
Kingsley Morrando (1915 – 22 Mei 1973) ialah personaliti radio Singapura, penyanyi, compère dan peninju era klasik. Dia digelari oleh Radio Malaya sebagai "Mr. Dalentime" atau "Talentime". Pada tahun 1930-an, Morrando berjaya sebagai seorang peninju profesional dan menjadi juara bantamweight di seluruh Malaya pada tahun 1932.
Kehidupan awal dan pendidikan
Morrando lahir di Sri Lanka pada tahun 1915 dari keluarga campuran.[1][2] Dia sangat bangga mengakui dirinya sebagai orang Portugal.[3] Semasa dia merantau ke Singapura pada September 1929, ayahnya mendanai sekolahnya di St. Joseph's Institution.[4] Semasa bersekolah dia senang menyertai sukan kriket dan boxing, beberapa petinju asing seperti Gunboat Jack and Al Rivers melatihnya.[2] Kingsley bertarung dengan nama gelanggang, "Kid Young". Dia membelasah petinju dari China Chan Peng Sun dan memenangi gelar Raja Bantam dari Malaya. Dia bersara pada 1935 selepas bertarung dalam 70 perlawanan.[5] Morrando menyertai tentera British pada Perang Dunia ke-2 dan ditempatkan di India.[1]
Kerjaya (1945-1960)
Morrando kembali ke Singapura selepas pentadbiran Jepun berakhir dan menyertai Radio Malaya pada September 1945.[1] Pada Mac 1947, dia mengasaskan program radio Sports Round-up untuk mengiklankan aktiviti sukan terutama boxing untuk seluruh penduduk Malaya.[6]
Pada 1951, Morrando berlakon dalam opera radio bersama Maisie Conceição dalam It's a Great Feeling. Membuat kontroversi yang cukup besar ketika itu karena Maisie sudah memiliki suami dan mereka terlihat beberapa kali dekat. Kingsley kembali mendapat kes dan dibawa ke pengadilan selepas dia didakwa menyembunyikan total penghasilannya. "Failing to submit income tax returns from 1951 to 1955," ucap salah satu hakim ketika itu.
Kingsley membuat rayuan di dalam sidang pada 10 Mei, dia mengatakan bahawa ia tidak bersalah. Pengadilan berlanjut pada 12 Disember di tahun yang sama dan kes terus berlanjut hingga awal 1958. Dia dihukum dengan denda 2500 poundsterling. Kingsley memutuskan untuk keluar sebagai hos radio dan memutuskan untuk serius dalam usaha dalam pembuatan filem.[7]
Kerjaya (1960-1972)
Pada 1960, dia dipercaya oleh komite National Theatre untuk merayakan tahun pertama Sir William Codrington dipilih sebagai Yang Dipertuan Negara Singapura. Semasa program sedang berlaku, Kingsley mengalami pitam dan dia menderita serangan jantung. Perannya sebagai pengawas produksi digantikan oleh Yusoff Ahmad, seorang produser filem Melayu. Dia baru terlihat kembali di dunia entertainmen Singapura dua tahun kemudian pada akhir 1962.[8]
Pada 1972, dia menubuhkan King's Men band, kumpulan muzik dengan mengguna namanya yang beranggotakan keturunan Eropah seperti Wilson David dan John Phillips. Mereka melakukan pentas di Awali, Bahrain pada Oktober tahun yang sama. Band Singapura pertama yang tur muzik ke negara itu.[9]
Kehidupan peribadi dan kematian
Morrando menikah dengan rakan kerjanya Mary Soh selepas kes denda. Mereka memiliki anak bernama Mark Kingsley Morrando.[10] Kingsley maut pada 22 Mei 1973.
Rujukan
- ^ a b c "PEOPLE BEHIND THE VOICES—1". The Singapore Free Press. Singapore. 20 November 1948. Dicapai pada 13 June 2025.
- ^ a b "'Daddy of Talentime Kingsley Morrando dies at 58". The Straits Times. Singapore. 24 May 1973. Dicapai pada 12 June 2025.
- ^ Pereira, Alexius A.; Braga-Blake, Myrna; Ebert-Oehlers, Ann (2016). Singapore Eurasians: Memories, Hopes And Dreams. World Scientific. m/s. 103. ISBN 978-9813109612.
- ^ "ST. JOSEPH'S INSTITUTE". The Straits Times. Singapore. 2 September 1929. Dicapai pada 12 June 2025.
- ^ "Best Amateurs Fight Tonight". The Singapore Free Press. Singapore. 5 December 1947. Dicapai pada 12 June 2025.
- ^ "RADIO PROGRAMMES". The Singapore Free Press. Singapore. 22 March 1947. Dicapai pada 12 June 2025.
- ^ "Disc jockey faces five tax charges". The Straits Times. Singapore. 11 May 1956. Dicapai pada 12 June 2025.
- ^ "KINGSLEY MORRANDO HAS HEART ATTACK". The Straits Times. Singapore. 5 June 1960. Dicapai pada 12 June 2025.
- ^ "King's Men give a command -performance". The Straits Times. Singapore. 7 October 1972. Dicapai pada 12 June 2025.
- ^ "Radio personality dies". The Straits Times. Singapore. 7 November 1988. Dicapai pada 12 June 2025.