Panglima Ketumbukan Gred Pertama/Panglima Tentera Darat Medan командующий армией 1-го ранга | |
---|---|
![]() Lencana kolar | |
Negara | ![]() |
Cawangan khidmat | Tentera Merah |
Kependekan | Komandarm Gred Pertama |
Formasi | 1935 |
Digugurkan | 1940 |
Pangkat tinggi seterusnya | Marsyal Kesatuan Soviet |
Pangkat rendah sebelumnya | Komandarm Pangkat Kedua |
Pangkat setara | Pegawai Berbendera Armada Gred Pertama |

Komandarm Pangkat Pertama (Rusia: командарм 1-го ранга) ialah singkatan kata kepada Komander Army Gred Pertama (Rusia: командующий армией 1-го ранга, rumi: komanduyushchiy armiyey 1-go ranga; har. panglima ketumbukan gred pertama), dan merupakan satu pangkat tentera dalam Angkatan Tentera Soviet KRSS dalam tempoh dari 1935 hingga 1940. Ia juga merupakan gelaran bagi anggota tentera yang dilantik untuk memerintah formasi bersaiz kumpulan tentera darat atau barisan (XXXXX).
Sehingga tahun 1940, ia merupakan pangkat kedua tertinggi dalam Tentera Merah. Ia setaraf dengan Komisar Ketumbukan Gred Pertama (ru: армейский комиссар 1-ого ранга) bagi kakitangan politik dalam semua cabang tentera, Pegawai Berbendera Armada Gred Pertama (ru: флагман флота 1-ого ранга) dalam tentera laut Soviet, atau Komisar Keselamatan Negara Gred Pertama (ru: комиссар государственной безопасности 1-ого ранга). Dengan pengenalan semula pangkat jeneral tetap, gelaran Komandarm Gred Pertama telah dimansuhkan dan digantikan dengan Jeneral Ketumbukan (OF-9).
Sejarah
Dengan penubuhan Kesatuan Soviet, penetapan pangkat dan lencana pangkat Tentera Darat Imperial Rusia telah dimansuhkan. Namun begitu, satu struktur pangkat alternatif telah diperkenalkan melalui keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet dan Majlis Komisar Rakyat, bertarikh 22 September 1935.[1]
Struktur pangkat baharu tersebut adalah seperti berikut:
- Pemerintahan tahap Briged X: Kombrig (Brigedier/Panglima Briged)
- Pemerintahan tahap Divisyen XX: Komdiv (Panglima Divisyen)
- Pemerintahan tahap Kor XXX: Komkor (Panglima Kor)
- Pemerintahan tahap Tentera darat medan XXXX: Komandarm Pangkat Kedua (Panglima Ketumbukan Gred Kedua – Panglima Ketumbukan)
- Pemerintahan tahap Kumpulan tentera darat, Barisan XXXXX: Komandarm Gred Pertama (Panglima Ketumbukan Gred Pertama – Panglima Barisan)
- Marsyal Kesatuan Soviet
Dengan pelantikan Kulik, Timoshenko dan Shaposhnikov sebagai Marsyal Kesatuan Soviet (7 Mei 1940), struktur pangkat individu yang disebut di atas telah dimansuhkan dan digantikan dengan sistem pangkat jeneral tradisional Rusia yang baharu.
Pangkat Komandarm Pangkat Pertama telah ditukar kepada Jeneral Ketumbukan, iaitu pangkat jeneral yang setara (OF-9).[2]
Walau bagaimanapun, lencana pangkat lama masih dipakai sehingga pengenalan semula papan bahu pada tahun 1943. Terutamanya lencana kolar masih digunakan sehingga lusuh, dan akhirnya digantikan dengan pengenalan sulaman berbenang emas untuk pegawai jeneral.
Lencana pangkat
-
Lencana kolar kot labuh (besar)
-
Lencana kolar jaket dan Gymnastyorka
-
Sevron/ lencana lengan
Lihat juga
Sumber / rujukan
- ^ Keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kesatuan Soviet dan Majlis Komisar Rakyat, bertarikh 22 September 1935, mengenai pengenalan penetapan pangkat ketenteraan individu kepada anggota pemerintah Tentera Merah Buruh dan Petani.
- ^ Keputusan Soviet Tertinggi Kesatuan Soviet pada 7 Mei 1940 mengenai pengenalan pangkat ketenteraan kepada pegawai pemerintah kanan Tentera Merah Buruh dan Petani.