| Kinixys | |
|---|---|
| Kinixys belliana | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Animalia |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Reptilia |
| Order: | Testudines |
| Suborder: | Cryptodira |
| Superkeluarga: | Testudinoidea |
| Keluarga: | Testudinidae |
| Genus: | Kinixys Bell, 1827 |
Kinixys ialah genus kura-kura dalam keluarga Testudinidae. Spesies-spesies daripada genus Kinixys berasal dari benua Afrika dan biasanya dikenali sebagai baning punggung engsel.[1]
Kebanyakan spesies Kinixys adalah maun. Makanan utamanya ialah seperti rumput, akar, bunga, daun dan buah-buahan. Bagaimanapun, mereka juga makan ulat, cacing, serangga dan pelbagai haiwan kecil lain seperti invertebrata.[2][3]
Spesies
- Kinixys belliana (Gray, 1830) – baning punggung engsel Bell
- Kinixys erosa (Schweigger, 1812) – baning punggung engsel hutan
- Kinixys homeana Bell, 1827 – baning punggung engsel Home
- Kinixys lobatsiana (Power, 1927) – baning punggung engsel Lobatse
- Kinixys natalensis Hewitt, 1935 – baning punggung engsel Natal
- Kinixys spekii Gray, 1863 – baning punggung engsel Speke

Taburan dan Habitat
Beberapa spesies daripada genus Kinixys boleh dijumpai sepanjang kawasan tropika dan subtropika di benua Afrika, sehingga selatan KwaZulu-Natal di Afrika Selatan, dan ke utara sehingga Sahel dan Sahara. Bagaimanapun, ia jarang dijumpai dan sesetengah spesies dianggap terancam.
Spesies yang berlainan juga mendiami habitat yang berbeza. Sesetengah spesies seperti K. belliana memilih kawasan savana atau padang rumput manakala yang lainnya seperti K. homeana memilih kawasan hutan hujan sebagai habitat.
Parasit
Kinixys menjadi perumah pelbagai jenis parasit seperti ektoparasit (luaran) dan endoparasit (dalaman). Satu kaji selidik yang dilakukan oleh Alan Probert & Clive Humphreys terhadap beberapa spesies yang dibela seperti K. spekii dan K. belliana (kebanyakannya K. spekii ) di Zimbabwe menunjukkan bahawa terdapat parasit yang diketahui menjangkiti spesies ini, dan ini telah disahkan oleh pelbagai pihak. Bagaimanapun, terdapat beberapa spesies baru seperti cacing gelang telah dijumpai pada kura-kura Kinixys dan ia masih dikaji.
- Kutu (araknid)
- Cacing gelang (nematod) – Angusticium, Atractis dan Tachygontria
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kinixys |
Rujukan
- ^ Kirkpatrick D (1998). "African Hingeback Tortoises of the Genus Kinixys ". Reptile & Amphibian Magazine 54: 32-37. Diarkibkan 2012-10-21 di Wayback Machine
- ^ "THE HINGE-BACK TORTOISES". britishcheloniagroup.org.uk.
- ^ "Natural History and Care of Bell's Hinged Tortoise". kingsnake.com.
Pautan luar
Bacaan lanjut
- Bell T (1827). "On two new Genera of Land Tortoises". The Transactions of the Linnean Society of London 15: 392-401. (Kinixys, new genus, p. 398). (in English and Latin).








