Ismail Din | |
---|---|
Kelahiran | Ismail bin Din 1951 |
Meninggal dunia | 22 Oktober 2005 (berumur 53–54) Tanah Suci Mekah, Arab Saudi |
Sebab kematian | Serangan jantung |
Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
Tahun aktif | 1981–2005 |
Pasangan | Kalsom Idris (Isteri Pertama) & Siti Zubaidah Abidin (Isteri Kedua) |
Anak-anak | 5 |
Ismail Din (1951 – 22 Oktober 2005) merupakan seorang pelakon komedi yang terkenal di Malaysia. Beliau berasal dari Jalan Langgar, Alor Star, Kedah.
Kerjaya
Beliau mula aktif dalam kegiatan teater, malah Ismail juga adalah antara pengasas kumpulan Angkatan Seni Alor Star (ASAS) yang ditubuhkan pada 1964. Kumpulan ini menghimpunkan ramai anak seni kelahiran Kedah, seperti Zulkifli Zain, Noorjaya, Morad Ibrahim dan Abu Bakar Omar.
Ismail juga pernah berlakon dalam pementasan bertajuk Alang Rentak Seribu arahan Morad dan teater Warung pada awal kemunculannya sebagai pelakon. Menerusi kaca televisyen, dia pernah muncul dalam ratusan judul drama sama ada dalam bentuk episod, bersiri atau telefilem.
Kematian
Ismail Din meninggal dunia pada umur 54 tahun semasa mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Ramadhan 2005.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1983 | Bila Hati Telah Retak | Aziz | Filem pertama |
1995 | Beyond Rangoon | Pengawai Myanmar | Filem Amerika Syarikat |
1997 | Gemerlapan | Bapa Mimi | |
1998 | Penyair Malam | Bapa Azira | |
1999 | Nafas Cinta | Datuk Abdullah | |
2000 | Anaknya Sazali | Dollah | |
2002 | Anak Mami The Movie | Mamu Nasir | |
Mami Jarum | Dato Meera | ||
Embun | Pak Melati | ||
2003 | Mistik | Pemandu Bot / Lelaki Misteri | |
Mami Jarum Junior | Dato Meera | ||
2004 | Hingga Hujung Nyawa | Tok Penghulu | |
I Know What You Did Last Raya | Tok Penghulu | ||
2005 | Lady Boss | Dato' Ismail | |
Potret Mistik | Abdullah Ariffin | ||
Anak Mami Kembali | Ismail | Dikeluarkan secara anumerta | |
2006 | Tipah Tertipu The Movie | Pak Haji Saad | Penampilan khas, dikeluarkan secara anumerta |
Salah Bapak | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1996 | Cinta Korporat | TV3 | Drama pertama | |
2001 | Kiranya Ku Tahu | |||
2004 | Sephia | Drama terakhir |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1981 | Ombak | TV1 | ||
1987 | Drama Minggu Ini: Abang Tuah Dimana Tuan Hamba? | |||
1992 | Amalina | TV3 | ||
1995 | Numero Uno | Pegawai bank | ||
1996 | Orang Gaji | |||
Meniti Pelangi | TV2 | |||
1998 | Tirai Malam | Encik Salim | Astro Ria | |
25 Tahun 5 Minit | TV3 | |||
2000 | Pondok Buruk | Pak Mat | Astro Ria | |
Pak Jalal T.J | TV3 | |||
2002 | Pondok Buruk 2 | Pak Mat | Astro Ria | |
2003 | Ayam Kampung | Pak Samad | TV3 | |
2004 | Anak-Anak Ramadhan | Pak Din | TV3 | Telefilem terakhir |