Sebahagian daripada siri tentang |
Kristian |
---|
![]() |
![]() |
Khutbah atau homili (daripada bahasa Yunani ὁμιλία, homilía) ialah penerangan atau ulasan selepas pembacaan kitab suci,[1] memberikan "penjelasan umum tentang doktrin suci" atau teks. Karya-karya Origen[2] dan John Chrysostom (dikenali sebagai Homili Paskah)[3] dianggap contoh terbaik khutbah Kristian.[4]
Khutbah diberikan oleh seorang paderi kepada para penganut dalam jemaah semasa sembahyang di gereja. Paderi mungkin juga akan membincangkan masalah-masalah semasa komuniti, dan memberi panduan untuk mengatasinya.
Dalam gereja Katolik, Anglikan, Lutheran dan Ortodoks Timur, khutbah biasanya disampaikan semasa Misa (Liturgi Ilahi atau Qurbana Kudus untuk Gereja Ortodoks dan Katolik Timur, dan Ibadat Ilahi untuk Gereja Lutheran) pada akhir Liturgi Firman.
Perkataan homili berasal daripada Inggeris, daripada perkataan Yunani Purba ὁμιλία homilia, yang bermaksud interaksi atau pergaulan dengan orang lain (berasal daripada perkataan homilos, bermaksud "perhimpunan"). Perkataan ini digunakan dalam 1 Korintus 15:33 ("homiliai jahat merosakkan akhlak baik"). Kata kerja berkaitan digunakan dalam Lukas 24:14 (sebagai homiloun), dan dalam Kisah Para Rasul 24:26 (sebagai homilei), kedua-duanya digunakan dalam erti "bercakap dengan". Perkataan ini kemudiannya mendapat maksud yang lebih khusus. Menurut The Catholic Encyclopedia, Origen ialah orang pertama yang membezakan antara logos ("sermo", lebih mirip ceramah rasmi) dan homilia ("tractatus", lebih mirip tazkirah).[5]
Khutbah Misa Katolik Rom
Arahan Umum Missal Romawi, dokumen rasmi yang mengatur perayaan Misa, menyatakan bahawa:
65. Homili adalah sebahagian daripada Liturgi dan sangat disyorkan, kerana ia diperlukan untuk pemupukan kehidupan Kristian. Ia seharusnya merupakan pendedahan tentang beberapa aspek bacaan daripada Kitab Suci atau teks lain daripada Bahagian Tetap atau Proprium Misa hari itu dan harus mengambil kira kedua-dua misteri yang dirayakan dan keperluan khusus pendengar.
Pengertian lain
Golongan paderi Protestan kontemporari sering menggunakan istilah 'homili' untuk khutbah pendek, seperti untuk perkahwinan atau pengebumian.[1]
Dalam penggunaan seharian, bukan agama, homili sering bermaksud khutbah mengenai perkara praktikal, kuliah atau nasihat yang bermoral, atau kata-kata inspirasi atau platitud, tetapi khutbah adalah perkataan yang lebih sesuai dalam kes ini.[1][6]
Nota kaki
- ^ a b c Jacobs, Richard M. (October 7, 2012). "Homilies for Sundays and Holidays". Villanova University. Diarkibkan daripada yang asal pada Feb 26, 2023.
- ^ Majewski, James T. (Jul 30, 2020). "Origen of Alexandria—Homily I on Genesis". Catholic Culture. Dicapai pada 2021-05-10.
- ^ "The Paschal Sermon". Orthodox Church in America. Dicapai pada 2021-05-10.
- ^ "Homily - Examples and Definition of Homily". Literary Devices (dalam bahasa Inggeris). 2015-05-07. Dicapai pada 2021-05-10.
- ^ "Homily". The Catholic Encyclopedia (1910).
- ^ "Homily vs Sermon". 26 January 2018. Dicapai pada 8 October 2018.
Bibliografi
- Origen. (2010). Homilies on Leviticus, 1-16. United States: Catholic University of America Press.
- Marriott, C., Chrysostom, J., Morris, J. B. (2015). The Homilies of S. John Chrysostom, Archbishop of Constantinople, on the Epistle of St. Paul the Apostle to the Romans - Scholar's Choice Edition. United Kingdom: Creative Media Partners, LLC.
- St. John Chrysostom commentary on the Psalms. (1998). United States: Holy Cross Orthodox Press.
- Instructions to Preachers dari "Sermons for all the Sundays in the year", Dublin : Duffy (1882) oleh Alphonsus Liguori
- Beecher, Patrick A. (1910). "Homily" . Dalam Herbermann, Charles (peny.). Catholic Encyclopedia. Jil. 7. New York: Robert Appleton Company.
Pautan luar
- www.bibleinterpretation.org Tafsiran Bible oleh Rev. Abraham Mutholath dalam Bahasa Inggeris.
- www.biblereflection.org Tafsiran Bible dengan renungan oleh Rev. Abraham Mutholath dalam Bahasa Inggeris.
- www.christianhomily.com Sumber Homili Ahad dan Hari Raya dalam Bahasa Inggeris dan Video Homili dalam Bahasa Malayalam oleh Fr. Abraham Mutholath
- Video Homili dalam Malayalam oleh Fr. Abraham Mutholath
- Laman Homili Harian Diarkibkan 2011-12-02 di Wayback Machine
- Baca Homili, Renungan dan Ucapan dalam Malayalam dan Inggeris Oleh Uskup Agung Soosa Pakiam, Keuskupan Agung Metropolitan Trivandrum
- 2002 Arahan Umum Missal Romawi – edisi England dan Wales (pdf)