| Ketumbukan Udara Ke-2 | |
|---|---|
| Aktif | 1942–1955 |
| Negara | Kesatuan Soviet |
| Cawangan | Tentera Udara Soviet |
| Jenis | Ketumbukan Udara |
| Saiz | 2,004 pesawat (April 1945) |
| Pertempuran | |
| Komander | |
| Komander terkenal | Stepan Krasovsky |
Ketumbukan Udara Ke-2 (Rusia: 2-я воздушная армия (2 ВА); 2 VA) ialah sebuah ketumbukan udara dalam Tentera Udara Merah (Tentera Udara Soviet) semasa Perang Dunia Kedua.
Ditubuhkan pada Mei 1942, ketumbukan ini berjuang dalam Pertempuran Stalingrad dan merupakan salah satu formasi udara utama Soviet dalam Pertempuran Kursk dan Pertempuran Dnieper. Sepanjang dua tahun terakhir perang, ketumbukan ini memberikan sokongan udara kepada pasukan Soviet di bawah Barisan Pertama Ukraine, termasuk dalam Penyerangan Lvov-Sandomierz, Penyerangan Berlin, dan Penyerangan Prague.
Selepas tamat perang, ketumbukan ini ditempatkan di Austria dan Hungary sebagai sebahagian daripada angkatan pendudukan Soviet. Ia dinamakan semula pada tahun 1949 sebagai Ketumbukan Udara Ke-59, dan kemudiannya dibubarkan pada tahun 1955 apabila tentera Soviet berundur dari Austria.
Para panglima
Ketumbukan ini diperintah oleh:[1][2][3]
- 05/05/1942 – Mejar Jeneral Udara Stepan Krasovsky
- 05/07/1942 – Konstantin Smirnov, Kolonel, (Mejar Jeneral Udara dari 17 Oktober 1942);
- 03/27/1943 – Mei 1947 – Stepan Krasovsky, (Krasovsky telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral Udara dengan bermula dari 20 Disember 1942 dan Kolonel Jeneral Udara dari 4 Februari 1944);
- September 1947 - Kolonel Jeneral Stepan Ulyanovich Rubanov
- Julai 1950 - Kolonel Jeneral Vasily Nikolaevich Bibikov
- Julai 1953 - Kolonel Jeneral Georgy Vasilevich Zimin
- Mei 1954 - Kolonel Jeneral David Yakovlevich Slobozhan
Rujukan
Petikan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamavictory1 - ^ "Вооруженные силы России". www.soldat.ru. Dicapai pada May 19, 2020.
- ^ "ВОЕННАЯ ЛИТЕРАТУРА --[ Военная история ]-- Кожевников М.Н. Командование и штаб ВВС Советской Армии в Великой Отечественной войне 1941-1945 г г." militera.lib.ru. Dicapai pada May 19, 2020.
Bibliografi
- Bonn, Keith E.; David Glantz; dll. (2005). Slaughterhouse: The Handbook of the Eastern Front. Bedford, Pennsylvania: Aberjona Press. ISBN 0-9717650-9-X.
- Gorbach, Vitaly (2007). Над Огненной Дугой. Советская авиация в Курской битве (dalam bahasa Rusia). Yauza/Eksmo. ISBN 978-5-699-20867-8.
- Gurkin, V.V.; dll. (1988). Боевой состав Советской армии: Часть IV (Январь — декабрь 1944 г.) [Combat Composition of the Soviet Army, Part IV (January–December 1944)] (PDF) (dalam bahasa Rusia). Moscow: Voenizdat.
- Hardesty, Von; Grinberg, Ilya (2012). Red Phoenix Rising: The Soviet Air Force in World War II (ed. 2nd). University Press of Kansas. ISBN 978-0-7006-1828-6.








