Yang Berhormat Puan Jenny Choy Tsi Jen | |
---|---|
崔慈恩 | |
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak | |
Menyandang jawatan 19 Disember 2022 | |
Raja | Sultan Nazrin Muizzuddin Shah |
Menteri Besar | Saarani Mohamad |
Speaker | Mohamad Zahir Abdul Khalid |
Didahului oleh | Khalil Yahaya |
Kawasan pilihan raya | Canning |
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak bagi Canning | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Wong Kah Woh (PR–DAP) |
Majoriti | 18,292 (2018) 20,734 (2022) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Jenny Choy Tsi Jen 1 Januari 1988 ![]() |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2008) |
Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
Tempat belajar | Universiti Sunway |
Pekerjaan | Ahli politik |
Jenny Choy Tsi Jen | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama Bahasa Cina | |||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 崔慈恩 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 崔慈恩 | ||||||||||
|
Jenny Choy Tsi Jen (Cina ringkas: 崔慈恩; Cina tradisional: 崔慈恩; pinyin: Cuī Cí'ēn; Pe̍h-ōe-jī: Chhui Chû-un; lahir 1 Januari 1988) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak sejak Disember 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) bagi kawasan Canning sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR).
Kerjaya awal
Beliau merupakan seorang jurutera perisian dan pernah bekerja di Malay-Sino Chemical Industries Sdn. Bhd dari tahun 2010 hingga 2011 serta di Kuala Kepong Berhad dari tahun 2011 hingga 2018. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sistem Maklumat Perniagaan (Sains Komputer) dari Universiti Sunway dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan. Selain itu, beliau juga memiliki Diploma Lanjutan Antarabangsa dalam Pengajian Komputer daripada NCC.[1]
Kerjaya politik
Beliau menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada tahun 2008 dan pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Wong Kah Woh.[2] Beliau juga merupakan Naib Ketua Kebangsaan DAP Socialist Youth (DAPSY) dari tahun 2018 hingga 2021.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N25 Canning | Jenny Choy Tsi Jen (DAP) | 21,268 | 86.44% | Liew Kar Tuan (GERAKAN) | 2,976 | 12.10% | 24,603 | 18,292 | 76.37% | ||
2022 | Jenny Choy Tsi Jen (DAP) | 22,527 | 87.10% | Woo Kok Toong (MCA) | 1,793 | 6.93% | 25,862 | 20,734 | 63.05% | |||
Pang Boon Yang (GERAKAN) | 1,542 | 5.96% |
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Jenny Choy Tsi Jen". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 2022-04-28.
- ^ LOH, IVAN. "First-timer ready for challenge". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-04-28.
- ^ "RESULTS OF CONTESTED ELECTION AND STATEMENTS OF THE POLL AFTER THE OFFICIAL ADDITION OF VOTES STATE CONSTITUENCIES FOR THE STATE OF PERAK". lom.agc.gov.my.
- ^ "The Star GE15 Online Perak". election.thestar.com.my.