Jirayut | |
---|---|
อาฟีซัน เจ๊ะดือราแม | |
Kelahiran | Afisan Jehdueramae 24 Februari 2001 Su-ngai Padi, Narathiwat, Thailand |
Warganegara | Thailand |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2018—kini |
Terkenal kerana | |
Karya | Cintai Aku Karena Allah |
Ketinggian | 166 cm (5 ka 5 in) |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Alat muzik | Vokal |
Syarikat rakaman |
|
Tandatangan | |
![]() |
Afisan Jehdueramae (Thai: อาฟีซัน เจ๊ะดือราแม; lahir 24 Februari 2001), lebih dikenali dengan mononimnya Jirayut ialah seorang penyanyi dangdut, pengacara TV dan pelakon Thailand.[1]
Kerjaya
Jirayut lahir dengan nama asli Afisan Jehdeuramae pada 24 Februari 2001, di Distrik Su-ngai Padi, Narathiwat, Thailand. Jirayut ialah putera ketiga dari empat bersaudara. Ayahnya ialah seorang mualaf Thai yang bernama Sman Jehdueramae dan ibunya Amalina Hayati ialah orang Melayu. Anak tertua ialah Amilia Jehdueramae, abangnya bernama Arfan Jehdueramae dan si paling kecil ialah Anisa Jehdueramae.[2]
Jirayut yang masih bersekolah pada 2018, menyertai D'Academy musim ke-4 di Indosiar. Pada awalnya Jirayut remaja yang menyukai muzik sejak kecil kurang tertarik pada dangdut, tetapi teman di kampungnya meyakinkannya untuk mengirim rakaman video. Jirayut semasa itu hanya memiliki basikal, jarak ke pekan agak jauh sekitar 40 minit jika menunggang motosikal. Jirayut kembali hendak menyerah, dia pun memang tidak menyenangi dangdut sejak awal tetapi sang guru yang beretnik Melayu datang ke rumahnya dan bersedia menghantarkannya pulang pergi dari tempat audisi. Beberapa bulan kemudian, Jirayut layak dan berangkat ke Jakarta bersama lima rakan lain dari Thailand.[3][4]
Pada perlawanan audisi inti, dia tersingkir pada pusingan sepuluh terbaik dan bahkan mendapat mata paling rendah dari juri. Berbanding dengan penyanyi lain, tetapi dia dipercaya untuk menjadi host untuk pusingan selepasnya pada 16 Disember 2018 bersama senior lain.[5] Jirayut menjadi salah satu penyanyi yang banyak disenangi pada Dangdut D'Academy dan kemudian diundang ke beberapa show lain seperti Liga Dangdut Indonesia dan Indonesian Television Awards.
Selepas berjaya di beberapa show, Jirayut memutuskan untuk merantau dan membina kerjayanya di Indonesia. Jirayut mengeluarkan sebuah single yang sangat popular bernama "Jambret Cinta". Dia berkongsi dengan pemukul drum dan pembuat muzik, Posan Tobing pada 29 Jun 2019 di Pop Star Concert Indosiar.[6] Kepopularan Jirayut semakin naik dan dia dipercaya untuk berlakon dalam drama bertajuk Pintu Berkah di Indosiar.[7] Pada 2022, Jirayut menyertai Stream Entertainment dan menerbitkan lagu di bawah 3D Entertainment. Singlenya yang bertajuk "Sejak Pandangan Pertama" terbit pada 17 Oktober 2022.[8]
Seni artis
Nama panggung
Nama "Jirayut" ialah nama panggung yang diasas semasa bekerja di Indonesia. Dia berkata bahawa pada saat itu sebagai orang Thai, ia ingin nama yang padu dengan etniknya yaitu Thai. Nama "Jirayut" ialah sempena untuk seorang pelakon Thailand yang bernama James Jirayu. Jirayut berkata bahawa nama ini khas, tidak mudah dilupakan dan padu dengan identiti dirinya.[9][10][11]
Diskografi
Single
Tajuk | Tahun | Album | Ruj. |
---|---|---|---|
"Jambret Cinta" | 2019 | Singel non-album | [12] |
"Tiada Tara" (versi Original dan Thai –"Rak Maimi Ti Priab") |
2020 | [13] | |
"Cintai Aku Karena Allah" | 2021 | ||
"Goyang Gultik" | |||
"Rindu Luar Biasa" (versi solo dan duet bersama Eva Yolanda) |
[14] | ||
"Sejak Pandangan Pertama" | 2022 | [15] | |
"Terluka Cinta" | 2023 | [16] | |
"Kulaab Khao" ("Mawar Putih" versi Thai) |
Filemografi
Video muzik
- "Pesta" — Betrand Peto Putra Onsu (2022)
Filem
Tahun | Tajuk | Lakonan | Nota |
---|---|---|---|
2024 | Jagad Anyar: Kematian yang Dirahasikan | Jirayut | Filem pendek |
Kang Mak (Pembuatan semula Pee Mak) |
Siri TV
Tahun | Tajuk | Lakonan | Nota |
---|---|---|---|
2023 | Magic 5 | Dafa Henandra |
FTV
Tahun | Tajuk | Lakonan | Nota |
---|---|---|---|
2019 | Pintu Berkah | Jirayut | Episod: "Gadis Pemilik Kos yang Rajin Bersedekah Menjadi Pengusaha Sukses Hotel Syariah" |
Rino | Episod: "Penjual Tahu Miskin yang Dihina, Kini Jadi Pengusaha Muda" | ||
Ivan | Episod: "Cita Mulia Bocah Pengamen Jalanan untuk Menyembuhkan Ibunya" | ||
Syahril | Episod: "Tukang Servis AC yang Bermimpi untuk Bisa Kuliah" | ||
Syamsul | Episod: "Jalan Berliku Petani Pala yang Sukses Jadi PNS" | ||
2020 | Syahril/Aziz | Episod: "Martabak yang Tabah Menuai Sukses di Usia Senja" | |
Arif | Episod: "Penjual Martabak yang Tabah Menuai Sukses di Usia Senja" | ||
Irfan | Episod: "Pemuda Saleh Penjual Air Zam-zam yang Rajin Beramal" |
Siri Web
Tahun | Tajuk | Lakonan | Nota |
---|---|---|---|
2023–24 | Rumah Kosong | Diri sendiri | |
2024 | Kost Putri | Musim 2, episod 3 |
Kehidupan peribadi
Jirayut fasih dalam tiga bahasa, Thai, Melayu dan Indonesia.[17] Semasa memulakan kerjayanya, dia ditemani oleh penerjemah kerana kemampuan bahasa Melayunya yang juga kurang. Dia juga menyertai course Indonesia selama dua bulan.[18] Selama tinggal di Indonesia, Jirayut menempati sebuah rumah bertingkat dua di Jakarta bersama dengan empat orang rakan kerja.[19]
Selain bermuzik, Jirayut menyukai sukan bola tampar. Tetapi dia tidak pernah dipanggil untuk mewakili sekolahnya kerana tubuh yang tidak memenuhi syarat ketinggian.[20]
Rujukan
- ^ Media, Kompas Cyber (2022-10-07). "Profil dan Biodata Jirayut, Penyanyi Dangdut Serba Bisa dari Thailand Halaman all". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-19.
- ^ Fimela.com (2024-04-19). "Potret Jirayut Kembali ke Indonesia Setelah Lebaran dengan Keluarga di Thailand, Kerja Agar Orang Tua Bahagia". fimela.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ Media, Kompas Cyber (2022-11-21). "Jirayut Ceritakan Awal Mula Ikut Audisi Dangdut Academy Asia 2018". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ "Perjalanan Karir Jirayut di Indonesia, Sempat Diantar Audisi Hingga Akhirnya Sukses di Negeri Orang". suara.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ Diterbitkan, Penulis: Rezka Aulia. "Tersenggol, Jirayut Dipercaya Jadi Pembawa Acara DA Asia 4". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ Liputan6.com (2019-07-15). "Inilah Musik Video Jambret Cinta, Lagu Perdana Jirayut Tentang Jatuh Cinta". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ "Terjun ke Dunia Akting, Ini 5 Potret Jirayut Afisan Pemain FTV Pintu Berkah". merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). 2020-08-26. Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ Indonesia, Tabloid Bintang (2024-07-10). "Jirayut Tuai Kesuksesan, Meski Rumahnya Harus Tempuh 15 Jam Dari Bangkok". Tabloidbintang.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ Media, Kompas Cyber (2022-11-21). "Jirayut Jelaskan Asal Muasal Nama Panggungnya yang Unik". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ ratih (2023-12-13). "Ditanya Arti Nama sama Rhoma Irama, Jirayut: Saya Juga Gak Tahu". www.intipseleb.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ Indonesia, Tabloid Bintang (2024-07-10). "Nama Jirayut Terinspirasi Dari Aktor Thailand Termahal Ini". Tabloidbintang.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ Liputan6.com (2019-07-01). "Jirayut Luncurkan Lagu Jambret Cinta di Konser Pop Star Indosiar". liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-09.
- ^ Diterbitkan, Penulis: Sanjaya Ferryanto Diperbarui. "Rilis Single Terbaru Bertajuk 'Tiada Tara' Dengan Nuansa Musik Dangdut Klasik, Jirayut Ingin Beri Hiburan Untuk Seluruh Penggemarnya". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-09.
- ^ "Rilis Single Baru Rindu Luar Biasa, Jirayut DAA Hanya Take Vocal di Asrama". Tribunsumsel.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-09.
- ^ Media, Kompas Cyber (2022-10-19). "Jirayut Bahas Jatuh Cinta Lewat Single "Sejak Pandangan Pertama"". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-09.
- ^ Media, Kompas Cyber (2023-08-22). "Jirayut Keluar dari Zona Nyaman dengan Singel "Terluka Cinta"". KOMPAS.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-09.
- ^ "Dulu Hidup Susah, Begini Kisah Hidup Jirayut, Pedangdut Muda Asal Thailand yang Kini Jadi Idola". Sripoku.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ "Jirayut: Mereka Pikir Aku Orang Indonesia yang bisa Bahasa Thailand". 21 November 2022.
- ^ "Penampakan Tempat Tinggal Baru Jirayut di Jakarta, Rumah 2 Tingkat Tinggal Bareng Tim dan Manajer". Sripoku.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
- ^ "Jirayut Terpilih Sebagai Pemain Terbaik Laga Fun Volley Ball, Akui Sering Main Voli Saat di Thailand". Wartakotalive.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-07-10.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Jirayut. |