Jom Mak, Raya KL! ialah sebuah mini siri drama televisyen syawal Malaysia 2021 arahan Nazir Jamaluddin terbitan A. Aida Production Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Andi Bernadee, Zara Zya dan Azizah Mahzan. Siri ini memulakan tayangan perdana di TV3 pada 13 Mei (Raya pertama) hingga 16 Mei 2021 (Raya keempat).
| Jom Mak, Raya KL! | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Azlina Din |
| Pengarah | Nazir Jamaluddin |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Hari Yang Ku Tunggu" - Aiman Zaidi |
| Lagu penutup | "Hari Yang Ku Tunggu" - Aiman Zaidi |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 4 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Mohd Fariz Che Aziz |
| Penerbit | Kolonel Bersekutu (PA) Dato' A. Aida |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | A. Aida Production Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV3 |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | Slot Drama Series Binge 20 - 27 April 2025 |
| Siaran asal | 13 Mei 2021 – 16 Mei 2021 |
Sinopsis
Zizan dan Aida memujuk ibu mereka untuk beraya di KL pada tahun ini. Pada mulanya, Mak teragak-agak untuk bersetuju tetapi dia mengalah dan menurut cadangan anak-anaknya. Akhirnya, pengalaman Mak beraya di KL menjadi sangat seronok baginya dan dia ingin kembali beraya di KL pada tahun hadapan!
Pelakon
Pelakon Utama
- Andi Bernadee sebagai Zizan
- Zara Zya sebagai Aida
- Azizah Mahzan sebagai Mak Sal
Pelakon Pembantu
- Dayang Areeda sebagai Nuha
- Dhia Irdina sebagai Nelly
- Kazar Saisi sebagai Pak Ngah
- Rosnah Johari sebagai Mak Lang
- Bell Ngasri sebagai Rafiq
- Ali Reza Kavoossi sebagai Denny
- Izzah Zin sebagai Zaza
- Syafnida Shuhaimi sebagai Khaty
- Hamdan Ramli sebagai Tuan Ilham








