Ts. Mohd Izzuddin Ismail ialah seorang jurulatih profesional, pakar industri dan pendidik dalam bidang visual grafik, seni kreatif digital dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia. Berasal dari Terengganu, beliau terkenal dengan penglibatan aktif dalam pembangunan pendidikan kreatif, teknologi multimedia dan keusahawanan digital di peringkat nasional.
Izzuddin Ismail | |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Pusat pendidikan | Universiti Putra Malaysia |
| Pekerjaan | Pengarah Urusan, Tarbiah Kreatif Jurulatih Grafik, Multimedia & AI |
| Majikan | Tarbiah Kreatif |
| Laman web rasmi | https://tarbiahkreatif.my/tsizzuddin/ |
Kerjaya dan Sumbangan Profesional
Beliau merupakan pengasas Akademi Tarbiah Kreatif, yang ditubuhkan pada tahun 2013 di Kajang, Selangor. Akademi ini bermula sebagai platform perkongsian bahan grafik pendidikan dan Islamik dan berkembang menjadi pusat latihan kreatif yang berpengaruh. Beliau juga merupakan Professional Technologist dalam Teknologi Rekabentuk Seni dan Multimedia Kreatif yang diiktiraf oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) serta jurulatih bertauliah oleh pelbagai badan profesional termasuk HRD Corp dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.
Selain itu, beliau memiliki pelbagai pensijilan antarabangsa seperti Adobe Certified Instructor, Google Certified Educator, Meta Certified Digital Marketing Associate, serta IBM Certified in AI Fundamentals. Beliau juga aktif dalam dunia penciptaan kandungan digital sebagai seorang TikTok Effect Creator, Empower Canvassador, dan Canva Creator.
Penglibatan Akademik dan Industri
Sejak tahun 2015, beliau pernah dilantik sebagai pensyarah jemputan dan tutor industri di beberapa universiti dan kolej tempatan. Kepakarannya dalam grafik dan multimedia turut diiktiraf melalui pelantikan sebagai sekretariat IT dan media dalam pelbagai program anjuran kementerian.
Aktivisme dan Penglibatan Sosial
Beliau aktif dalam pelbagai organisasi dan komuniti profesional termasuk:
- Pengerusi, Malaysia Canva Community
- Pengerusi, Komuniti Kreatif
- AJK Biro Digital, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Cawangan Terengganu
- Pengerusi Terengganu, Pertubuhan Pereka Grafik Kebangsaan (PERGRAKAN)
- Ahli, Malaysia Freelancer Association (MAFA)
- Ahli, Creative Cloud Community (Adobe)
- Ahli, Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF)
- Ahli, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM)
- Sahabat Usahawan Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)
Beliau juga giat menyertai misi kebajikan ke kawasan pedalaman seperti Sabah, Sarawak dan komuniti Orang Asli di Semenanjung bersama Pusat Dakwah Serantau (PDS) dan Darussyifa'. Di peringkat antarabangsa, beliau terlibat dalam misi kemanusiaan ke Kemboja dan Afrika melalui Yayasan Amal Malaysia.
Latar Belakang Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Al-Falah, Kemaman, dan menduduki SPM di Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) pada tahun 2004. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pahang sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Bioindustri dari Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu.
Beliau juga memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Rekabentuk Grafik (Digital), dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam Multimedia Kreatif di Universiti Islam Selangor (UIS) serta Diploma Kemahiran Malaysia dalam Pembangunan Kandungan Kreatif di Kolej Islam Antarabangsa (IIC).
Kerjaya
Beliau pernah berkhidmat di pelbagai sektor termasuk kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta dan NGO. Antara jawatan yang pernah disandang:
- Ketua Operasi & Eksekutif Komunikasi Strategik, Darul Iman Training Centre (DITC)
- Penolong Setiausaha (Gred 41), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
- Mudir, Pusat Dakwah Serantau (PDS), Yayasan Amal Malaysia
- Penolong Pegawai Tadbir, Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan (CCoRM), UniSZA
Beliau turut menghasilkan beberapa buah buku terbitan Tarbiah Kreatif secara fizikal dan digital. Antaranya:
- Mudahnya Design Canva Siri 1
- Mudahnya Design Canva Siri 2: Mudah, Cepat, Menarik
- Nota Usrah: Duduk Sebentar
- Nota Grafik Usrah
- Nota Poket Ramadan: Puasa & Tarawih








