Kartunis Joy atau nama sebenarnya Nazam bin Sukri. Lahir pada 23 Disember 1965 di Ulu Gali, Raub, Pahang.
Joy | |
---|---|
Kelahiran | Nazam bin Sukri 23 Disember 1965 Ulu Gali, Raub, Pahang |
Kewarganegaraan | ![]() |
Nama samaran | Joy |
Beliau mengikuti kursus perguruan pada Julai 1987 hingga November 1989, di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Pada tahun 1995 beliau berpindah, mengajar di Sek. Keb. Batu 9, Jalan Bomba, Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan sehingga kini.
Lukisan Kartun
Kartunis Joy melakar nama di peringkat awal tahun 80an.
Majalah Hiburan
Majalah Sukan
- Dunia Sukan
Akhbar Tabloid
- HARIAN METRO
Majalah Kartun
Kartunis Joy mencuba bakatnya pula kepada majalah kartun yang terulung, GILA-GILA dengan galakan dan bimbingan Kartunis Rejabhad. Kartunnya tersiar melalui Ruangan Mekar di GG kelolaan Rejabhad. Sehinggalah pada tahun 1982, melalui edisi GILA GILA hari raya ketika itu, Joy dan beberapa kartunis lain seperti AMAN, BOR, YUSNA, SHAH CD, dan lain-lain diperkenalkan dengan profil masing-masing. Selepas itu, Joy terus rancak berkarya untuk majalah GILA-GILA. Di samping sering turut serta menjayakan demonstrasi kartun bersama kartunis lain di pesta-pesta buku KL. Di samping majalah GILA-GILA, majalah kartun seperti BATU API, HUMOR, GELI HATI dan JENAKARAMA turut menjadi medan tempat karya kartunis ini beraksi. Antara tajuk kartun yang menjadi perhatian ialah:
- MALANG SI PENCURI- MAJALAH HUMOR
- ADEGAN YANG TAKDE DALAM SEJARAH -MAJALAH JENAKARAMA
- API..API..API... -MAJALAH JENAKARAMA
Kartunis Joy aktif membuat ilustrasi untuk buku cerita kanak-kanak sekitar awal tahun 90 an.