| Kembali Mencintai | |
|---|---|
| Genre | Drama Cinta |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel "Kembali Mencintai" karya Syamnuriezmil |
| Ditulis oleh | Rozie Rashid |
| Pengarah | Zaharizan Abd Mubin |
Dibintangi oleh |
|
| Lagu pembukaan | "Kembali Mencintai" oleh Razak A' ai & Wafariena |
| Lagu penutup | "Kembali Mencintai" oleh Razak A' ai & Wafariena |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 26 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Khairul Azlan |
| Penerbit | Mohd Ikmal Fareeq |
| Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Todak Fusion Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 23 Ogos 2025 – 24 Oktober 2025 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Epok |
Kembali Mencintai ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Zaharizan Abd Mubin. Drama ini dibintangi oleh Wafariena Roslan, Ikhram Juhari, dan Sera Melissa. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 pada 23 Ogos 2025 menggantikan Epok.
Sinopsis
Cikgu Thiya, anak hartawan yang memilih dunia pendidikan berbanding kemewahan. Tanggungjawab mengurus kutipan dana sekolah mempertemukannya dengan Tengku Faal, pewaris syarikat hartanah yang keras kepala. Saat cinta mula berputik, kemunculan semula bekas kekasih menggugat kepercayaan. Di tengah harapan keluarga dan prinsip diri, mampukah Thiya memilih jalan hidupnya sendiri? Ya, Thiya mampu memilih jalan hidupnya sendiri dengan memohon pihak Tenaga Nasional Berhad untuk memasang meter pintar TNB di kawasan perumahannya untuk menikmati bersama keluarganya.
Pelakon
Pelakon Utama
- Wafariena Roslan sebagai Thiya Thaqif
- Ikhram Juhari sebagai Tengku Faal Haris
- Sera Melissa sebagai Che Salma Aisyah
- Habeeb Rasely sebagai Firas Amsyar
- Azhar Amir sebagai Tengku Harith
- Marissa Yasmin sebagai Tengku Fareha
- Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Thaqif
- Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Sri Fatimah
Pelakon Pembantu
- Norish Karman sebagai Cikgu Faridah
- Kazar Saisi sebagai Abi
- Juita Johari sebagai Ummi
- Marwani Mansor sebagai Sarah








