Keluarga Itu ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan. Ia dibintangi oleh Rosyam Nor, Umie Aida, Izara Aishah, Amir Ahnaf, Puteri Balqis, Fattah Amin, Melissa Campbell, Duerra Mitilda dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary, TV3 pada 28 Februari hingga 9 Mei 2025 menggantikan Cikgu Diva. Ia merupakan siri ketiga dalam francais Itu karya Erma Fatima, selepas Perempuan Itu dan Lelaki Itu.
Keluarga Itu | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Eirma Fatima |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Tangisan Seorang Pendosa" - Marsha Milan |
Lagu penutup | "Tangisan Seorang Pendosa" - Marsha Milan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 28 Februari 2025 – 9 Mei 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cikgu Diva |
Diikuti oleh | Aku Bukan Ustazah 2 |
Rancangan berkaitan |
Sinopsis
Kehidupan keluarga Iman (Rosyam Nor) dan Chempaka (Umie Aida) dipenuhi dengan konflik dan perjuangan yang menguji kekuatan mereka. Iman, seorang tokoh Tahfiz yang dihormati, mempunyai empat anak Ansara (Fattah Amin), Anwari (Muaz Zabir), Dhamiah (Puteri Balqis), dan Dhini (Duerra Miltilda). Namun, meskipun Iman terkenal dengan sifat dermawan dan keteguhan imannya, ada rahsia yang tersembunyi di dalam keluarganya.
Pelakon
Pelakon utama
- Amir Ahnaf sebagai Aman
- Puteri Balqis sebagai Dhamiah
- Rosyam Nor sebagai Iman Khalid
- Umie Aida sebagai Chempaka
- Izara Aishah sebagai Husna
- Duerra Mitilda sebagai Dhini
- Muaz Zabir sebagai Anwari
- Fattah Amin sebagai Ansara
- Melissa Campbell sebagai Camelia
- Adrea Abdullah sebagai Ustazah Fatimah
- Ady Mohammad sebagai Boy
- Nessa Maureen sebagai Farhana
- Marsila Hassan sebagai Kina
Pelakon tambahan
Pautan luar
TV3: Slot Lestary, Jumaat—Ahad, 9:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Keluarga Itu | Berikutnya |
Cikgu Diva | Aku Bukan Ustazah 2 |
Lihat juga
- Perempuan Itu (2023)
- Lelaki Itu (2024)