Kōshirō Tanaka | |
---|---|
田中光四郎 | |
Ahli Bela Diri | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1940 (umur 84–85) Tagawa, Prefektur Fukuoka, Empayar Jepun |
Pasangan | Takiko Tanaka |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | ![]() |
Cabang/khidmat | ![]() |
Tahun khidmat | 1985-1989 |
Perang/Pertempuran | Perang Afghan–Soviet |
Koshiro Tanaka (田中光四郎, lahir 1940) ialah seorang ahli bela diri dan mujahidin Afghanistan dari Jepun. Tanaka meninggalkan pekerjaan bisnisnya untuk pergi ke Peshawar dan dari sana kemudian menyertai Jamiat-e Islami (faksi tentera pimpinan Burhanuddin Rabbani). Beliau mengangkat senjata menentang pencerobohan Soviet.[1][2]
Kehidupan awal
Koshiro Tanaka lahir di Tagawa (Prefektur Fukuoka) sekitar tahun 1940 dari keluarga karateka.[3] Dia mempelajari judo, kendo dan aikido. Beliau merupakan alumni Universiti Kanagawa untuk kepujian Ekonomi dan Hukum.[3] Dia mengenal agama Islam dari kehidupan di kampus. Selepasnya dia bekerja sebagai usahawan di daerahnya. Selama 40 tahun hidup, beliau merasa ada sesuatu yang hampa dalam jiwanya.
Mujahid Afghanistan
Sebelum keberangkatan
Pada 1984, Koshiro berkata pada teman-teman kerjanya bahwa dia akan pergi ke Afghanistan untuk membantu Mujahidin di sana. Dia akan berangkat ke Peshawar, Provinsi Pakistan, Khyber Pakhtunkhwa. Selepas sampai di sana dia akan memberikan sekitar 10 ribu dollar untuk diberikan kepada mujahideen. Wang itu ialah wang dari syarikatnya. Peshawar dahulu ialah rumah bagi 3 juta pengungsi Afghan. Tanaka menyertai Jamiat-e Islam, faksi tentera pimpinan Burhanuddin Rabbani. Dalam keberangkatannya sang istri, Takiko menemani kepergian Koshiro. Takiko sebenarnya ingin Koshiro tetap bekerja seperti biasa di Jepun.
Mujahid Afghanistan si Koshiro berkata, "perlu pertolongan, semua jenis bantuan. Mereka perlu senjata, roti, makanan dan apapun itu". Selepas sampai di Afghanistan, Koshiro mengganti pakaian jas barat dengan salwar kameez. Dia bersama sang istri mengumumkan secara rasmi bahwa mereka berdua masuk Islam. Koshiro tidak punya pengalaman tempur, tetapi dengan cepat beradaptasi dan mengajari mujahidin yang lain cara bertarung dengan tangan kosong. Pada Februari 1985, dia menyertai pertempuran besar dan terlihat memakai senjata anti-udara. Banyak dari wartawan yang menjulukinya "Afghan samurai".
Pertentangan dari Jepun
Pentadbir Jepun menunjukan ketidaksukaannya pada sikap dan pilihan yang diambil. Diplomat Jepun di Islamabad mengirim surat pada Koshiro, menegurnya kerana tidak patut baginya, orang Jepun untuk membawa-bawa keluarga besar dan teman-teman kerjanya untuk menyertai konflik di Afghanistan. Koshiro tidak membalas surat itu, dia hanya fokus untuk dapat memenangkan perang. Beliau merasa bahwa ini adalah kewajibannya sebagai seorang syuhada untuk mewakili bangsanya.
Koshiro dalam bukunya menjelaskan bahwa Jepun moden di matanya terlalu lembik. Soviet dan kemudian Rusia telah memijak-mijak harga diri Jepun dengan mengambil Kepulauan Kuril, pulau-pulau yang selama ribuan tahun dihuni oleh Ainu. Tidak ada perlawanan untuk mendapatkan kembali pulau itu sementara Jepun dengan santainya menegur jalan yang dia pilih.
Kembali ke Jepun
Koshiro kemudian menjadi pegawai eksekutif untuk Japan Freedom Afghanistan Association dan International Refugee Relief Committee. Pada 1991, beliau diberikan Dojo oleh Fujito Koga. Pada 1994, dia membantu 30 atlet dan pejawat sukan dari Afghanistan untuk dapat menyertai Sukan Asia 1994 di Hiroshima. Pada 2008, dia menubuhkan aliran karatenya sendiri "Ryo Hiko", aliran yang dia kembangkan dari pengalamannya di Afghanistan.
Tanaka menuliskan autobiografi yang bertajuk "Soviet Soldiers in a Gun Sight, My Battle in Afghanistan". Dia kemudian menulis beberapa buku cara bertarung seperti Hiko Ryu Kodachi dan Fuji Ryu Taijutsu.