Kutan | |
---|---|
Khan | |
![]() Patung Kutan di Karcag, Hungary | |
Didahului oleh | Somogur? |
Konfederasi Cuman-Kipchak | |
Kemangkatan | 1241 Hungary |
Anakanda | Erszébet dari Cuman, (3 puteri lainnya) |
Kerabat | Sharukaniyyah |
Wangsa | Terteroba |
Agama | Sunni Islam |
Kutan (Rusia: Котян, rumi: Kotyan; Hungary: Kötöny; Arab: Kutan; 1205–1241) ialah seorang pahlawan Cuman-Kipchak dan panglima tentera yang aktif pada pertengahan abad ke-13.[1] Dia menjalin pakatan penting dengan Kievan Rus ketika masih sangat muda untuk menentang Mongol, tetapi dikalahkan oleh mereka di Sungai Kalka pada tahun 1223. Selepas kemenangan Mongol, Kutan memimpin sekitar 100,000-200,000 penduduk Cuman untuk berhijrah ke Hungary. Mereka dihalang di sempadan. Raja Hungary mahu menolong dengan syarat Kutan dan keluarganya menerima agama Katolik, dengan sangat berat hati dia menerimanya. Kutan dibunuh oleh beberapa bangsawan Hungary kerana ketahuan masih mengamalkan ajaran Islam dan solat Jumaat.
Kutan ialah keturunan daripada Sharugan, Boniak dan Syrchan. Raja László IV dari Hungary ialah anak dari Erszébet, cucunya.
Rujukan
- ^ Vásáry, István (2005-03-24). Cumans and Tatars: Oriental Military in the Pre-Ottoman Balkans, 1185–1365 (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-139-44408-8.