Kambathu Ponnu | |
---|---|
Genre |
|
Pengarah | Saran Z |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Kambathu Ponnu Theme Song |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Tamil |
Bilangan episod | 25 |
Penerbitan | |
Penerbit | Kasturi Krusamy |
Tempoh siaran | 30 minit |
Syarikat penerbitan | Genieworkz Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Vinmeen HD |
Format gambar | |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 14 April 2025 – 14 Mei 2025 |
Status | Tamat Siaran |
Kronologi | |
Mengikuti | Kavitha Savitha |
Diikuti oleh | House Kanavan |
Kambathu Ponnu ialah sebuah siri televisyen drama bahasa Tamil dari Malaysia arahan Saran Z.Siri drama ini memulakan tayangan perdana di slot Vinmeen Exclusive Astro Vinmeen HD pada 14 April 2025 semperna Tahun Baru Tamil.[1].Ia dibintangi oleh Jayshree Vijayan dalam peranan utama bersama Jayshree Vijayan, James Devan Arokisamy, Pavetraa Reddy, Kajenthiran dan Shamini Shradha.
Siri ini juga boleh didapati di Astro on Demand, Sokka dan Astro GO.
Sinopsis
Kambathu Ponnu mengisahkan Janu, seorang gadis kampung yang hidup dalam kemiskinan, namun tiba-tiba mendapati dirinya memasuki dunia kemewahan dan status sosial tinggi. Dalam pengembaraannya menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu, dia menyedari bahawa kekayaan yang baru diperoleh datang dengan pelbagai cabaran, termasuk konflik dalaman, tekanan keluarga, dan kesukaran mengekalkan jati diri.
Barisan pelakon
- Jayshree Vijayan sebagai Janu (watak utama)
- James Devan Arokisamy
- Pavetraa Reddy
- Kajenthiran
- Shamini Shradha
- Pavitra Nair
- Suren Raj
- Malini