| Jenis/bentuk sah | Persendirian |
|---|---|
| Industri | Perfileman |
| Ditubuhkan | Malaysia (1970an) |
| Pengasas | Jins Shamsuddin |
| Nasib | Tidak di ketahui |
| Ibu pejabat | Malaysia |
| Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
| Tokoh penting | Jins Shamsuddin |
| Hasil pengeluaran | Filem melayu berwarna |
| Perkhidmatan |
|
| sunting · sunting di Wikidata | |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Syarikat ini ditubuhkan oleh seniman Tan Sri Dato' (Dr.) Jins Shamsuddin. Berbekalkan modal yang ada, beliau menubuhkan syarikat perfilemannya sendiri dengan filem kebanyakkannya bertemakan "Esok", seperti Tiada Esok Bagimu.
Kejayaan
[sunting | sunting sumber]Syarikat ini telah menempa beberapa kejayaan dalam industri. Antaranya, kejayaan filem Bukit Kepong menjadi filem Melayu dan filem epik Malaysia yang menelan kos kira-kira RM1.3 juta untuk membuat dan mengumpul RM1.7 juta pada pecah panggung dan mendapat pencapaian box office, sekaligus memenangi lapan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-3, termasuk Filem Terbaik.[1]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Antara filem yang diterbitkan bawah syarikat ini:
- Menanti Hari Esok (1977)
- Tiada Esok Bagimu (1979)
- Esok Masih Ada (1980)
- Bukit Kepong (1981)
- Esok Untuk Siapa (1982)









