Kamilia Afiqah | |
---|---|
كاميليا أفيقه | |
Kelahiran | Nurul Kamilia Afiqah binti Mohd Kamaruzaman 8 Julai 1998 |
Nama lain | Keymi |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UiTM) |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2022–kini |
Majikan |
|
Pasangan | Khairul Hazwan bin Husin (k. 2023) |
Anak-anak | 1 |
Nurul Kamilia Afiqah Mohd Kamaruzaman (Jawi: نورول كاميليا أفيقه محمد قمر الزمان; lahir 8 Julai 1998) merupakan seorang penyampai radio wanita Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio Molek FM (2022) dan Hot FM (2023-kini).
Kerjaya
Keymi memulakan kerjaya sebagai penyampai radio setelah terpilih menjadi pemenang pertandingan Cek Mek Molek anjuran stesen radio Molek FM. Keymi berjaya membawa pulang kontrak bersama Molek FM bernilai lebih RM30,000. [1]
Setelah setahun bersama Molek FM dalam segmen Molek 10-3 khidmatnya diteruskan lagi di Hot FM dalam segmen FYP@Hot.
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/ Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2025 | Anugerah Melodi Terhangat 2025 | Anugerah Pilihan X50 Superstar | dirinya sendiri | Menang |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
27 Mac - 29 Disember 2022 | Molek 10-3 | Molek FM |
2 Januari 2023 - kini | FYP@Hot & Carta Muzik Muzik Hot FM | Hot FM |
Rujukan
- ^ [1]Harian Metro (29 Mac 2022). Dicapai pada 21 Mei 2023.