Karuppiah Perumal | |
---|---|
Pengarah | BenG |
Lakon layar | Beng |
Dihasilkan oleh | V. Sheela Pravina |
Dibintangi |
|
Sinematografi | SK Nagen |
Muzik oleh | Shameshsan wavebox |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Tamil |
Karuppiah Perumal ialah filem Komedi aksi Malaysia bahasa Tamil tahun 2025 dari Malaysia.Filem ini diarahkan dan ditulis oleh BenG[1]. Filem ini dibintangi oleh Aghonderan Sahadevan, Sasitharan, Hemaji dan K Rajoo. [2].
Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 27 Februari 2025 dan menerima ulasan negatif kerana jenaka yang tidak bermutu serta jalan cerita yang lemah.Filem ini juga gagal kerana terpaksa bersaing dengan filem blockbuster lain yang ditayangkan pada masa yang sama, seperti filem Dragon. Selain itu, filem ini tidak berjaya meraih persepsi positif daripada penonton, berbeza dengan dua filem Tamil Malaysia lain yang dikeluarkan pada tahun yang sama, Tamil School Pasanga dan Simple Manusan, yang mendapat sambutan positif.
Plot
Empat sahabat, yang bergelut dengan kelemahan mereka sendiri, melarikan diri dari kampung halaman selepas dieksploitasi. Menghadapi kesukaran di kota, mereka terpaksa mencuri walaupun sedar ia salah. Sementara itu, pihak lain mencari sebutir berlian berharga. Satu pecah masuk yang ditakdirkan membawa mereka kepada berlian tersebut.