
Krusty Krab merupakan restoran fiksyen dari siri animasi televisyen Spongebob Squarepants. Dalam rancangan televisyen restoran itu terkenal dengan burger istimewanya, Krabby Patty, yang formulanya merupakan rahsia perdagangan yang dijaga rapi serta slogan bagi restoran tersebut adalah "Come Spend Your Money Here!".
Restoran itu menghidangkan berasaskan makanan segera dan hidangan yang popular di Krusty Krab adalah Krabby Patty. Waktu operasi bagi restoran tersebut adalah dari 9 pagi hingga 6 petang, enam hari dalam seminggu, iaitu Isnin hingga Sabtu dan ditutup pada hari Ahad.
Penampilan pertama restoran itu adalah pada episod pertamanya, "Help Wanted" pada tahun 1999.








