Southern University College 南方大学学院 南方大學學院 Nánfāng Dàxué Xuéyuàn | |
Nama lama | Kolej Selatan (1990–2012) |
---|---|
Moto | Self-Renewal, Virtue, Nature |
Jenis | Swasta |
Ditubuhkan pada | 1990 |
Presiden | Prof. Ir. Ts. Dr. Chuah Joon Huang [1] |
Lokasi | , , |
Warna | Biru dan Merah |
Penggabungan | MAPCU |
Laman sesawang | www |
Kolej Universiti Selatan | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Kolej Universiti Selatan dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah) | |||||||
Tulisan Cina Ringkas | 南方大学学院 | ||||||
Tulisan Cina Tradisional | 南方大學學院 | ||||||
Hanyu Pinyin | Nánfāng Dàxué Xuéyuàn | ||||||
|
Kolej Universiti Selatan (Southern UC) ialah sebuah kolej universiti swasta bukan berasaskan keuntungan yang terletak di Skudai, Johor, Malaysia. Ia merupakan institusi pendidikan tinggi bukan untung pertama dan kolej universiti swasta pertama di Skudai, Johor.
Kolej Universiti Selatan mempunyai 7 fakulti, 3 sekolah, 6 institut penyelidikan dan 7 pusat akademik.
Sejarah
Penubuhan Kolej Universiti Selatan bertujuan menyediakan saluran pendidikan dalam negara kepada lulusan sekolah menengah yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Program Pengajian Tinggi Foon Yew ditubuhkan pada tahun 1975, dan Lembaga Pengarah Foon Yew kemudiannya memohon kepada Kementerian Pendidikan untuk menubuhkan Kolej Foon Yew berasaskan program tersebut. Dengan usaha gigih masyarakat Cina tempatan, Kolej Selatan telah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan ditubuhkan pada tahun 1990. Setelah 22 tahun beroperasi, Kolej Selatan dinaik taraf menjadi Kolej Universiti Selatan pada 19 Jun 2012.[2]
Kampus
Kolej Universiti Selatan terletak di kawasan Skudai, Johor Bahru, Malaysia, dalam Zon Ekonomi Iskandar Malaysia. Kampusnya berkeluasan kira-kira 25 ekar, disumbangkan oleh dermawan Seow Wan Heong. Selaras dengan pembangunan zon ekonomi ini, Kolej Universiti Selatan dijangka menjadi antara institusi pendidikan penting di Malaysia dan berkembang sebagai institusi pendidikan antarabangsa.
Fakulti
- Fakulti Perniagaan & Pengurusan
- Jabatan Perakaunan & Kewangan
- Jabatan Pemasaran
- Jabatan Pengurusan
- Jabatan Pengurusan Pelancongan
- Jabatan Pengajian Siswazah & Jaminan Kualiti
- Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Maklumat
- Jabatan Sains Komputer
- Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Fakulti Kemanusiaan & Sains Sosial
- Jabatan Bahasa Cina
- Jabatan Bahasa Inggeris
- Jabatan Bahasa Melayu
- Jabatan Kewartawanan dan Komunikasi
- Fakulti Seni & Reka Bentuk
- Jabatan Reka Bentuk Industri
- Jabatan Komunikasi Visual
- Jabatan Seni
- Fakulti Perubatan Tradisional Cina
- Jabatan Perubatan Tradisional Cina
- Fakulti Pendidikan dan Psikologi
- Jabatan Pendidikan
- Institut Pendidikan Teknikal Selatan (SITE)
Sekolah
- Sekolah Asasi & Pengajian Am
- Sekolah Pendidikan Profesional & Berterusan (SPACE)
Institut Penyelidikan
- Institut Pengajian Siswazah dan Penyelidikan (IGSR)
- Institut Penyelidikan Etnik & Budaya Cina (RICEC)
- Pusat Kajian Malaysia (CMS)
- Pusat Penyelidikan Perniagaan dan Ekonomi (CBER)
- Pusat Kejuruteraan Pengkomputeran dan Elektronik (CCEE)
Pusat Akademik
- Pusat Latihan Guru dan Pendidikan Cina Sim Mow Yu (SMYCE)
- Pusat Perubatan Tradisional Cina Selatan
- Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang (ETLC)
- Pusat Pendidikan dan Pertukaran Antarabangsa
- Pusat Inkubasi & Kerjaya (EICC)
- Pusat Bahasa Moden
- Pusat Pengajian Am
Penarafan dan anugerah
Kolej Universiti Selatan telah dianugerahkan penarafan 4 bintang (Sangat Baik) dalam kategori berasaskan kolej dalam MyQUEST 2010/2011.[3]
Pautan luar
Rujukan
- ^ "Southern University College - President".
- ^ "History". Southern University College. Dicapai pada 12 May 2013.
- ^ "MyQUEST 2010/2011" (PDF). Ministry of Higher Education(MOHE). Dicapai pada 23 May 2013.
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kolej Universiti Selatan |