JB | |
---|---|
![]() | |
Maklumat latar belakang | |
Nama lahir | 임재범 ![]() |
Juga dikenali sebagai | Jae-beom (en) ![]() ![]() |
Kelahiran | 6 Januari 1994 ![]() Goyang ![]() |
Warganegara | Korea Selatan ![]() |
Genre | K-Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon, pelakon televisyen, penulis lagu dan penari ![]() |
Alat muzik | Suara ![]() |
Tahun aktif | 2012 ![]() |
Syarikat rakaman | JYP Entertainment (2012–2021) ![]() |
Anggota bagi | JJ Project Jus2 GOT7 ![]() |
Kegiatan berkaitan | Jr. JYP Nation |
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | cdnzarecords.com… ![]() |
Tanda pagar | JAYB, JB ![]() |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Tandatangan | |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Im Jae-beom | |
Hangul | 임재범 |
---|---|
Hanja | 任在範 |
Perumian Semakan | Im Jae-beom |
McCune–Reischauer | Im Chae-bŏm |
Nama pentas | |
Hangul | 제이비 |
Perumian Semakan | JB |
McCune–Reischauer | JB |
Im Jae-bum (Korea: 임재범; lahir 6 Januari 1994) atau juga dikenali sebagai JB (제이비) merupakan seorang penyanyi yang berasal dari Korea Selatan dan beliau berada di bawah label rakaman JYP Entertainment.
Biografi
JB dilahirkan di Seoul, Korea Selatan pada 6 Januari 1994. Beliau telah diintai oleh pihak JYP ketika Uji Bakat Pengambilan Terbuka Pelatih JYP kelima dimana beliau terikat di tempat pertama bersama Jr. Kemudiannya beliau menjalani latihannya selama 2 tahun 6 bulan sebelum penampilan sulungnya sebagai penyanyi.
Beliau kini sedang bersekolah di Sekolah Tinggi Sewon.
Sejarah
Sebelum debut
Pada tahun 2011, JB telah berlakon dalam drama bersiri Dream High 2 sebagai JB atau Jang Woo-jae. Drama itu juga dibarisi pelakon seperti Kang Sora, Jin Woon, Park Ji-yeon, Hyorin dan Park Seo-joon.[1] Ia akan ditayangkan pada 30 Januari 2012 di saluran Sistem Penyiaran Korea (KBS).[2]
Pada 3 Februari 2012, telah didedahkan bahawa JB dan Jr. akan muncul sebagai sebuah kumpulan duo iaitu J&J yang berkemungkinan pada separuh kedua tahun 2012. Penampilan terkini mereka dalam Dream High 2 telah meletakkan mereka pada fokus media dan ini membolehkan mereka membuat penampilan sulung secara rasmi dalam aktiviti nyanyian mereka.[3] Pada 12 Mac 2012, beliau telah melancarkan lagu OST untuk drama Dream High 2 iaitu "Together" (Bersama) dengan Ji-yeon[4] dan "New Dreaming" (Impian Baru) bersama dengan Park Seo-joon.[5]
Filmografi
Siri televisyen
Tahun | Rancangan | Peranan |
---|---|---|
2012 | Dream High 2 | JB / Jang Woo Jae |
Rujukan
- ^ "Final Cast of "Dream High Season 2 Revealed"". hancinema.net.
- ^ "'Dream High Season 2' To Begin". hancinema.net.
- ^ (Inggeris) ""Dream High 2's" JB and Jr. to Debut as JYP Entertainment's Newest Boy Band J&J". soompi.com.
- ^ (Inggeris) "'Dream High 2′ releases OST MV for "Together" by Jiyeon & JB". allkpop.com.
- ^ (Inggeris) "JB and Park Seo Joon release final track for Dream High 2". allkpop.com.
Pautan luar
- Laman sesawang rasmi
- JB (penyanyi) di Me2day
- JB di X
- JB di Facebook