Negara | ![]() |
---|---|
Konfederasi | ![]() |
Ditubuhkan |
|
Bilangan pasukan | 20 |
Kelayakan ke | Liga Super |
Disingkirkan ke | Liga Nusantara |
Tahap | Tahap 2 |
Piala domestik | Piala Indonesia |
Juara semasa | PSIM (2024-25) |
Kejuaraan terbanyak | Persebaya Persik Kediri Persis PSBS PSIM PSS (1 juara setiap satu) |
Rakan TV | Indosiar |
![]() |
Kejohanan (dikenali secara rasmi sebagai Pegadaian Championship atas sebab penajaan) merupakan liga bola sepak tahap kedua di Indonesia. Ditandingi oleh 20 pasukan, liga ini beroperasi menggunakan sistem penaikan dan penyingkiran bersama dengan Liga Super dan Liga Nusantara.
Sejarah
Nama Liga
Rentang masa | Nama |
---|---|
2017 - 2025 | Liga 2 |
2025 - kini | Kejohanan |
Penajaan Liga
Rentang masa | Penaja | Penjenamaan Liga |
---|---|---|
2017 - 2022 | Tiada penaja | Liga 2 |
2023 - 2025 | Pegadaian | Pegadaian Liga 2 |
2025 - kini | Pegadaian Championship |
Format kejohanan
Pertandingan
Bermula Kejohanan musim 2025-26, 20 pasukan dibahagikan kepada 2 zon iaitu Barat dan Timur yang mana setiap pasukan akan bermain 3 pusingan (27 perlawanan). Dua pusingan yang pertama dimainkan berdasarkan format tuan rumah dan pelawat manakala pusingan ketiga akan menentukan status kedua-dua pasukan dalam setiap perlawanan, sama ada mereka akan bertindak sebagai tuan rumah atau pasukan tempat lawan.[1]
Setiap pasukan menerima 3 mata untuk kemenangan dan 1 mata untuk seri. Semua pasukan disusun kedudukan menurut jumlah mata, dan perbezaan jaringan gol untuk memisahkan pasukan-pasukan yang memperolehi mata yang sama.
Pasukan
Jumlah pasukan
Jumlah pasukan di Kejohanan juga sering berubah-ubah. Pada musim sulung liga, 40 pasukan telah diturunkan ke divisyen ketiga untuk menyelaraskan bilangan pasukan yang bersaing di bahagian tersebut untuk musim-musim hadapan.
Ini adalah jumlah tertinggi dalam sejarah dan jadual di bawah adalah jumlah penyertaan pasukan ke Kejohanan di Indonesia sejak musim 2017.
Rentang masa | Jumlah pasukan |
---|---|
2017 | 55 pasukan |
2018 - 2022 | 24 pasukan |
2022 - 2024 | 28 pasukan |
2024 - 2025 | 26 pasukan |
2025 - kini | 20 pasukan |
Senarai kelayakan dan penyingkiran
Semenjak diasaskan pada 2017, terdapat tiga pasukan yang layak ke Liga Super dan jumlah pasukan yang diturunkan ke Liga Nusantara berbeza-beza setiap musim.
Kelayakan
Musim | Juara | Naib Juara | Tempat Ketiga |
---|---|---|---|
2017 | Persebaya Surabaya | PSMS Medan | PSIS Semarang |
2018 | PSS Sleman | Semen Padang | Kalteng Putra |
2019 | Persik Kediri | Persita Tangerang | Persiraja Banda Aceh |
2020 | dibatalkan kerana Pandemik COVID-19 di Indonesia | ||
2021-22 | Persis Solo | RANS Nusantara | Dewa United |
2022-23 | dibatalkan kerana tragedi di Stadium Kanjuruhan | ||
2023-24 | PSBS Biak Numfor | Semen Padang | Malut United |
2024-25 | PSIM Yogyakarta | Bhayangkara Presisi | Persijap Jepara |
2025-26 |
Penyingkiran
Sistem dua zon tanpa perlawanan play-off penyingkiran
Musim | Barat | Timur |
---|---|---|
2018 | Persika Karawang | Gresik United |
PSIR Rembang | Semeru FC Lumajang | |
Persik Kendal | Persiwa Wamena | |
2019 | PSGC Ciamis | Madura FC Sumenep |
Persibat Batang | Persatu Tuban | |
Bandung United[a] | PS Mojokerto Putra[b] | |
2020 | dibatalkan kerana Pandemik COVID-19 di Indonesia |
Sistem kumpulan
Musim | Kumpulan A | Kumpulan B | Kumpulan C | Kumpulan D |
---|---|---|---|---|
2021-22 | Tiga Naga Pekanbaru | Badak Lampung | Hizbul Wathan | Mitra Kukar |
2022-23 | dibatalkan kerana tragedi di Stadium Kanjuruhan | |||
2023-24 | Perserang Serang | PSDS Deli Serdang | Sulut United | PSCS Cilacap |
Sada Sumut | Persikab Bandung | Persiba Balikpapan | Kalteng Putra | |
2024-25 | Nusantara United | Dejan FC Depok | Persibo Bojonegoro[c] | Persipa Pati |
Persikota Tangerang | Persikabo 1973 | Gresik United | RANS Nusantara | |
— | — | Persewar Waropen | — |
Sistem dua zon dengan perlawanan play-off penyingkiran
Musim | Barat | Timur | Pasukan ketiga |
---|---|---|---|
2025-26 |
- ^ Kelab simpanan pasukan Liga Super, Persib Bandung.[2]
- ^ Menerima sekatan hilang kelayakan.
- ^ Pasukan yang tewas dalam perlawanan play-off penyingkiran.
Rujukan
- ^ Rahmanda, Taufani (4 Mac 2025). "Format Liga 2 2025-2026, Setiap Tim Bertemu Tiga Kali". SKOR Indonesia (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 10 Julai 2025.
- ^ "Persib B, Hasil Akuisisi PT PBB dari Blitar United". KOMPAS (dalam bahasa Indonesia). 10 Jun 2019. Dicapai pada 10 Julai 2025.