Menara Kuantan 188 merupakan sebuah menara ikonik dan mercu tanda baharu di Kuantan, Pahang, Malaysia. Ia merupakan menara tertinggi di Negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia, dengan ketinggian 188 meter, sekaligus menjadi salah satu tarikan tempat pelancongan utama di negeri pahang.
Menara ini terletak di tebing Sungai Kuantan, berdekatan dengan kawasan rekreasi Laman Teruntum. Reka bentuk menara ini diinspirasikan daripada bentuk tombak tradisional Pahang, iaitu lembing Pahang. Pembinaannya dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Menara Kuantan 188 dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, pada 21 Februari 2021. Nama “Kuantan 188” diambil sempena ketinggiannya, iaitu 188 meter.
Menara ini terdiri daripada tiga aras utama:
- Open Skydeck – dek terbuka di bahagian paling atas untuk pemandangan panorama.
- Observation Deck – dek pemerhatian dalaman.
- Restoran – ruang makan yang menawarkan pengalaman bersantap dengan pemandangan bandar Kuantan.
Pembinaan Menara Kuantan 188 bermula pada 3 Ogos 2017 dan siap sepenuhnya pada 31 Julai 2019
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kuantan 188 |