| Jamukha | |
|---|---|
| Kemangkatan | 1204 |
| Wangsa | Jadaran |
Jamukha (Mongolia: Жамуха), seorang pemimpin tentera dan politik Jadaran yang diisytiharkan sebagai Gur Khan (Liao: 'Penguasa Dunia') pada tahun 1201. Kekalahannya dalam pertempuran Chakirmaut pada 1204 menjadi awal bermulanya penaklukan Empayar Mongol.[1]
Biografi

Tidak banyak yang diketahui dari Jamukha, kecuali dia beberapa tahun lebih tua dari Temüjin (Gurkhan). Ketika Hwalun (isteri pertama Yesügei dari Merkit) dan anak-anaknya dijauhi oleh bangsawan keturunan Tatar lain, Jamukha datang dan memberikan dukungannya pada keluarga itu. Pada satu masa, Behter, menyakiti perasaan Hwalun. Behter ialah anak pertama Yesugei dari isteri keduanya Sochigel. Behter mengatakan bahawa selepas ia menjadi Khan Khamag, dia akan menikahi ibu tirinya sendiri. Bergurau kalau dia akan menjadi seorang ayah yang baik untuk Temujin bersaudara. Temujin yang masih berumur 8-9 tahun sangat marah mendengar hal ini, dia juga merasa sudah cukup dewasa kerana telah bertunangan Börte.
Temujin memiliki niatan untuk membunuh abang seayahnya sendiri. Jamukha bersedia menolongnya meski hal itu sangat tabu. Jamukha mengalihkan perhatian Behter sementara Temujin memanahnya. Peristiwa pembunuhan Behter ini tidak tertulis dalam Sejarah Rahsia Bangsa Mongol, tetapi direkodkan dalam Kronik Dinasti Yuan. Belgutei sebagai adik kandung dari Behter tidak berani berbuat apa-apa selain menerima kematian kakaknya. Qasar, abang dari Temujin maju dan mengancam Belgutei. Selepas peristiwa ini, Jamukha menjadi anda (saudara angkat/blood brother) untuk Temujin.
Perang Merkit dan koyaknya persaudaraan
Temujin menikahi Borte pada umur 15 tahun, setelah keduanya sudah cukup dewasa. Setahun kemudian, Borte melahirkan anak pertama mereka yang diberi nama Qojin. Meski Temujin kini telah memiliki pasukan yang besar dan Toghrul dari Kerait yang jauh lebih tua telah menjadi anda Temujin, suku Merkit yang memiliki kekuatan lebih kecil tetap berani untuk menyerang Temujin dan melarikan Borte. Ketika Temüjin, Jamukha dan Toghrul mengumpulkan 60.000 tentera untuk menghancurkan Suku Merkit, mereka bertiga mendapati Borte sedang hamil. Anak dari panglima Mongol bernama Chilger Bökö. Suku Merkit dengan cepat menjauh dari wilayah lama mastautin mereka. Pengikut Temüjin dan Jamukha sering berkumpul bersama selama beberapa tahun. Dapat dikatakan bahawa Jamukha telah menjadi bawahannya dan mereka berdua sering meluahkan hal mengenai politik.
Menurut Sejarah Rahsia Mongol, periode ini dikenal sebagai momen terbaik dari kisah dua sahabat. Pertikaian bermula ketika Jamukha mulai menghina Jochi dan menyarankan kepada Temujin untuk lebih mempertahankan sistem Aristokrasi untuk penilaian panglima tentera berbanding Meristokrasi. Ketika ini, Temujin mengangkat Jelme. Abang dari Subutai sebagai Panglima. Jelme berasal dari keluarga rakyat biasa, bahkan sukunya adalah peternak rusa bukan pengembara berkuda seperti suku Mongol yang lain.
Rujukan
- ^ Fan, Ryan (2021-12-06). "How Genghis Khan And His Best Friend Turned Against Each Other". Frame of Reference (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-08-03.








