Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara adalah salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada penulis lagu dan lirik bergenre pop terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2008 bagi memastikan kelangsungan penerbitan lagu mengukut genre ekoran kemerosotan penerbitan album penuh secara bergenre. AIM dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).
Rekod
Pencalonan dan kemenangan berganda
Penyanyi Dato' Sri Rossa merupakan artis yang paling banyak menerima pencalonan dengan sebelas (11) dan memenangi lima (5) daripadanya dalam kategori ini.
Artis | Pencalonan | Kemenangan |
---|---|---|
Dato' Sri Rossa | 11 | 5 |
Ungu (termasuk Pasha Ungu) |
4 | 0 |
Krisdayanti | 4 | 1 |
Nidji | 3 | 0 |
Once | 2 | 1 |
Kerispatih | 2 | 0 |
Agnes Monica | 2 | 0 |
Senarai Pemenang dan Calon
2000an

Tahun | Pemenang | Calon-calon Lain |
---|---|---|
2007 | Terlalu Cinta dipersembahkan oleh Rossa |
|
2008 | Ayat-Ayat Cinta dipersembahkan oleh Rossa |
|
2009 | Aku Wanita Biasa dipersembahkan oleh Krisdayanti |
|
2010an
Tahun | Pemenang | Calon-calon Lain |
---|---|---|
2010/2011 | Ku Menunggu dipersembahkan oleh Rossa |
|
2011/2012 | Sudah Cukup Sudah dipersembahkan oleh Nirwana Band |
|
2012/2013 | Hilang Naluri dipersembahkan oleh Once |
|
2013/2014 | 'Salahkah' dipersembahkan oleh Rossa & Hafiz Suip |
|
2014/2016 | Tiada Pemenang (Kategori ini dimansuhkan) |
2020an
Tahun | Pemenang | Calon-calon Lain |
---|---|---|
2021/2022 | Tak Ingin Usai dipersembahkan oleh Keisya Levronka |
|
2022/2024 | Bertengkar Manis dipersembahkan oleh Rossa & Barsena Bestandhi |
|
Kontroversi
Pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23, penyanyi Keisya Levronka menerima kecaman daripada netizen Malaysia dan Indonesia kerana menyanyi dengan nada sumbang ketika membawakan lagu ‘Tak Ingin Usai Di Sini’ yang baru sahaja memenangi kategori tersebut, sekaligus menewaskan penyanyi-penyanyi ternama seperti Dato’ Sri Rossa, Ungu, Lesti Kejora, Tiara Andini dan Arsy Widianto. Ini merupakan kontroversi pertama bagi kategori tersebut dalam sejarah penganjuran Anugerah Industri Muzik Malaysia.