John M. Martinis | |
---|---|
![]() Martinis in 2007 | |
Kelahiran | John Matthew Martinis 1958 (umur 66–67) United States |
Pendidikan | University of California, Berkeley (BS, PhD) |
Anugerah |
|
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Physics |
Tesis | Macroscopic Quantum Tunneling and Energy-Level Quantization in the Zero Voltage State of the Current-Biased Josephson Junction (1985) |
Penasihat kedoktoran | John Clarke |
John Matthew Martinis[1] (lahir 1958) ialah seorang ahli fizik Amerika dan Profesor Fizik di Universiti California, Santa Barbara.[2][3] Beliau telah mengetuai sebuah pasukan penyelidik untuk membangunkan sebuah komputer kuantum superkonduktor di Google Quantum AI Lab, dengan kerjasama dengan UC Santa Barbara dan Google. Dengan pertolongan pemproses Sycamore, mereka telah mendapat bukti pertama mengenai ketuanan kuantum pada 2019.
Beliau mengkongsi Hadiah Nobel dalam Fizik dengan John Clarke dan Michel Devoret pada 2025 untuk kerja mereka dalam fenomena kuantum makroskopik dalam superkonduktor.[4]
Kehidupan awal dan pendidikan
John Matthew Martinis dilahirkan pada 1958 dan dibesarkan di San Pedro, California.[5] Beliau mengatakan dirinya sebagai berketurunan Croatia. Emaknya datang dari Amerika Syarikat dan ayahnya berketurunan etnik Croat dari Komiža di pulau Vis berdekatan dengan Split, Croatia.[6] Ayahnya berhijrah ke Amerika Syarikat untuk melarikan diri dari rejim komunis di Yugoslavia.[5]
Selepas menamatkan pengajian di Universiti California, Berkeley, Martinis menerima Ijazah dalam Sains dalam bidang fizik pada 1980 dan Doktor Falsafah dalam fixik pada 1987.[7]
Ketika pengajian Doktor Falsah beliau, Martinis telah mengkaji keadaan kuantum daripada pemboleh ubah mikroskopik, sebuah perbezaam fasa antara persimpangan terowong Josephon.[8][9] Penasihat kedoktoran beliau ialah John Clarke[9] Ketika ini, beliau berkerjasama dengan Michel Devoret, seorang penyelidik pasa kedoktoran ketika itu.[9]
Kepujian dan anugerah
Pada 2014, beliau berkongsi annugerah Fritz London Memorial Prize[10] bersama Michel Devoret dan Robert J. Schoelkopf.
Pada 2021, beliau telah menerima Annugerah John Stewart Bell untuk Pengkajian Isu-isu Asas dalam Kuantum Mekanik dan Aplikasi-aplikasinya[11]
Pada 2025, beliau telah diannugerahkan Hadiah Nobel dalam Fizik bersama penasihat pasca kedoktorannya, John Clariker dan Michel Devoret atas penemuan terowong kuantum mekanik makroskopik dan kuatumnisasi tenaga dalam sebuah papan litar [12]
Rujukan
- ^ https://escholarship.org/uc/item/5kr3d1ff
- ^ https://www.ucsb.edu/about/faculty-and-alumni/john-martinis
- ^ https://thedailyguardian.com/world/us/who-is-john-m-martinis-nobel-prize-in-physics-2025-winners-education-other-awards-669169/
- ^ https://www.nobelprize.org/prizes/physics/2025/summary/
- ^ a b "2025 Nobel Prize Resources – Meet the Laureates". AIP.ORG. October 7, 2025. Dicapai pada October 7, 2025.
- ^ Dimitropoulos, George (10 October 2025). "New generation will make the quantum revolution a reality,' says Nobel laureate John Martinis". Euronews. Dicapai pada 2025-10-13.
- ^ "Meet the 2025 Nobel prize winners in Physics: Where they studied and how their research shaped quantum science". The Times of India. October 7, 2025. ISSN 0971-8257. Dicapai pada October 7, 2025.
- ^ Clarke, J.; Cleland, A. N.; Devoret, M. H.; Esteve, D.; Martinis, J. M. (February 26, 1988). "Quantum mechanics of a macroscopic variable: the phase difference of a josephson junction". Science. 239 (4843): 992–997. Bibcode:1988Sci...239..992C. doi:10.1126/science.239.4843.992. ISSN 0036-8075. PMID 17815701.
- ^ a b c Hassinger, Sebastian (September 11, 2024). The New Quantum Era (dalam bahasa Inggeris). "O'Reilly Media, Inc.". ISBN 978-1-0981-4938-3.
- ^ "Fritz London Memorial Prize". phy.duke.edu. Dicapai pada April 21, 2020.
- ^ "John Stewart Bell Prize". Dicapai pada May 3, 2021.
- ^ "Nobel Prize in Physics 2025". NobelPrize.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada October 7, 2025.