Khadijeh Saqafi | |
---|---|
خدیجه ثقفی | |
Fail:Khadijeh Saqafi.jpg Saqafi in 1987 | |
Kelahiran | 1915/1916 |
Meninggal dunia | Templat:Death date and given age[1][2] Tehran, Iran |
Tempat ditanam | Mausoleum of Ruhollah Khomeini |
Pasangan | Ruhollah Khomeini (died 1989) |
Anak-anak | 7, including Mostafa, Zahra, Farideh, and Ahmad |
Khadijeh Saqafi (Parsi: Parsi: خدیجه ثقفی; 1915/1916 (umur 109–110) – 21 Mac 2009) merupakan seorang revolusioner Iran dan isteri kepada Ruhollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran dan ketua Revolusi Iran. Di Iran, beliau dikenali sebagai "ibu revolusi Islam".[1]
Kehidupan awal
Saqafi dilahirkan pada 1915/1916 (umur 109–110) di Tehran. Beliau juga merupakan anak perempuan Haji Mirza Mohammad Thaqafi-e Tehrani, seorang ulama dan saudagar yang dihormati. [3]
Perkahwinan dan kehidupan berikutnya
Saqafi menjadi isteri Ruhollah Khomeini yang berusia 29 tahun pada tahun 1929[3][4] atau 1931.[2] Mereka mempunyai tujuh anak bersama-sama, tetapi hanya lima sahaja yang dapat meningkat usia dari zaman kanak-kanak mereka.[4] Keluarga itu menetap di Qom sehingga Khomeini dibuang negeri pada tahun 1964.[5] Anak lelaki mereka Mostafa meninggal dunia di Iraq pada tahun 1977 semasa dalam buangan, manakala anak lelaki kedua mereka Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 1995.[2]
Sepanjang perkahwinan mereka, Saqafi mengelakkan diri untuk menjadi perhatian umum, walaupun dia digambarkan sebagai penyokong kuat penentangan suaminya terhadap Shah, Mohammad Reza Pahlavi.[2] Akbar Hashemi Rafsanjani, bekas Presiden Iran, memanggil Saqafi sebagai penyokong suaminya yang "paling dekat dan paling sabar".[2]
Kematian
Saqafi meninggal dunia di Tehran pada 21 Mac 2009 ketika usia 93 tahun, berikutan sakit yang berpanjangan.[1][2] Beribu-ribu menghadiri pengebumiannya ketika itu di Universiti Tehran, termasuklah Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei serta Presiden Mahmoud Ahmadinejad.[2] Saqafi telah dikebumikan di sebelah suami dan anaknya di sebuah makam di Behesht-e Zahra.[1][2]
Rujukan
- ^ a b c d "Iranians mourn Khomeini's widow". BBC News. 22 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 March 2009.
- ^ a b c d e f g h "Khadijeh Saqafi, Khomeini's Wife, Is Dead at 93". The New York Times. 23 March 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 November 2023.
- ^ a b Dabashi, Hamid (1993). Theology of Discontent: The Ideological Foundations of the Islamic Revolution in Iran (PDF). New York: New York University Press. m/s. 410. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 April 2015.
- ^ a b "Marital life". Imam-khomeini.ir. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 August 2012.
- ^ Azizi, Arash (4 June 2019). "Three decades after Khomeini's death, his clan rules from the sidelines". Atlantic Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 June 2019.
Pautan luar
Media berkenaan Khadijeh Saqafi di Wikimedia Commons