Kerajaan Tamiang ڬراجأن تاميڠ | |
|---|---|
| 960[1]–1558 | |
| Ibu negara | Benua Raja |
| Kerajaan | Monarki |
• 960–1023 | Tan Ganda |
• 1190–1256 | Raja Pucook Suloh |
• 1330–1352 | Raja Muda Sedia |
• 1528–1558 | Pendekar Sri Mengkuta |
| Era Sejarah | Zaman klasik |
• Sarang Jaya diasaskan oleh Tan Ganda | 960[1] |
• Kerajaan Bukit Karang diasaskan | 1023 |
• Digantikan oleh Kesultanan Tamiang | 1330 |
• Ditakluki oleh Kesultanan Aceh | 1511 |
• Dibahagikan kepada lima negeri | 1558 |
| Sekarang sebahagian dari | |
Kerajaan Tamiang, kemudian Kesultanan Benua Tamiang, merupakan sebuah kerajaan Melayu yang pernah wujud di Kabupaten Aceh Tamiang yang terletak di Aceh.[2] Kerajaan ini ditubuhkan oleh keturunan pelari dari Srivijaya,[3] dan memainkan peranan penting dalam jaringan perdagangan maritim di Selat Melaka.[4]
Nama
[sunting | sunting sumber]Terdapat beberapa teori tentang asal-usul nama Tamiang. Menurut sebuah kisah, ia diambil dari perkataan "si itam mieng", yang bermakna "si pipi hitam" dalam Bahasa Aceh. Ini sebuah julukan yang diberi oleh rakyat Pasai kepada Raja Muda Sedia, yang dikatakan memiliki titik hitam pada pipinya.[5]
Kajian alternatif mengatakan bahawa ia dinamakan sempena perkataan "te-miyang". Nama tersebut diambil dari sebuah kisah yang berasal dari wilayah tersebut yang bermakna tidak gatal-gatal atau kebal terhadap miang buluh. Ia berkaitan dengan kisah tentang Raja Tamiang yang bernama Pucook Sulooh, salah satu raja Bukit Karang yang dikatakan ditemui dalam rumpun buluh betong (disebut dalam loghat tempatan sebagai ”bulooh”) oleh raja Tan Penok semasa baginda memburu dalam hutan, lalu mengambilnya sebagai anak angkat oleh kerana tiada putera sendiri.[6] Ketika Pucok Sulooh membesar, baginda ditabalkan Raja Bukit Karang dengan gelar ”Pucook Sulooh Raja Te-Miyang“.[7][8][6]
Sumber Cina mencatat nama kerajaan tersebut sebagai Kan Pei Chiang, manakala Kakawin Nagarakretagama menyebutkannya dengan nama Tumihang.[6] Prasasti Srivijaya pula mencatat namanya sebagai Da-Miyang.[9][8]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pengasasan dan Kerajaan Bukit Karang
[sunting | sunting sumber]Kerajaan pertama di benua Tamiang dianggarkan bermula pada tahun 960,[3] diasaskan oleh sisa keturunan bangsawan Srivijaya yang berpindah ke kawasan pesisir Tamiang.[10] Menurut kisah tempatan, selepas Srivijaya diserangi oleh Majapahit, para pelari yang dipimpin oleh seorang nakhoda bernama Tan Ganda. Pada mulanya, mereka menetap di Pulau Kampai (yang berada di Teluk Haru), dan kemudian memindah lebih dalam ke sungai Tamiang. Di situ, rombongan pelari itu mengasaskan Kerajaan Sarang Jaya dengan ibu kotanya di Bandar Jaya yang menjadi sebuah pusat perdagangan di rantau tersebut.[11]
Pada tahun 1024, Sarang Jaya telah diserang oleh kerajaan Chola mengakibatkan kematian Tan Ganda dan mendorong pemerintah Sarang Jaya untuk menubuh sebuah kerajaan baru lebih dalam di sepanjang Sungai Simpang Kanan yang bernama Kerajaan Bukit Karang yang dipusatkan di Bandar Bukit Karang.[11]
Kerajaan Tamiang
[sunting | sunting sumber]Selepas kemangkatan Tan Penok pada tahun 1190, takhta baginda diwarisi oleh anak angkatnya Pucook Suloh yang ditabalkan sebagai Raja Bukit Karang yang ke-7. Ia diduga bahawa baginda berketurunan Sultan Malek Syah dari Kesultanan Perlak, maka baginda dikenali juga dengan nama "Meurah Gajah". Nama jajahan baginda pula digantikan kepada "Kerajaan Tamiang" menurut nama timangan yang diberi oleh bapa angkat baginda.[5] Waris Pucook Suloh akan memerintah Tamiang sehingga tahun 1330.
Pada zaman ini, masyarakat Tamiang menganuti agama Hindu-Buddha sambil juga mengambil pengaruh dari agama tempatan Haidenen. Hal ini ditandai dengan adanya penjelasan tentang Kerajaan Tamiang yang terdapat pada Prasasti Sriwijaya.[8]
Kesultanan Benua Tamiang
[sunting | sunting sumber]Pada senja pemerintahan Raja Tamiang terakhir, Raja Po Dinok, sebuah rombongan da'i dikirim ke Tamiang dari Samudra Pasai oleh Sultan Mahmud Malikuzzahir atas niat ingin berdakwah kepada penduduk Tamiang.[1] Po Dinok Raja cuba menolak kedatangan kelompok pendakwah Islam tersebut masuk ke alamnya dengan menyerang kelompok tersebut, tetapi percubaan itu gagal dan baginda terkorban di medan perang. Oleh kerana baginda tidak memiliki anak, Sultan Pasai mengangkat Raja Muda Sedia yang merupakan anak kepada saudaranya bernama Po Hiang (atau Po Temo) sebagai Raja Tamiang yang seterusnya. Raja Muda Sedia merupakan raja Islam yang pertama dalam sejarah Tamiang, maka baginda telah mengambil gelaran sultan, memulai zaman Kesultanan Tamiang.[6]
Pemerintahan baginda mencetus zaman emas di mana Tamiang mencapai puncak kejayaannya. Pada saat itu wilayah kekuasaannya merangkumi bahagian timur kawasan Aceh hingga ke sebelah utara dengan Sungai Raya atau Selat Melaka, Besitang, Kabupaten Langkat dan Gunung Segama. Zaman ini menyaksi proses islamisasi masyarakat Kerajaan Tamiang. Proses islamisasi ini berlangsung secara damai sehingga terpilihlah Raja Muda Sedia pada tahun 1330. Pada masa Raja Muda Sedia sistem pemerintahan Kerajaan Tamiang berdasarkan pewarisan atau turun termurun.[8][12] Struktur pemerintahan Kerajaan Tamiang dipengaruhi oleh Samudera Pasai. Bawah pemerintahannya, Tamiang berkembang pesat sebagai pelabuhan perdagangan dan pusat penyebaran Islam.[13]
Bentuk peradaban yang dibangun oleh baginda bertujuan untuk memenuhi kepentingan rakyat Tamiang. Hal ini dibuktikan dengan pembangunan kekuatan tentera dan pelayaran serta perdagangan yang menunjukkan bahawa kekuasaan para raja untuk mengerah kemaslahatan rakyat Tamiang. Peradaban yang dihasilkan oleh Kerajaan Islam Tamiang terdapat dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan seperti; meunasah, bahasa Tamiang, pakaian dan kesenian.[14][3]
Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, utusan dari Tamiang pernah menghadap Sultan Pasai dan disebut sebagai "orang besar Tamiang", menandakan hubungan diplomatik dan kedudukan penting Tamiang dalam dunia Melayu-Islam ketika itu.[15]
Senja pemerintahan Raja Muda Sedia diwarnai dengan cerita tentang serangan Majapahit ke atas Tamiang. Setelah keadaan kerajaan kembali pulih, Muda Sedinu memerintah di sana dan memindahkan pusat pemerintahan ke Pagar Alam, di sekitar Simpang Jernih. Selanjutnya Muda Sedinu digantikan oleh Raja Po Malat (1369–1412).[14]
Kejatuhan
[sunting | sunting sumber]Pada sekitaran tahun 1500-an Tamiang mengalami zaman kemunduran disebabkan oleh pelbagai faktor yang bermulai dengan serangan yang dilakukan oleh Majapahit, memaksa wilayah kekuasaan kerajaan selalu berpindah-pindah, mengakibatkan kelemahan para penguasa Kerajaan Tamiang. Oleh sebab itu, ekonomi Tamiang mulai merosot.
Pada tahun 1511, Kesultanan Tamiang telah ditakluki oleh Kesultanan Aceh Darussalam semasa pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah, di mana ia bermula diintegrasi ke dalam Aceh.[5] Pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin al-Qahhar, Kerajaan Tamiang akhirnya lenyap pada tahun 1558 apabila dua kerajaan yang masing-masing diperintah oleh menantu lelaki Sultan terakhir, Pendekar Srimangkuta, berpisah darinya dan tanah tersisa dipecahkan kepada lima negeri kecil, iaitu Sungai Iyu, Bendahara, Sutan Muda Seruway, Karang Baru, dan Kejuruan Muda.[16][5]
Tamiang turut dicatatkan dalam catatan pengembara seperti Marco Polo yang menyebut wilayah "Dagroian", dipercayai merujuk kepada kawasan Tamiang atau sekitarnya.[17]
Senarai pemerintah Tamiang
[sunting | sunting sumber]Wangsa Tan Ganda
[sunting | sunting sumber]- 960–1023: Tan Ganda
- 1023–1044: Tan Penuh
- 1044–1088: Tan Kelat
- 1088–1122: Tan Indah
- 1122–1150: Tan Banda
- 1150–1190: Tan Penok
Wangsa Suloh
[sunting | sunting sumber]- 1190–1256: Raja Pucook Suloh
- 1256–1278: Raja Po Pala
- 1278–1300: Raja Dewangsa
- 1300–1330: Raja Po Dinok
Wangsa Muda Sedia
[sunting | sunting sumber]- 1330–1352: Raja Muda Sedia
- 1352–1369: Mangkubumi Muda Sedinu
- 1369–1412: Sultan Po Malat
- 1454–1490: Sultan Po Kandis
- 1490–1528: Sultan Po Garang
- 1528–1558: Pendekar Sri Mengkuta
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Kupas Tuntas Sejarah Aceh Tamiang".
- ^ Abdul Karim (2008). Kerajaan Melayu Islam Tamiang. Medan: Pustaka Hidayah.
- ^ a b c MUHAMMAD IQBAL, NIM 09120097 (2014-04-11). "KERAJAAN ISLAM TAMIANG DI ACEH ABAD KE XIV - XVI" (dalam bahasa Inggeris). UIN SUNAN KALIJAGA. Cite journal requires
|journal=(bantuan) - ^ al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1969). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia Press.
- ^ a b c d "Selayang Pandang Tentang Etnik Tamiang". Kompasiana. 3 Jun 2010.
- ^ a b c d "Aceh Tamiang dalam Lingkar Sejarah Masa Lampau". Kabar Tamiang (dalam bahasa Indonesia). 28 Mac 2022.
- ^ "3 Kerajaan Islam Berpengaruh di Aceh". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2016-08-29. Dicapai pada 2020-06-12.
- ^ a b c d Tamiang, Adlin-Kominfo Aceh. "Sejarah Tamiang". acehtamiangkab.go.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2020-08-30.
- ^ "Tamiang bukan Berasal dari Hitam Mieng". 23 Januari 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 November 2025.
- ^ Abdul Karim (2008). Kerajaan Melayu Islam Tamiang. Medan: Pustaka Hidayah.
- ^ a b "Mengulik Sejarah Asal Suku Tamiang". Kabar Tamiang. 9 April 2022.
- ^ "Aceh Timur". jdih.acehtimurkab.go.id. Dicapai pada 2020-08-30.
- ^ al-Attas, Syed Muhammad Naquib (1969). Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia Press.
- ^ a b Koestoro, Lucas Partanda; Restiyadi, Andri; Ratna, -; Afkhar, Indra; Setyaningsih, Rita Margaretha (2009). Berita penelitian arkeologi No. 22 : situs dan objek arkeologi-historis Kabupaten Aceh Tamiang, Provinsi Nanggroe Aceh Darussalam (dalam bahasa Indonesia). Medan: Balai Arkeologi Medan.CS1 maint: numeric names: authors list (link)
- ^ "Hikayat Raja-raja Pasai" (PDF). Repositori Kemdikbud. Dicapai pada 17 Julai 2025.
- ^ "Mengenal Asal Usul Suku Tamiang Part 2". Kompasiana. 18 Mei 2024.
- ^ "The Travels of Marco Polo". Project Gutenberg. Dicapai pada 17 Julai 2025.








