Zabarjad | |
---|---|
Asal | Malaysia ![]() |
Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Kumpulan Zabarjad merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu.
Sejarah
Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1988 .kumpulan muzik yang pada awalnya dinamakan Wild Fingers. Nama ini dipilih mencerminkan semangat bebas dan kepantasan dalam permainan gitar mereka. Namun, apabila mereka mengadakan sesi perbincangan rasmi dengan pihak Warner Music, terutamanya bahagian pemasaran, satu perubahan drastik perlu dilakukan. Nama Wild Fingers dikatakan mempunyai makna ganda yang kurang manis dari sudut bahasa dan budaya tempatan, sebagaimana yang diperjelaskan melalui rujukan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atas saranan dan kehendak profesionalisme, kumpulan ini akhirnya menukar nama mereka kepada Zabarjad. Nama tersebut dipilih kerana ia merujuk kepada sejenis batu permata berwarna hijau yang bercahaya. Batu Zabarjad ini bukan sahaja indah dari segi fizikal, tetapi juga melambangkan unsur ketuhanan, keikhlasan jiwa, dan kesucian niat. Bagi mereka, nama ini lebih dekat dengan identiti muzik yang ingin mereka bawa – muzik yang bukan sekadar hiburan, tetapi juga dakwah sosial, spiritual dan kisah kehidupan sebenar.
Lirik-lirik lagu Zabarjad banyak menyentuh soal ketuhanan, perjuangan masyarakat, pencarian diri, dan realiti kehidupan remaja ketika itu.
3 tahun selepas penubuhan, pada tahun 1991, Zabarjad berjaya melahirkan album sulung mereka yang bertajuk Tarian Jemari. Antara lagu-lagu yang menjadi perhatian dalam album ini ialah Dirundung Malang dan Pasrahnya Sebuah Cinta. Walaupun lagu-lagu ini mendapat sedikit tempat di hati peminat, namun album tersebut masih belum cukup kuat untuk melonjakkan nama mereka dalam arus perdana muzik tanah air. Dunia muzik rock ketika itu sangat kompetitif, dengan puluhan kumpulan baharu yang muncul silih berganti.
Namun, pihak Warner Music masih mempercayai potensi Zabarjad dan memberikan peluang kedua. Ketika mereka sedang dalam proses pembikinan album kedua, arus muzik Malaysia mengalami peralihan besar. Tahun 1992 menjadi titik penting dalam sejarah rock negara apabila berlaku kempen besar-besaran menuntut kumpulan rock memotong rambut sebagai lambang pemodenan dan disiplin. Ini memberi tekanan kepada banyak kumpulan rock termasuk Zabarjad, kerana imej merupakan sebahagian daripada identiti dan keaslian mereka.
Namun, dengan semangat yang tidak pernah padam, mereka meneruskan perjuangan. Pada tahun 1993, album kedua mereka yang berjudul Perhitungan akhirnya diterbitkan. Lagu yang dijangka menjadi hit utama ketika itu ialah Jika Kau Rela, hasil ciptaan komposer terkenal Shamsuddin Sidek dan lirik oleh penulis lirik tersohor, S. Amin Shahab. Namun, secara tidak diduga, lagu Karam yang lebih mengangkat sisi melankolik dan penyesalan cinta pula yang mendapat sambutan hangat. Lagu ini digubah oleh Shamsuddin Sidek juga, namun penulis liriknya ialah Rosli Ali seorang penulis dibelakang tabir.
Album Perhitungan berjaya membuka mata banyak pihak terhadap potensi sebenar Zabarjad. Mereka bukan sekadar kumpulan rock biasa, tetapi hadir dengan mesej, falsafah dan keikhlasan yang jelas dalam karya mereka. Malangnya, ketika nama mereka mula meniti di bibir peminat, kumpulan ini dilanda pergolakan dalaman. Isu-isu tertentu yang tidak pernah dijelaskan secara rasmi menyebabkan kumpulan ini akhirnya berpecah. Ada yang menyebut ia berpunca daripada perbezaan visi, tekanan industri, malah ada yang mengaitkannya dengan masalah pengurusan.
Selepas album Perhitungan keluarkan , kumpulan tidak aktif seperti dulu dan akhirnya berpecah secara tak rasmi.
Ahli-ahli
- Zaim - Gitar
- Lias - Gitar
- Zul Md Johan - Bass (meninggal dunia pada 20 September 2022)
- Malek - Vokal (meninggal dunia pada 14 Disember 2024)
- Zul - Dram
Diskografi
Album studio
- Tarian Jemari (1991)
- Perhitungan (1993)
Lagu-lagu
- Tarian Jemari
- Karam
- Perhitungan