| Kompleks Bangunan Sekretariat | |
|---|---|
सचिवालय भवन | |
Blok Utara (kiri) dan Blok Selatan (kanan) Kompleks Sekretariat | |
![]() | |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Bangunan kerajaan |
| Gaya seni bina | Indo-Saracenic architecture (en) |
| Lokasi | New Delhi, India |
| Negara | India |
| Koordinat | 28°36′52″N 77°12′32″E / 28.6144°N 77.2088°E |
| Pembinaan bermula | 1927 |
| Disiapkan pada | 193 |
| Pemilik | Kerajaan India |
| Butiran teknikal | |
| Bahan | Batu pasir |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Arkitek | Herbert Baker |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Bangunan Sekretariat atau Sekretariat Pusat menempatkan pejabat dan kementerian paling penting dalam Kerajaan India. Terletak di Bukit Raisina, New Delhi, bangunan-bangunan Sekretariat terdiri daripada dua blok bangunan simetri iaitu Blok Utara dan Blok Selatan yang terletak di kedua-dua belah paksi utama Rajpath, dan mengapit Rashtrapati Bhavan (Istana Presiden).
Sejarah
Kompleks ini direka oleh arkitek British, Herbert Baker, dan siap dibina pada tahun 1931 sebagai sebahagian daripada perancangan bandar imperial untuk ibu negara India yang baharu semasa penjajahan British. Ia menjadi mercu tanda utama dalam kawasan pentadbiran Lutyens' Delhi. [1] Projek ini dikontrak oleh Sardar Bahadur Basakha Singh Sandhu dan Sardar Bahadur Sir Sobha Singh . [2]
Struktur dan Fungsi
Kompleks ini terdiri daripada dua bangunan utama:
- Blok Utara menempatkan Kementerian Kewangan India, Kementerian Dalam Negeri India, dan beberapa jabatan lain.
- Blok Selatan menempatkan Pejabat Perdana Menteri India, Kementerian Pertahanan India, dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri India.
Kedua-dua blok ini dibina menggunakan batu pasir merah dan mempunyai elemen seni bina Indo-Saracenic serta pengaruh gaya Mughal dan klasik Eropah.
Lihat juga
- Laluan Kartavya
- Rashtrapati Bhavan
- Pintu India
Rujukan
- ^ "The building Blocks of British empire". Hindustan Times. 7 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 August 2011.
- ^ Dayal, Mala (2010). Celebrating Delhi (dalam bahasa Inggeris). Penguin Books India. ISBN 978-0-670-08482-1.










