Hukuman sebat digunakan sebagai suatu bentuk hukuman jasmani di Malaysia. Ia boleh dibahagikan kepada sekurang-kurangnya empat konteks: kehakiman, sekolah, rumahtangga, dan syariah. Daripada kempat-empat ini, hukuman kehakiman ialah warisan pemerintahan penjajahan Inggeris di wilayah jajahannya Tanah Melayu, yang kini menjadi sebahagian daripada Malaysia.[1]
Hukuman sebat kehakiman, hukuman paling teruk daripada keempat-empat bentuk hukuman jasmani di Malaysia, boleh dijalankan sebagai sebahagian daripada hukuman jenayah yang dikenakan oleh mahkamah sivil ke atas banduan lelaki. Selalunya ia disabitkan dengan tambahan bagi hukuman penjara untuk pesalah dewasa, ia dikenakan rotan panjang dan tebal pada punggung banduan yang tidak berlapik di kawasan tertutup dalam penjara. Pesalah yang tidak dijatuhkan hukuman sebat lebih awal di mahkamah juga boleh dihukum sebat dengan cara yang sama jika mereka melakukan kesalahan yang lebih teruk semasa menjalani hukuman di penjara.
Di sekolah, pelajar boleh disebat (disebut dirotan) dengan rotan ringan pada punggung dengan berpakaian atau pada tapak tangan bagi kesalahan berat. Walaupun secara undang-undangnya hanya pelajar lelaki boleh dirotan, merotan plajar perempuan juga biasa di Malaysia. Dalam ehwal rumahtangga, ia secara undang-undang dan budayanya diterima bagi ibu bapa untuk menghukum anak mereka dengan rotan ringan bagi kenakalan. Mahkamah syariah boleh mensabitkan muslim lelaki dan wanita (termasuk Muslim warganegara luar) untuk hukuman sebat atas kesalahan-kesalahan tertentu. Bentuk hukuman sebat syariah juga lebih ringan berbanding hukuman sebat kehakiman dan ia direka untuk menimbukan rasa malu kepada pesalah lebih daripada memberikan kesakitan jasmani.
Hukuman sebat kehakiman

Hukuman sebat di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang kedua serius, iaitu selepas hukuman mati. Jumlah sebatan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 kali sebatan. Terdapat dua jenis alat sebatan yang digunakan:
- Alat sebatan jenis nipis, yang digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah (CBT), dan jenayah kolar putih;
- Alat sebatan jenis tebal, yang digunakan untuk jenayah serius, umpamanya kes rogol dan kekacauan seksual.
Alat sebatan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Menyebat dengan rotan tebal yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan mati pucuk dan mati deria rasa dari punggung ke bawah yang payah dipulih. Oleh kerana kesan sebatan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut :
- Perempuan, kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak;
- Lelaki berumur 50 tahun ke atas;
- Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan; dan
- Orang gila.
Kaedah-Kaedah Merotan
Pada hari hukuman merotan dilaksanakan, para banduan yang terlibat akan diberi pemeriksaan perubatan. Mereka akan beratur dalam satu baris untuk giliran masing-masing di tempat yang tidak boleh dinampak oleh banduan yang tidak terlibat.
Pengarah Penjara Negeri Johor akan menyeliakan pelaksanaan merotan, bersama-sama dengan seorang pegawai perubatan dan seorang lagi pegawai penjara. Perhatian teliti perlu diambil supaya mengelakkan kesilapan merotan banduan yang tidak bersalah. Pengarah Penjara akan membaca hukuman kepada pesalah, dan memintanya mengesahkan hukuman yang terbaca. Beliau juga akan bertanya pesalah tersebut agar rayuan telah dibuat. Jika ya, hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan.

Pesalah masih dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan, kecuali sehelai apron yang diikat kepada pinggang. Sewaktu dirotan, tangan dan punggungnya diikat pada suatu rangka berbentuk "A". Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok. Petugas merotan mestilah berkelayakan dan disahkan melalui persijilan. Mereka akan dibayar RM10.00 (2005) untuk setiap rotan, dinaikkan daripada cuma RM1.00 sedekad dahulu.
Dalam pelaksanaan tugasnya, petugas merotan tidak boleh digopoh-gopahkan. Pegawai penjara yang membilang jumlah rotan tidak boleh menentukan waktu untuk rotan yang berikutan. Tugasnya cuma memastikan pesalah tidak dikenakan rotan yang melebihi atau kurang daripada apa yang ditetapkan oleh mahkamah.
Petugas merotan akan bermula dengan memegang rotan secara mendatar atas kepalanya. Kesunyian dipeliharakan di kawasan merotan. Apabila dia sedia, dia akan melepaskan tangan kirinya dan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golf menghayunkan pemukul. Untuk mencapai akibat yang paling dashyat, petugas merotan perlu memastikan bahawa hujung rotan digunakan untuk memukul pesalah. Rotan yang direndam dengan "Kencing oma" untuk membunuh kuman, juga meningkatkan kesakitan pesalah. Kulit punggung akan melebam bila dirotan satu kali. Akan tetapi sekiranya rotan lima kali keatas dikenakan, kulit punggung pesalah akan tanggal dan mulai berdarah.
Segala hukuman merotan mesti dijalankan dalam satu sesi. Sekiranya pesalah itu pengsan, ataupun pegawai perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi, pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke mahkamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan. Biasanya, setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan.
Rotan yang terpakai boleh digunakan semula. Walaupun demikian, tindakan pencegahan perlu diambil untuk pesalah yang menghidapi HIV. Rotan yang baru akan digunakan untuk kes tersebut, dan selepas siap digunakan, rotan itu akan dibakar. Petugas merotan juga dikehendaki memakai smock perlindungan, sarung tangan dan cermin mata kerana takut daging dan darah pesalah HIV terkenanya.
Selepas dirotan, pesalah akan terus dihantar ke klinik penjara untuk mendapat rawatan. Pesalah akan dihospitalisasikan sehingga dia sembuh, tertakluk kepada kecukupan katil. Buat sementara, pesalah terpaksa berbaring dengan bahagian perut menghadapi katil kerana kecederaan punggung.
Waktu dan Keadaan Pelaksanaan Hukuman Rotan
i. Hukuman rotan di penjara biasanya bermula pada jam 8.00 pagi pada hari yang ditentukan. Contohnya Penjara Kajang akan merotan para banduan pada hari Khamis.
ii. Banduan akan menjalankan pemeriksaan badan sebelum dibawa ke tempat menjalankan hukuman rotan
iii. Setelah disahkan oleh doktor, banduan tersebut akan dibawa ke tempat menjalankan hukuman rotan
iv. Banduan akan menunggu gilirannya sehingga nombor badan dan nama penuh banduan itu dipanggil dan dibawa masuk
v. Banduan itu dikehendaki untuk mengenalkan dirinya dengan nombor dan nama penuhnya. Kebanyakan banduan akan melapor salah nombor sendiri akibat ketakutan. Penguasa penjara akan membacakan hukuman banduan tersebut. Penguasa penjara biasa akan memberitahu banduan tersebut dengan kata "Pagi ini, kami akan merotan awak dengan XX kali sebatan, faham?" Kebanyakan banduan akan membalas dengan "Faham" dan "Terima kasih, tuan"
vi. Banduan tersebut akan dibawa ke rangka berbentuk "A". Kedua-dua kaki banduan itu akan pijat di tepi rangka itu dan diikat dengan tali pinggang diikuti dengan kedua-dua tangannya. Bahagian punggungnya akan dilapik dengan kain tebal di mana tengah-tengah kain itu terdapat lubang yang didedah untuk tujuan sebatan
vii. Selepas semua kaedah telah siap, seorang pegawai penjara (ASP atau DSP) akan mengumumkan "Hukuman XX kali sebatan rotan" dan diawasi oleh seorang doktor. Pada masa itu, banduan tersebut pun dah bersedia dan faham bahawa dia tidak akan terlepas daripada hukuman sebat yang diberikan atas jenayah yang dilakukan.
viii. Sebaik sahaja pegawai itu mengira bilangan sebatan dengan "SATU", tukang sebat akan mula merotan banduan itu dengan sebatan pertama.
ix. Jika banduan itu cuma diberikan 1 sebatan rotan saja, pegawai itu akan mengumumkan "Habis". Kalau tidak, pengawai akan terus dengan kiraan "DUA" sehingga bilangan rotan itu dicapaikan.
x. Setelah selesai, banduan tersebut akan di bawa ke Blok RSD, doktor akan mengarahkan pembantunya memberi ubat kepada pesalah atau dihantar ke hospital sekiranya perlu.
Tahap Kesakitan Hukuman Rotan
Sebatan Pertama hingga ke-4 :
- Kebanyakan banduan dapat bertahan dengan sebatan yang bilangan 1 hingga 4. Ia disebabkan kulit punggung banduan itu masih berada dalam keadaan yang baik.
- Terdapat banduan yang pernah dirotan berkata dia tidak terus rasa kesakitan punggung dia setelah sebatan pertama, tetapi selepas beberapa saat, banduan itu baru rasa kesakitan macam satu "garisan" rotan di punggungnya. Ini dipercayai kerana kulit punggung banduan itu tidak pernah mengalami pukulan yang begitu kuat, dan kesakitan sebatan pertama itu belum dihantar oleh sarafnya
Sebatan ke-5
- Punggung banduan itu yang telah dirotan 4 sebatan itu biasanya telah lebam dan kulit punggung sudah tanggal.
- Kesakitan bertambah serius apabila banduan itu dirotan sebatan ke-5 atau seterusnya disebabkan sebatan ke-5 itu biasanya akan dirotan di bahagian punggung yang telah dirotan sebatan pertama tadi. Kulit punggung banduan tersebut akan tanggal dengan lebih serius dan berdarah.
- Kebanyakan banduan akan mula menjerit kesakitan setelah menerima sebatan ke-5.
Sebatan ke-10
- Keadaan bertambah serius jika banduan tersebut dirotan denagn sebatan ke-10, ia disebabkan keadaan kulit punggung banduan itu pada masa itu telah tanggal serius dan berdarah. Terdapat wartawan yang pernah melihat keadaan sebenar hukuman rotan di penjara memberitahu bahawa keadaan punggung banduan itu adalah begitu serius sehingga ternampak daging dalam dengan darah.
- Hukuman rotan TIDAK akan berhenti sekiranya doktor merasa banduan itu masih mampu menerima sebatan yang seterusnya sehingga habis.
Sebatan ke-15
- Banduan yang menerima sebatan ke-15 atau ke-atas biasanya merupakan banduan kes berat seperti kes rogol atau dadah.
- Pada masa yang banduan tersebut menerima sebatan ke-15, keadaan kulit punggungnya boleh dikatakan hancur.
- Kesakitan sebatan itu mungkin membuat banduan tersebut pengsan.
Sebatan ke-20 hinggan ke-24
- Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang banduan mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan
- Pada masa itu, banduan tersebut mungkin dah kehilangan rasa sakit akibat kematian rasa dari punggung.
Anggapan Salah Orang Awam Terhadap Hukuman Rotan di Penjara
- Kebanyakan orang berasa hukuman rotan terhadap banduan akan dijalankan secara berperingkat seperti 2 - 3 sebatan setiap kali. Tetapi, mengikut undang-undang jenayah Malaysia, jumlah bilangan seorang banduan yang boleh dikenakan ialah 24 rotan serentak. Ia bermaksud, jika seorang banduan dihukum 30 sebatan rotan, dia akan dirotan dengan maksimum 24 sebatan rotan dalam satu sesi. Jika banduan tersebut dihukum kurang daripada 24 sebatan, katakan 13 sebatan rotan, dia akan dirotan dengan 13 sebatan rotan dalam satu sesi sahaja.
Kesan Segera Selepas Meneriman Hukuman Rotan
- Kesan segera yang paling umum bagi banduan yang telah dirotan ialah kulit punggung dia akan pecah.
- Bahagian tepi punggung banduan tersebut akan lebam dan bertukar warna ke hitam/biru pada hari keesokan selepas dirotan.
- Banduan tersebut tidak dapat tidur terutamanya hari pertama setelah dirotan, disebabkan kesakitan punggungnya.
- Kesusahan pergi tandas merupakan perkara paling biasa untuk banduan yang baru dirotan.
Hukuman sebat syariah
Malaysia mempunyai sistem kehakiman syariah yang selari, yang mana perintah sebat bagi lelaki dan wanita Muslim di bawah Sesyen 125 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.[2]
Hukuman sebat ini sangat jarang dilaksanakan, dan ia agak berbeza daripada, dan kurang teruk berbanding, hukuman sebat kehakiman biasa di bawah undang-undang jenayah Malaysia. Ia lebih cenderung untuk memalukan berbanding mencederakan. Sebelum pelaksanaan hukuman sebat, seorang pegawai perubatan mesti memastikan pesalah sesuai untuk menjalankan hukuman. Sebatang rotan sebat berdiameter sekitar 1.25 cm (0.49 in) digunakan.[2] Hukuman ini kebiasannya dilaksanakan di sebuah kawasan tertutup daripada pandangan awam, walaupun Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Sabah) 1993 membenarkan mahkamah menentukan di mana hukuman sebat akan diadakan.[3] Pesalah akan kekal berpakaian penuh; pesalah lelaki akan berdiri apabila menerima hukuman manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk. Walaupun undang-undang menyatakan pesalah boleh disebat di mana-mana bahagian badan kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian kemaluan, secara amalannya hukuman sebat dikenakan di bahagian belakang pesalah.[2] Ia akan dilaksanakan oleh pegawai yang sama jantina dengan pesalah. Setiap sebatan dilakukan dengan daya perlahan agar tidak merosakkan kulit,[2] dan pegawai menjalankan hukuman dengan "menggerakkan pergelangan tangan" dan tanpa mengankat tangan. Seorang pegawai perubatan juga hadir sepanjang pelaksanaan berlangsung bagi memastikan keselatan.[4][5]
Bentuk hukuman sebat ini juga diamalkan di Provinsi Aceh, Indonesia, di mana ia lebih menjadi kebiasaan.[perlu rujukan]
Kes penting
- Terdapat kontroversi sekitar penjatuhan hukuman sebat bagi Kartika Sari Dewi Shukarno, seorang pekerja hospital Malaysia.[6] Dia dijatuhkan hukuman pada 2009 oleh mahkamah syariah dengan enam kali sebatan dan denda kerana minum bir di sebuah bar hotel. Penjatuhan hukuman terhadap Kartika mendapat perhatian pelbagai pihak, ada yang mendakwa ia tidak selari dengan undang-undang Islam, tetapi Mohamad Sahfri, pengerusi Jawatankusa Hal Ehwal Islam Pahang menyatakan semua peraturan yang berkaitan telah dipatuhi.[7] Pada 1 April 2010, sehari sebelum hukuman dilaksanakan, Sultan Pahang menukarkan hukuman sebat tersebut kepada khidmat masyarakatselama tiga minggu.[8] Kartika berkata dia lebih bersetuju jika hukuman asal dapat dilaksanakan.[9]
- Pada 9 Februari 2010, tiga orang wanita Muslim women disebat dengan perintah mahkamah syariah disebabkan zina.[10] Kumpulan advokasi Sisters in Islam dan Majlis Peguam Malaysia mengatakan hukuman sebat ini mencabar undang-undang sivil persekutuan yang melarang hukuman tersebut terhadap wanita.[11][12]
- Pada 2016, sepasang individu dihukum sebat di Sabah atas kesalahan berkaitan khalwat atau hubungan seks di luar perkahwinan sah. Hukuman sebat dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah Tawau.[13]
- Pada 3 September 2018, dua wanita Malaysia masing-masing dijatuhkan hukuman enam kali sebatan dan denda kerana melakukan seks lesbian. Hukuman dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Terengganu. Kes ini mencetuskan kontroversi meluas dan mmbawa kritikan yang kuat dari kumpulan hak asasi yang pelbagai di Malaysia.[14]
- Pada Februari 2024, seorang pekerja pembinaan berumur 42 tahun dijatuhkan hukuman empat sebatan dan denda RM 3,000 di Terengganu selepas didapati bersalah atas kesalahan khalwat di bawah Fasal 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2022.[15]
- Pada 2024, Nurfifi Amira Nawimenjadi wanita pertama di Terengganu untuk didenda sebat kerana khalwat. Beliau menerimaenam sebatan dan denda RM4, selepas mengaku bersalah berada di rumah dengan lelaki yang bukan suami atau mahramnya.[16][17] The caning was carried out on 6 May 2024 at Marang Prison.[18]
- Pada 27 Disember 2024, seorang lelaki Malaysia Mohd Effendi Awang, seorang bapa lima orang anak berusia 42 tahun dihukum sebat secara awam di dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu, Terengganu selepas didakwa berulang kali atas kesalahan khalwat.[19] Ini merupakan hukuman sebat pertama di Terengganu yang dilakukan di khalayak,[20] yang mana Majlis Peguam menegaskan tidak diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) pindaan 2022 yang menjadi sandaran hukuman dikeluarkan.[21]
Rujukan
- ^ "Judicial Caning in Singapore, Malaysia and Brunei #The History of Caning in Singapore, Malaysia and Brunei". World Corporal Punishment Research. January 2019. Dicapai pada 25 June 2019.
- ^ a b c d "Section 125. Sentence of whipping". Portal Rasmi E-Syariah. Dicapai pada 23 July 2020.
- ^ "Enactment No. 10 of 1993, Syariah Criminal Procedure Enactment 1993". Dicapai pada 23 July 2020.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaThe pain is in the shame
- ^ Surin, Jacqueline Ann (6 November 2009). "Torture by any other fashion". The Nut Graph. Dicapai pada 30 January 2015.
- ^ Looi, Elizabeth (25 July 2009). "Malaysia in heated debate over caning of woman". The Straits Times. Singapore. Dicapai pada 30 January 2015.
- ^ "Kartika's sentence put on hold due to 'doubtful' implementation". New Straits Times. Kuala Lumpur. 13 November 2009.
- ^ Ahmed, Saeed (1 April 2010). "Lawyer: Malaysia commutes woman's caning sentence". CNN. Dicapai pada 30 January 2015.
- ^ Chong, Debra (1 April 2010). "Kartika says she would rather be caned". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 January 2015. Dicapai pada 30 January 2015.
- ^ "Malaysia canes women for adultery". Al Jazeera. Doha. 18 February 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 February 2010. Dicapai pada 30 January 2015.
- ^ Pakiam, Ranjeetha (18 February 2010). "Malaysian Groups Condemn Caning of Women in Shariah Sex Case". Bloomberg. New York. Dicapai pada 31 January 2010.
- ^ "Sisters condemns caning of 3 Muslim women". mysinchew.com. 18 February 2010. Dicapai pada 31 January 2015.
- ^ "How public caning is performed in Terengganu". Malaysia Kini. 5 September 2018. Dicapai pada 3 January 2025.
- ^ "Two Malaysian women caned under Islamic law for lesbian sex". The Straits Times. Singapore. 3 September 2018. Dicapai pada 5 September 2018.
- ^ "Labourer is first shariah offender to be whipped for khalwat in Terengganu". thevibes.com. 19 February 2024. Dicapai pada 7 November 2024.
- ^ "Ibu tunggal di Terengganu jadi wanita pertama disebat kerana khalwat". Malaysia Kini. 17 April 2024. Dicapai pada 6 November 2024.
- ^ "Stoning women the way forward for Malaysia?". Sisters in Islam. 19 April 2024. Dicapai pada 6 November 2024.
- ^ "Single mum becomes first woman to be whipped in Terengganu for khalwat". Free Malaysia Today. 17 April 2024. Dicapai pada 5 December 2024.
- ^ "Malaysian man publicly caned for Islamic crime of close proximity". Reuters. Dicapai pada 27 December 2024.
- ^ "Terengganu's first public caning for khalwat: No cameras allowed as cops beef up security, limit viewers to 70 this Friday". Malay Mail. 25 December 2024. Dicapai pada 28 December 2024.
- ^ "Malaysian Bar urges Terengganu and Federal Govts to reconsider public caning". The Sun. 26 December 2024. Dicapai pada 28 December 2024.