Hari Isnin (bahasa Inggeris: Monday) merupakan hari kedua dalam seminggu terletak antara Ahad dan Selasa.
Perkataan "Isnin" itu berasal daripada Bahasa Arab iaitu يوم الاثنين yawm al-ithnayn yang bermakna "hari kedua", yakni hari kedua dalam seminggu selepas hari Ahad. Orang Singapura, Sarawak dan Sabah pula menggunakan Hari Satu serapan Hokkien 拜一 pai-it.[1]
Kepentingan
Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama.
Penganut agama Kristian biasanya menyambut perayaan Paskah (Easter) selama dua hari, iaitu pada hari Ahad dan Isnin (Isnin Easter).
Rujukan
- ^ Aye, Khin Khin (2021), "The Nature of Sinitic Lexicon in Bazaar Malay and Baba Malay in Singapore", Sinophone Southeast Asia (dalam bahasa Inggeris), Brill, m/s. 145–6, ISBN 978-90-04-47326-3