Insomniacks | |
---|---|
Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Pop rock, pop |
Tahun aktif | 2015–kini |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia (2017-2020)Universal Music Malaysia (2021–kini) |
Kegiatan berkaitan | Midnight Fusic |
Anggota semasa | Syed Mir Iqbal (Iqie) Wan Arif Iskandar (Iskandar) Gavin Wong (Gavin) Danial Lee Hashim (Dan) |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Insomniacks ialah kumpulan pop rock Malaysia yang dianggotai oleh 4 orang pemuda.
Mereka telah mengeluarkan lagu pertama mereka, "Selalu" pada tahun 2017 yang menjadi runut bunyi drama televisyen yang diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan My Coffee Prince di Astro Ria. Kumpulan yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh Syed Mir Iqbal (Iqie), Wan Arif Iskandar (Iskandar), Gavin Wong (Gavin) dan Danial Lee Hashim (Dan). Mereka pernah dicalonkan untuk kategori Top 5 Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular di acara tahunan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32. Kerjaya seni mereka mendapat sokongan kelab peminat yang digelarkan sebagai 'Maniacks' & menjadikan kumpulan popular dari luar negara iaitu 5 Seconds of Summer dan Fall Out Boy sebagai pengaruh utama mereka[1].
Mereka juga memulakan debut dalam industri muzik Malaysia dengan mempertaruhkan single kedua berjudul Pulang yang merekodkan Most Week in Charts 2019 (Domestic Song), Most Streamed Domestic 2019 & TOP 10 Most Streamed Singles In Malaysia menurut sumber daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Penarafan tersebut menjadikan mereka merupakan satu-satunya kumpulan yang mencatatkan Lagu Paling Lama Berada Di Dalam Carta RIM sepanjang tahun 2019.[2] [3] [4]. Pada masa yang sama, perkhidmatan penstriman muzik Spotify turut menyenaraikan Insomniacks di dalam Carta 2019 Spotify Wrapped Tertinggi Malaysia sebagai Artis Top 5 Tempatan Paling Banyak Distrim.[5] [6] [7]
Kerjaya
Pada tahun 2016, Insomniacks telah memuat naik video lagu cover Melayu mereka yang pertama, Terakhir oleh Sufian Suhaimi yang berjaya mencapai 300 ribu tontonan di YouTube.
Pada tahun 2017, Insomniacks akhirnya mengeluarkan single pertama mereka yang berjudul Selalu dan berjaya mencapai angka 500 ribu tontonan dalam beberapa bulan dilancarkan dan menjadikan lagu mereka sebagai runut bunyi drama bersiri popular My Coffee Prince di Astro Ria.
Selang kemudian, Insomniacks pada tahun 2018 sekali lagi mengeluarkan single kedua berjudul Pulang yang berjaya mencapai angka 18 juta tontonan di YouTube dan secara tidak langsung mengangkat nama mereka di dalam Industri Muzik Malaysia. Mereka juga mengeluarkan Pulang WEDisode secara eksklusif bagi menceritakan secara keseluruhan jalan cerita di dalam Muzik Video Pulang berkenaan sebanyak 4 episod di YouTube rasmi mereka. Atas sambutan yang amat menggalakkan, mereka juga mengeluarkan Pulang (Piano Version) pada tahun 2019. Pulang sehingga kini berjaya merekodkan Lagu Paling Banyak Distrim dan Paling Lama Bertahan selama 106 minggu berturut-turut di dalam Carta RIM mingguan.[8]
Pada tahun 2020, Insomniacks telah mengeluarkan single mereka yang ketiga berjudul Kepala Batu. Selang beberapa bulan, mereka telahpun mengeluarkan album EP mereka tersendiri iaitu Kepala Batu EP yang menampilkan 3 judul lagu baharu iaitu, Here Again, Reminisensi & Langgar di samping lagu mereka terdahulu Kepala Batu & Selalu.
Pada tahun 2024, Insomniacks memperkenalkan EP baharu mereka berjudul Teman, yang menampilkan sebanyak lapan buah lagu. EP ini merangkumi lagu-lagu seperti Sayang/Cinta, Teman, Cerita Kita (menampilkan kolaborasi bersama Nabila Razali), Igauan Malam, Belum Mulai (berduet bersama Nabila Taqiyyah), Temani Hati, Dimana, dan Sempurna. Pelancaran EP ini menandakan kesinambungan perjalanan muzik mereka selepas kejayaan karya-karya terdahulu.[9]
Pada tahun 2025, Insomniacks mempersembahkan EP pertama mereka dalam bahasa Inggeris bertajuk Awake & Dreaming, yang menghimpunkan lima buah lagu: Anti-Hero (Welcome To My Nightmare), Awake and Dreaming, Overdrive (menampilkan Killa Driz), Some Days Are Just Better, dan Why Don’t U Cry?. Menariknya, lagu Awake and Dreaming merupakan karya pertama yang ditulis oleh mereka sepuluh tahun lalu sewaktu awal penubuhan band ini, memberikan nilai sentimental yang mendalam kepada EP tersebut. Bertemakan kesihatan mental, EP ini mencerminkan kepentingan isu tersebut dalam masyarakat moden, sejajar dengan usaha mereka untuk meningkatkan kesedaran melalui muzik.
Tahun 2025 menyaksikan Insomniacks meraih kejayaan penting apabila mereka memenangi anugerah pertama selepas sedekad berkarya. Lagu Belum Mulai, kolaborasi bersama Nabila Taqiyyah, telah diiktiraf sebagai Anugerah Muzik Video Tergempak di Gempak Most Wanted Award. Mengukuhkan lagi pencapaian tersebut, Insomniacks turut mengumumkan penganjuran konsert solo pertama mereka yang bakal berlangsung pada 12 Julai 2025, sebagai meraikan ulang tahun ke-10 penubuhan kumpulan tersebut.
Ahli kumpulan
- Syed Mir Iqbal atau lebih dikenali sebagai Iqie dilahirkan di Kuala Lumpur pada 3 Jun 1997 .
- Vokalis & Gitaris[10]
- Wan Arif Iskandar atau lebih dikenali sebagai Isk dilahirkan di Westminster, United Kingdom pada 9 September 1997 .
- Gitar Bes & Vokalis
- Danial Lee Hashim atau lebih dikenali sebagai Dan dilahirkan di Kuala Lumpur pada 25 Februari 1997
- Gitaris
- Gavin Wong atau lebih dikenali sebagai Gavin dilahirkan di Kuala Lumpur pada 27 Disember 1997 .
- Dram
Diskografi
Extended play
Album | Butiran album | Senarai runut | Catatan |
---|---|---|---|
Kepala Batu EP
|
|
|
|
Teman EP |
|
|
|
Awake & Dreaming EP | • Dikeluarkan : 31 Januari 2025
• Label : Universal Music Malaysia • Format : Muat turun digital, penstriman |
1. Anti-Hero (Welcome To My Nightmare)
2. Awake & Dreaming 3. Overdrive 4. Some Days Are Just Better 5. Why Don’t U Cry? |
Single
Tajuk | Tahun | Komposer | Penulis Lirik | Album | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
2017 | "Selalu" | Insomniacks | Iqie, Iskandar & Danial | Kepala Batu EP dan My Coffee Prince OST | |
2018 | "Pulang" | Insomniacks | Iqie, Danial, Damilia & Iskandar | Single bukan-album | |
2019 | "Pulang" (Piano Version) | Insomniacks | Iqie, Danial, Damilia & Iskandar | Single bukan-album | |
2020 | "Kepala Batu" | Insomniacks, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan & Romeo | Iqie, Iskandar, Gavin, Danial, Faizal Tahir, Mage, Mike Chan & Romeo | Kepala Batu EP | |
"Reminisensi" | Insomniacks | Insomniacks | |||
"Langgar" | Insomniacks | Insomniacks | |||
"Here Again" | Insomniacks | Insomniacks | |||
"Reminisensi" (Piano Version) | Insomniacks | Insomniacks | Single bukan-album | ||
2021 | "Pulang" (Reimagined) | Insomniacks | Iqie, Iskandar, Gavin, Danial, Damilia | ||
"Reminisensi" (Reimagined) | Insomniacks | Insomniacks | |||
2022 | "Sempurna" | Iqie, Iskandar, Danial, Gavin | Iqie, Danial | ||
"Igauan Malam" | Iqie, Iskandar, Danial | Iqie, Iskandar, Danial, Gavin, Maniacks | |||
2023 | "Lagu Raya" | Senna | Senna | ||
"Cerita Kita" | Iqie, Iskandar, Danial | Iqie, Iskandar, Danial | Duet bersama Nabila Razali | ||
2024 | "Teman" | Iqie | Iqie | ||
"Belum Mulai" | S/EEK | Insomniacks, Clara Riva, S/EEK | Duet bersama Nabila Taqiyyah | ||
"Some Days Are Just Better" | Iqie, Danial, Iskandar | Iqie, Danial, Iskandar |
Sebagai artis yang ditampilkan
Tahun | Tajuk | Album | Ruj. |
---|---|---|---|
2020 | Go There If You Miss Me (Night Skies & Visions ft. Iqie Insomniacks) | Single bukan-album | [11] |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Planet Muzik 2018 | Band Terbaik | Tercalon |
2019 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 | Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular | Tercalon |
2020 | Anugerah MeleTOP Era 2020 | Artis Baharu MeleTOP | Tercalon |
2025 | Gempak Most Wanted Awards 2024 | Video Muzik Tergempak 2024 (Belum Mulai bersama Nabila Taqiyyah) | Menang |
Rujukan
- ^ "Insomniacks papar kisah hidup remaja". Buletin Malaysia. 11 Disember 2017.
- ^ "Most Week in Charts 2019 (Domestic Song)". recordingindustrymalaysia. 15 Januari 2020.
- ^ "Most Streamed Domestic 2019". recordingindustrymalaysia. 15 Januari 2020.
- ^ "TOP 10 Most Streamed Singles In Malaysia". recordingindustrymalaysia. 15 Januari 2020.
- ^ "Spotify Wrapped 2019". Amanz. 4 Disember 2019.
- ^ "Insomniacks tak gelojoh cari populariti". Berita Harian Online. 20 Ogos 2019.
- ^ "Kami tak boleh berpisah". Harian Metro Rap. 3 Mac 2019.
- ^ "Carta RIM Malaysia". recordingindustrymalaysia. 11 Disember 2020.
- ^ cue (2024-08-20). "Insomniacks ingin 'Teman'kan peminat masa kesepian, Berita Gaya Hidup - Beritaharian.sg". BeritaHarian. Dicapai pada 2025-04-28.
- ^ "Biodata Dan Latar Belakang Kumpulan Insomniacks". Iluminasi. 24 Ogos 2019.
- ^ Night Skies & Visions ft. Iqie of Insomniacks - Go There If You Miss Me (OFFICIAL MUSIC VIDEO) Night Skies & Visions Youtube.
Pautan luar
- Insomniacks Official di Facebook
- Insomniacks Official di Instagram
- Insomniacks Official di Twitter
- Insomniacks Official di YouTube