
- ^ Drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati. MyInfoTaip. Dicapai 4 Ogos 2021