Bandung | |
---|---|
Kota Bandung Kota Bandung | |
Transkripsi Nama | |
• Sunda | ᮘᮔ᮪ᮓᮥᮀ |
Latar langit Bandung Bangunan Merdeka Gedung Sate Jalan Braga | |
Cogan kata: Gemah Ripah Wibawa Mukti (Sunda) ᮌᮨᮙᮂ ᮛᮤᮕᮂ ᮝᮤᮘᮝ ᮙᮥᮊ᮪ᮒᮤ Sejahtera, Mudah, Berprestij, Gembira | |
![]() Lokasi dalam Jawa Barat | |
![]() | |
Koordinat: 6°54′43″S 107°36′35″E / 6.9120°S 107.6097°E | |
Negara | ![]() |
Wilayah | Jawa |
Provinsi | ![]() |
Ditubuhkan | 25 September 1810[1] |
Diperbadankan (sebagai gemeente) | 1 April 1906[1] |
Bahagian pentadbiran | 30 daerah 153 kampung bandar |
Pentadbiran | |
• Badan | Pemerintah Kota Bandung |
• Datuk Bandar | Muhammad Farhan (NasDem) |
• Naib Datuk Bandar | Erwin (ahli politik) |
• Badan Perundangan | Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Kota Bandung (DPRD) |
Keluasan | |
• Jumlah | 167.31 km2 (64.60 batu persegi) |
• Bandar | 487 km2 (188 batu persegi) |
• Metro | 1,876.8 km2 (724.6 batu persegi) |
Aras | 708 m (2,323 ft) |
Aras tertinggi | 892 m (2,927 ft) |
Aras Terendah | 666 m (2,185 ft) |
Penduduk (anggaran pertengahan 2023[3]) | |
• Jumlah | 2,528,163 (ke−3) |
• Kepadatan | 14,982/km2 (38,800/batu persegi) |
• Bandar | 7,203,000 (ke−2) |
• Kepadatan bandar | 14,712.5/km2 (38,105/batu persegi) |
• Metro | 9,054,175 (ke−3) |
• Kepadatan metro | 4,453/km2 (11,530/batu persegi) |
Demonim | Orang Bandung |
Demografi | |
• Kumpulan etnik (anggaran 2000)[6] | |
• Agama[7] | |
Zon waktu | UTC+07:00 (Waktu Indonesia Barat/W.I.B) |
Poskod | 401xx, 402xx, 406xx |
Kod kawasan | (+62) 22 |
Pendaftaran kenderaan | D |
Nominal KDNK[8] | 2023 |
- Jumlah | ▲IDR 351,285 trilion (ke-3) ▲AS$ 23,046 bilion ▲AS$ 73,810 bilion (PPP) |
- Per kapita | ▲IDR 140,114 ribu (ke-13) ▲AS$ 9,194 ▲AS$ 29,446 (PPP) |
- Metro | ▲IDR 646,006 trilion ▲AS$ 42,383 bilion ▲Int$ 135,736 bilion (PPP) |
- Pertumbuhan | ▲ 6.0% |
HDI (2024) | ▲ 0.835 (ke-16) sangat tinggi |
Daerah terbesar mengikut kawasan | Gedebage – 9.58 kilometer persegi (3.70 bt2) |
Daerah terbesar mengikut populasi | Babakan Ciparay (142,500 – 2022 anggaran) |
Laman sesawang | bandung.go.id |
Kota Bandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia. Pada zaman dahulu, kota ini dikenali sebagai Parijs van Java, iaitu "Paris di Jawa" dalam bahasa Belanda. Disebabkan lokasinya di dataran tinggi, Bandung terkenal kerana iklim yang sederhana dan oleh itu, telah menjadi salah satu destinasi pelancong yang popular. Bandung juga mempunyai banyak institusi pendidikan tinggi swasta, termasuk juga sebuah institusi pendidikan tinggi awam, yang menyebabkannya termasyhur sebagai salah satu kota pelajar di Indonesia.
Sejarah
- 1488 - Bandung didirikan sebagai sebahagian Kerajaan Pajajaran.
- 1799 - Syarikat Hindia Timur Belanda mengalami kemuflisan sehingga wilayah kekuasaannya di Nusantara diambil alih oleh pemerintah Belanda. Ketika itu, Bandung dipimpin oleh Bupati R.A. Wiranatakusumah II.
- 1808 - Belanda mengangkat Herman Willem Daendels sebagai Gabenor Jeneral di Nusantara setelah ditinggalkan Syarikat Hindia Timur Belanda.
- 1809 - Bupati memerintahkan pemindahan ibu kota dari Karapyak ke daerah pinggiran Sungai Cikapundung (medan bandar sekarang) yang ketika itu masih merupakan hutan tetapi sudah ada permukiman di sebelah utara.
- 1810 - Daendels menancapkan tongkat di pinggir Sungai Cikapundung yang berseberangan dengan medan bandar sekarang, dan berkata: “Zorg, dat als ik terug kom hier een stad is gebouwd!” (Usahakan, bila aku kembali ke sini, sebuah kota telah dibangun!”). Sekarang tempat itu menjadi titik pusat atau Km 0 kota Bandung.
- 25 Mei 1810 - Daendels meminta bupati Bandung dan Parakanmuncang memindahkan ibu kota ke wilayah tersebut.
- 25 September 1810 - Daendels mengeluarkan surat keputusan untuk memindahkan ibu kota Bandung dan sekaligus melantik Raden Suria sebagai Patih Parakanmuncang pada hari ini. Oleh itu, 25 September telah dijadikan sebagai hari jadi kota Bandung, dengan R.A. Wiranatakusumah sebagai pengasas. Nama pengasas sekarang diabadikan dengan menggantikan nama Jalan Cipaganti dengan namanya. Wilayah ini menjadi rumah tinggal bupati sewaktu ibu kota berpindah ke medan bandar sekarang.
- 24 Mac 1946 - Pembakaran Bandung oleh para pejuang kemerdekaan yang dikenali dengan sebutan 'Bandung Lautan Api' dan diabadikan dalam lagu "Halo-Halo Bandung".
- 1955 - Persidangan Asia Afrika diadakan di sini.
- 2005 - KTT Asia-Afrika 2005
Geografi
Bandung terletak di tengah-tengah provinsi Jawa Barat pada koordinat 107° T and 6° 55’ S. Sebagai ibu kota, lokasinya ini mempunyai nilai-nilai yang strategik kepada daerah-daerah di sekitarnya. Luasnya kota Bandung 16,767 hektar, dengan tingginya ±768 meter di atas min aras laut. Pada umumnya, kawasan-kawasan utaranya yang tingginya ±1050 meter adalah lebih tinggi, berbanding dengan kawasan-kawasan selatan yang tingginya ±675 meter. Bandung dikelilingi oleh pergunungan sehingga merupakan sebuah lembangan.
Sungai-sungai utama mengalir melalui kawasan kota Bandung, antaranya Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum serta anak-anak sungainya yang umumnya mengalir ke arah selatan dan bertemu di Sungai Citarum. Disebabkan ini, Bandung selatan sangat rentan terhadap masalah banjir.





Senarai Datuk Bandar
|
|
Tempat menarik
Bandung terkenal untuk sejumlah besar bangunan lama yang seni binanya yang bergaya Belanda:
- Gedung Sate, kini berfungsi sebagai pejabat Pemerintah Provinsi Jawa Barat
- Hotel Savoy Homann di Jalan Asia-Afrika
- Gedung Dwi Warna
- Gedung Kantor Pos Besar Kota Bandung
- Gedung Merdeka dan Museum Asia-Afrika, tempat berlangsungnya Persidangan Asia-Afrika pada tahun 1955.
- Gedung Pakuan, kini tempat tinggal rasmi Gabenor Jawa Barat.
- Gedung Yayasan Pusat Kebudayaan
- Muzium Geologi Bandung
- Muzium Wangsit Mandala Siliwangi
- Institut Teknologi Bandung
- Vila Isola, UPI
- Stesen Hall, stesen kereta api
- Beberapa bangunan lama di Jalan Braga.
- Balai Cerap Bosscha di Lembang
- Pusat membeli-belah Dago, Cihampelas dan Cibaduyut
- Lembang, daerah beriklim serdahana di Bandung Utara.
Selain daripada bangunan-bangunan bersejarah tersebut, banyak kegiatan menarik yang dapat dilakukan:
- Tempat peranginan Kuliner di daerah Bandung Utara dan Lembang
- Tempat peranginan Alam yang berada di daerah Bandung Selatan, Bandung Utara dan kota Lembang
Tempat-tempat menarik yang lain yang pada masa ini menjadi trend tersendiri dalam masyarakat adalah pusat barang terpakai di Pasar Gede Bage, daerah Dalem Kaum, dan beberapa buah kedai yang secara khusus juga menyediakan barang-barang terpakai dengan harga murah, seperti: BABE, Rasek, dsb.
Pusat Beli-Belah
- Bandung Indah Plaza (BIP)
- Bandung Super Mal (BSM)
- Istana Plaza (IP)
- Paskal Town Square
- Cihampelas Walk (Ciwalk)
- ITC Kebon Kalapa
- Miko Mall
- Festival Citylink
- Parijs Van Java Mal
- Bandung Trade Center (BTC)
- Bandung Elektronik Center (BEC)
- Factory Outlet
Pengangkutan
Di dalam bandar raya, para penduduk Bandung biasanya menggunakan pengangkutan awam, biasanya angkot berbanding dengan teksi yang lebih mahal. Selain itu, bas kota juga memberikan perkhidmatan, umumnya di jalan-jalan besar dan untuk laluan-laluan yang panjang.
Bandung memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa, iaitu Lapangan Terbang Husein Sastranegara yang menghubungkan Bandung dengan bandar-bandar yang lain di Indonesia dan Kuala Lumpur di Malaysia.
Bandung juga mempunyai dua buah stesen kereta api, iaitu Stesen Bandung yang melayani laluan Bandung-Jakarta (Gambir), Surabaya dan Semarang setiap harinya untuk kelas bisnes dan eksekutif dan Stesen Kiaracondong untuk kelas ekonomi.
Jambatan Pasupati menghubungkan bahagian utara dan timur Bandung melewati lembah Cikapundung. Panjangnya 2.8 kilometer dan lebarnya 30-60 meter. Pada 25 Jun 2005, jambatan ini rasmi dibuka. Jambatan ini akan menjadi mercu tanda Kota Bandung yang baru.
Jalan tol Padaleunyi menghubungkan Padalarang, Cimahi, sebelah selatan Bandung dan Cileunyi. Jalan tol yang menghubungkan Padalarang dan Purwakarta (Cipularang) sudah dibangun, dan memendekkan perjalanan antara Bandung dengan Jakarta. Dengan adanya jalan raya ini, waktu yang diambil untuk perjalanan antara Jakarta - Bandung hanya 2.5 jam.
Pembinaan jalan tol Cileunyi-Sumedang juga sedang dipertimbangkan.
Lain-lain
Media
Akhbar yang diterbitkan di Kota Bandung termasuk Pikiran Rakyat, Mizan, Tribun Jabar, dan Radar Priangan, antara lain, manakala stesen televisyen tempatan termasuk Bandung TV, CT Channel, PJTV dan MQ TV.
Muzik
Bandung banyak melahirkan penyanyi dan kumpulan muzik yang besar di Indonesia. Sebilangan kumpulan muzik utama yang dibentuk di Bandung termasuk Peterpan, The Titans, SM*SH, Mocca, Coklat, GIGI, ST12, dan lain-lain. Penyanyi kelahiran Bandung antara lain termasuk Ruth Sahanaya, Inka Christie, Melly Goeslaw, Trie Utami Doel Sumbang, dan lain-lain.
Pendidikan tinggi
Banyak universiti Indonesia yang utama terletak di Bandung. Institut Teknologi Bandung (ITB) didirikan oleh kerajaan jajahan Belanda pada masa peralihan abad ke-20, dan terkenal sebagai alma mater Sukarno, presiden pertama Indonesia.
Kelab olahraga
- Persib Bandung (sepak bola)
- Bandung Raya (sepak bola)
- Panasia Garuda (bola keranjang)
Orang yang terkenal
- Doel Sumbang (lahir 1963), penyanyi, penulis lagu, dan pelakon lelaki Indonesia.
- Inka Christie (lahir 1973), penyanyi dan pelakon wanita Indonesia.
- Melly Goeslaw (lahir 1974), penyanyi, penulis lirik, penulis lagu, pelakon, dan komposer wanita Indonesia.
- Merry Andani (lahir 1969), penyanyi dangdut dan pelakon wanita Indonesia.
- Nike Ardilla (1975–1995), pelakon, model, dan penyanyi wanita Indonesia.
- Poppy Mercury (1972–1995), penyanyi dan pelakon wanita Indonesia.
- Ruth Sahanaya (lahir 1966), penyanyi dan pelakon wanita Indonesia.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Dinas Pendidikan Jawa Barat".
- ^ "Tentang Kota Bandung". bandung.go.id.
- ^ Badan Pusat Statistik, Jakarta, 28 Februari 2024, Kota Bandung Dalam Angka 2024 (Katalog-BPS 1102001.3273)
- ^ "Demographia World Urban Areas, 18th Annual Edition" (PDF). Julai 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
- ^ "PU-net". perkotaan.bpiw.pu.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
- ^ Badan Pusat Statistika Provinsi Jabar. "KARAKTERISTIK PENDUDUK JAWA BARAT HASIL SENSUS PENDUDUK 2000". bps.jabar.go.id. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Januari 2023. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
- ^ Statistics Indonesia. "Population by Religion in Bandung Municipality, 2019". bandungkota.bps.go.id. Dicapai pada 21 Ogos 2025.
- ^ Badan Pusat Statistik Jawa Barat (2024). "Provinsi Jawa Barat Dalam Angka 2024". jabar.bps.go.id. Bandung: Badan Pusat Statistik.
Pautan luar
- (Indonesia) Laman web rasmi
- (Indonesia) Laman web SundaNet
- (Indonesia) Laman web Bandaraya Bandung – karya Guntur Gantara
- (Inggeris) Laman web Guest House - Villa - Motel in Bandung
- (Indonesia) Forum Alumni SMAN 3 Bandung Diarkibkan 2007-01-07 di Wayback Machine
- (Inggeris) Laman web VisitBandung.net
- (Inggeris) Laman web Destinasi Pelancong Bandung
- (Inggeris) Laman web Bandungraya – gambar foto Bandung setiap hari
- (Indonesia) Laman web Kencanaonline – keluaran-keluaran Bandung yang kreatif