No. pendaftaran 200901024473 (867573-A) Logo digunakan sejak Ogos 2020 | |
Menara Maxis di Kuala Lumpur, ibu pejabat syarikat sejak 1998 | |
| Jenis/bentuk sah | Awam |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | MYX: 6012 |
| ISIN | MYL6012OO008 |
| Industri | Telekomunikasi |
| Pendahulu |
|
| Ditubuhkan | 7 Ogos 2009 (Disenaraikan pada tahun 2009) |
| Pengasas | Ananda Krishnan |
| Ibu pejabat | Menara Maxis, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Ampang, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Kawasan perkhidmatan | Asia (tidak termasuk Korea Utara dan Nepal), Timur Tengah dan Afrika Utara, Amerika Selatan (termasuk Peru dan Chile) |
| Tokoh penting | Tan Sri Dato'
Mokhzani Mahathir (Pengerusi) Goh Seow Eng (Ketua Pegawai Eksekutif) |
| Keluaran | |
| Jenama |
|
| Perkhidmatan | Perkhidmatan selular, Talian tetap dan MIDI (Multimedia Data Internet) |
| Hasil | ▲ RM105.36 Bilion (Tahun Fiskal Berakhir 31 Disember 2024[1]) |
| Pendapatan kendalian | ▲ RM187.7 Bilion (Tahun Fiskal Berakhir 31 Disember 2024[1]) |
| Pendapatan bersih | ▲ RM139.6 Bilion (Tahun Fiskal Berakhir 31 Disember 2024[1]) |
| Jumlah aset | ▲ RM223.23 Bilion (Fiscal Year Ended 31 Disember 2024[1]) |
| Jumlah ekuiti | ▲ RM590.5 Bilion (Fiscal Year Ended 31 Disember 2024[1]) |
| Pemilik |
|
| Bilangan kakitangan | 3,288 (2024) |
| Syarikat induk | Usaha Tegas Sdn. Bhd. |
| Anak syarikat | lihat senarai ini |
| Nisbah modal |
|
| Tapak web | www |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Maxis Berhad, menjalankan perniagaan sebagai Maxis, berdaftar sebagai Maxis STC Hutchison Holdings Berhad, juga dikenali sebagai Maxis stc Hutchison dan digayakan dalam tajuk huruf kecil, nombor syarikat 200901024473 (867573-A), merupakan pengendali perkhidmatan telefon bimbit di Malaysia, selain daripada syarikat U Mobile, CelcomDigi, Unifi Mobile, dan Yes. Syarikat ini mempunyai 8 juta pelanggan pada tahun 2006.[3] Maxis mengendalikan talian 012, 017 dan 014-2.[4][5][6][7][8]. Jaringan Internet mencapai dari Bandar Arau (Perlis) sampai ke kampung Long Pasia (Sabah).
Sejarah
Maxis Communications Berhad, anak syarikat Maxis Mobile Sdn. Bhd. (GSM 900) dan juga MEASAT 1, 2 dan 3 (Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil: Malaysia East Asia Satellite) merupakan salah sebuah pembekal perkhidmatan rangkaian penuh. Setakat ini, Measat digunakan terutamanya untuk membekalkan perkhidmatan penyiaran DTH di bawah perkhidmatan penyiaran Astro, anak syarikatnya Measat. Ia juga bercadang untuk menawarkan perkhidmatan telekomunikasi kepada rantau Asia, terutamanya negara-negara yang masih belum memiliki satelit.
Binariang telahpun secara agresifnya membina infrastruktur telekomunikasi di kawasan penempatan baru dan kompleks perniagaan. Pendekatan ini dijangka akan dapat membuka pasaran telekomunikasi di kawasan penempatan baru serta zon perniagaan. Namun demikian Binariang telahpun mengalami krisis kewangan yang teruk.
Kebelakangan ini, dalam percubaan syarikat tersebut untuk memfokuskan halatuju perniagaannya kepada perkhidmatan bimbit yang lebih lumayan, Binariang telah membuat keputusan untuk memberhentikan sebanyak 400 pekerjanya daripada Astro dan 300 lagi daripada bahagian rangkaian perkhidmatan tetap.
Pemiliknya, Ananda Krishnan, memegang 22% saham, manakala majoriti saham dimiliki oleh Usaha Tegas, sebuah syarikat yang diterajui bersama Ananda dan Tabung Amanah Tun Fuad Stephens.
Binariang mendapat perhatian luas apabila terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa ia akan dibeli dan dimiliki oleh syarikat asing. Hutchison Asia Telecom Group dipercayai telah memperolehi baki 61% saham, iaitu sebanyak RM1.4 bilion yang dibenarkan untuk pelabur asing. Sebaliknya, apa yang telah berlaku adalah British Telecom (BT) membayar sebanyak RM1.8 bilion untuk memperolehi hanya satu pertiga ekuiti syarikat Binariang.
Maxis Communications yang diterajui oleh Dato' Jamaludin Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Edward Ying sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO). Ibu pejabatnya terletak di Menara Maxis, bersebelahan dengan Menara KLCC.
Pada 2002, Maxis telah mengambil alih Adam (kemudiannya TimeCel, dan akhirnya Hotlink), ialah jenama di bawah dan seterusnya menggunakan talian 017.
Unit syarikat
Maxis terdiri daripada 2 segmen perniagaan utama:
Maxis
- Maxis Communications Berhad, dahulunya dikenali sebagai Binariang Sendirian Berhad, dan kemudiannya Binariang Berhad, nombor syarikat 198601009159 (158400-V)**
- Maxis Broadband Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Bina Sat-Com Network Sendirian Berhad, nombor syarikat 199201002549 (234053-D)
- PrismaNet (M) Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Syarikat Telefon Wireless (M) Sendirian Berhad, nombor syarikat 199301003169 (257906-T)*
- Enterprise Managed Services Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai MyKRIS Asia Sdn. Bhd., nombor syarikat 200001010593 (513199-T)
- Maxis Collections Sdn. Bhd., nombor syarikat 199601010926 (383275-M)
- Maxis Mobile Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Binariang Communications Sendirian Berhad, nombor syarikat 199101019555 (229892-M), berjenama sebagai Maxis Postpaid, dahulunya Maxis Mobile, dan kemudiannya MaxisONE Plan
- Swiftnet (M) Sdn. Bhd., nombor syarikat 199301028526 (283264-K)*
- Jernih Unggul Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Swiftcom Sendirian Berhad, dan kemudian High-Tech ASP Sendirian Berhad, nombor syarikat 199501041049 (370253-H)*
- Fine Mobile Network Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Excellence Status Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Malaysian Mobile Network Sdn. Bhd., nombor syarikat 199601010926 (383275-M)*
- Maxis Mobile Services Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Electronics and Telematique (Malaysia) Sendirian Berhad, kemudiannya Sapura Digital Sendirian Berhad, dan akhirnya TIMECel Sendirian Berhad, nombor syarikat 198101007199 (73315-V), berjenama sebagai Hotlink, dahulunya Adam, dan kemudiannya TimeCel
- Maxis International Sdn. Bhd., nombor syarikat 199201008568 (240071-T)
- Advanced Wireless Technologies Sdn. Bhd., nombor syarikat 200001014945 (517551-U)
- Dapat Vista [M] Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Interactive Vista (M) Sendirian Berhad, nombor syarikat 200001005753 (508358-X)*
- UMTS (Malaysia) Sdn. Bhd., nombor syarikat 200001017815 (520422-D)
- GuruLab Sdn. Bhd., berdaftar sebagai Hyperbyte Ai Solutions Sdn. Bhd., nombor syarikat 202101027625 (1427925-U)
- ComeBy Sdn. Bhd., nombor syarikat 202201005948 (1451645-D)
- Maxis Green Solutions Sdn. Bhd., nombor syarikat 202401020843 (1566692-W)
- Teledata Sendirian Berhad, dahulunya dikenali sebagai Perunding Teknik Sendirian Berhad, nombor syarikat 197301003361 (16813-P)*
- Komtel Sdn. Bhd., nombor syarikat 198001003656 (57440-V)*
- Sija Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Sija (Johor) Sdn. Bhd., nombor syarikat 198401004729 (117248-D)*
- Sapura Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Lavish Sensation Sendirian Berhad, dan kemudiannya Sapura Marketing Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Maxis Marketing Sdn. Bhd., nombor syarikat 199401041358 (327045-M)*
- Altel Digital Integrated Sdn. Bhd., berdaftar sebagai Maxis Marketing Sdn. Bhd., nombor syarikat 202201022886 (1468583-X)*
- Altel Communications Sdn. Bhd., nombor syarikat 201201010379 (983899-V)*
- Net2One Sdn. Bhd., nombor syarikat 201401005357 (1081436-W)*
- Maxis Broadband Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Bina Sat-Com Network Sendirian Berhad, nombor syarikat 199201002549 (234053-D)
*Maxis akan mengambil 11 syarikat
**Maxis akan mengembalikan syarikat
- U Mobile Holdings Berhad, berdaftar sebagai Hutchison Digital Holdings (Malaysia) Berhad, nombor syarikat 202301048360 (1542274-H)*
- Hutchison Serting Telecom Sendirian Berhad, dahulunya dikenali sebagai Serting Telecom Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Hutchison Network Systems Sdn. Bhd., nombor syarikat 199001001021 (192580-V)*
- U Telemedia Sdn. Bhd., berdaftar sebagai Hutchison Telemedia Sdn. Bhd., nombor syarikat 200701038507 (796537-P)*
- U Mobile Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai MiTV Networks Sendirian Berhad, dan kemudiannya Grafimatix Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Hutchison Digital Sdn. Bhd., nombor syarikat 199101013657 (223969-U), berjenama sebagai U Prepaid*
- U Interactive Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Ikram Bisnes (M) Sendirian Berhad, kemudiannya MiTV Broadband Sendirian Berhad, dan akhirnya Shasta Broadband Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Hutchison Interactive Sdn. Bhd., nombor syarikat 199501037019 (366221-H)*
- U Mobile Services Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Dazzling Moments Sendirian Berhad, berdaftar sebagai Hutchison Networks Sdn. Bhd., nombor syarikat 200401034375 (672884-H)*
- U Mobile Multimedia Sdn. Bhd., berdaftar sebagai Hutchison Multimedia Sdn. Bhd., nombor syarikat 201901015461 (1324789-W)*
- Compudyne Holdings Sdn. Bhd., dahulunya dikenali sebagai Compudyne Telecommunication Systems Sendirian Berhad, nombor syarikat 200901001532 (844459-T), berjenama sebagai Telin Malaysia*
- Mawar Setia Sdn. Bhd., nombor syarikat 202401014808 (1560658-M)*
*Maxis akan mengambil 9 syarikat
Produk dan perkhidmatan
Maxis menawarkan pelbagai keluaran dan perkhidmatan telekomunikasi kepada penduduk Malaysia, seperti pelan panggilan prabayar (Hotlink), pelan langganan bulanan, perantauan global, MMS, WAP (dalam sistem GSM dan GPRS), perkhidmatan talian tetap perumahan, Internet jalur lebar, dan seperti pada awal 2005, perkhidmatan 3G bagi pelanggan prabayar dan pascabayar.
Bagi pelanggan perniagaan, Maxis menawarkan perkhidmatan VSAT (komunikasi berasaskan satelit) and perkhidmatan mobil berasaskan BlackBerry selain perkhidmatan biasa. Maxis juga menyediakan kedai muzik atas talian bagi semua pelanggannya untuk memuat turun kandungan multimedia.
Perkhidmatan paling popular yang ditawarkan Maxis ialah jenama prabayar Hotlink yang kini dilanggan oleh 6.3 juta orang di Malaysia. Selain tiu mereka juga menawarkan perkhidmatan IDD 132, yang menawarkan panggilan berdiskaun ke talian tetap di negara-negara terpilih pada kadar 20 sen seminit, iaitu pada masa tertentu bagi kebanyakan pelanggan, lebih murah berbanding panggilan tempatan.
Maxis kini terlibat dalam perang harga dengan pesaingnya (U Mobile, CelcomDigi, Unifi Mobile, dan Yes) dalam pasaran SIM prabayar yang menyebabkan pek permulaan Hotlinknya menjunam sehingga RM6.
Terdapat ramai selebriti yang menjadi "jurucakap" Maxis, seperti Siti Nurhaliza, bintang-bintang Akademi Fantasia dan ramai lagi.
Maxis 3G
Maxis merasmikan perkhidmatan 3Gnya pada 1 Julai 2005 (perkhidmatan kad data 3G dilancarkan secara kecilan pada bulan Februari 2005). Perkhidmatan 3G ini terdapat dalam kawasan-kawasan terpilih dalam negara sahaja. Kawasan-kawasan liputan utama termasuk:
- Lembah Klang (merangkumi Kuala Lumpur dan sebahagian besar Selangor) - pelancaran asal pada Julai 2005
- Pualu Pinang - Dec 2005
- Johor Bahru - Jan 2006
- Kuantan - Sept 2006
Maxis kelihatan sedang mengambil strategi "liputan tebal" bagi 3G. Ini bererti perkhidmatan 3G ini hanya dilaksanakan dalam kawasan-kawasan di mana aliran data amat berat, atau kawasan-kawasan yang mempunyai kepentingan strategik (contohnya, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan). Kawasan-kawasan lain dalam negara pula di bawah perkhidmatan 2.5G (GPRS; liputan seluruh negara) yang sedang dinaik taraf secara progresif ke 2.75G (EDGE atau E-GPRS).
Ciri-ciri utama Maxis 3G termasuk:
- Panggilan video dan mel video
- Khidmat pengaliran video packet-switched (termasuk saluran siaran langsung, video-on-demand dan muat turun klip video)
- Pantauan lalulintas (Maxis mengaku mempunyai 50 buah kamera video yang dipasang sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru)
- Muat turun lagu penuh
- Kad data 3G
Pada bulan september 2006, Maxis melancarkan 3.5G (HSDPA) sebagai sebahagian perkhidmatan "modem jalur lebar tanpa wayar" yang disasarkan kepada pengguna "pasaran massa/rumah" (dan bukannya pengguna perniagaan). Maxis sedang menaik taraf keseluruhan rangkaian 3G kepada 3.5G secara berperingkat. Seperti pada bulan Disember 2006, seluruh Pulau Pinang, dan sebahagian Lembah Klang, Johor Bahru dan Kuantan sudah diliputi kemudahan 3.5G.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d e "Maxis Group Berhad 2024 Annual Report". Maxis. 31 December 2024. Dicapai pada 15 July 2021.
- ^ "News | Maxis". maxis.listedcompany.com. Dicapai pada 2023-12-24.
- ^ "5 Cara Langgan Internet Maxis 2025 - Gadwinter.com" (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-08. Dicapai pada 2025-01-07.
- ^ E-Ling, Liaw (30 April 2007). "Malaysia's Maxis Receives Takeover Bid From Parent". The Wall Street Journal. Dicapai pada 30 April 2007.
- ^ "Cara Daftar Paket Internet Smartfren Terbaru 2014". Cek kuota. 5 February 2014. Dicapai pada 5 February 2014.
- ^ Azman, Syed (30 April 2007). "UPDATE 5-Malaysian tycoon to buy out telco Maxis". Reuters. Dicapai pada 30 April 2007.[pautan mati kekal][pautan mati kekal]
- ^ "Announcement: Cara Daftar Paket Internet Simpati Loop 12GB February 2014". Cek kuota. 5 April 2014. Dicapai pada 5 February 2014.[sumber tak boleh dipercayai?]
- ^ Maxis Communications Berhad (MYX: 5051), bursamalaysia.com









